28 November 2013

Selamat Pagi :)

Assalamualaikum. Pagi yang ke 28 untuk bulan ni. Harapnya semua masih berjalan dengan lancar :) Pagi-pagi ni, ada macam-macam kerja yang nak kena buat. Nak kena pergi sana, nak kena pergi sini. Harapnya semuanya lancar tapi siapa tahu, aturan Allah lebih indah kan :)

Baiii

26 November 2013

Sampai Demam

Assalamualaikum. Selamat pagi :) Mudahan hari ini diberkati oleh-Nya. Hari ni masuk tiga hari badan tak sihat. Kifarah mungkin. Banyak sangat buat benda yang orang lain terluka disedari atau tidak disedari.

Rasanya, demam ni sebab terkejut je lebih. Ingatkan diri sendiri ni dah kuat lah nak buat macam, tapi badan pula tolak jadinya badan tak sihat. Insya Allah, esok lusa kalau diizin-Nya, akan kembali sihat. Bila dah sihat, bolehlah jadi kuat semula kan.

Ai merepek apa pun entah. Ok lah, nak rehatkan badan, lepas telan ubat batuk rasa pening lalat.

Sampai jumpa lagi :)

25 November 2013

Lima tahun setengah

Assalamualaikum. Sayu gila rasa hati bila semuanya dah bertolak kembali ke kampung halaman. Hati terasa sayu tapi jauh sudut hati tidak terasa seperti tidak akan jumpa lagi. Berharap dan terus berharap agar kita sentiasa bersama.

Lima tahun setengah bukan jangka masa yang pendek. Lima tahun setengah bermacam hal berlaku. Lima tahun setengah menjadi aku seperti hari ini. Lima tahun setengah merubahkan aku dari zaman jahiliyah kepada zaman yang lebih baik. Lima tahun setengah mempunyai rahsianya tersendiri. Lima tahun setengah mengajar erti kehidupan. Lima tahun setengah mengajar apa itu Sahabat. Lima tahun setengah bukan jangka masa yang pendek.

Tanpa lima tahun setengah, tanpa di sisi, tiada aku hari ini. Siapa aku kerana kita semua sentiasa bersama. Bergelak tawa, kesedihan dan pelbagai lagi. Lima tahun setengah bukan perkara mudah bagi aku.

Harap selepas ini, lima tahun setengah akan menjadi bertahun-tahun biarpun jarang berjumpa tapi kemesraan tetap terjalin seperti lima tahun setengah :)

Ai Lebiu H2 :)