29 March 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia - Ulasan Episod 1

Assalamualaikum. Baru je selesai tonton drama adaptasi Sebenarnya Saya Isteri Dia. Serasa Ai, mesti ramai yang akan update pasal drama ni.

Jom Ai bagi ulasan sikit bagi yang tak sempat tengok.
  1. Pelakon untuk Firash bagi Ai agak ok lakonannya. Ada nampak gaya-gaya Firash yang macam budak jahat tapi baik tu.
  2. Pelakon untuk Syaf, Ai suka sebab Ai nampak ada Syaf di situ.
  3. Paling Ai suka, episod 1 ni, memang ikut bab. Daripada masa dia orang kecil sampailah gaduh-gaduh sebab kena tangkap.
  4. Pelakon untuk Raina ok cuma Ai tengok solekan dia terlalu tebal ataupun original mukanya macam tu?
  5. Pelakon watak Mama Firash, bagi Ai agak kaku dan bahasa dia macam kurang. Watak mama Firash ni penting jugakan.
  6. Ai tak sabar nak tunggu mingu depan!!
Itu je kot, ulasan yang Ai boleh bagi sebabnya, baru episod 1. Kita tunggu dulu untuk beberapa episod, barulah boleh tengok perkembangan pelakon-pelakon tu kan. Ai suka kedua-dua watak utama ni. Ai suka dengan lagu drama ni juga. Comel!!

*Penghargaan gambar pada FB SSID

Hukum tetap Hukum

Assalamualaikum. Bersarang dan bersawang. Rasa tergerak pula hari ni nak menulis padahal dah lama merangka dalam otak ni. Tadi masa tengah jaga budak kecik (anak saudara) tertengok cerita Ohh Haram. Pernah tengok? Mestilah pernah tengok kalau-kalau ada TV 3 dan suka tengok tv.

Ini kalai kedua Ai tengok cerita ni. Kali pertama dulu, hanya tengok dan keluar. Kali ni tengok dan faham. Pada pandangan Ai ada sebab kenapa cerita sebegitu ditonjolkan kepada umum. Mengenai hukum Allah yang semakin lama, semakin orang Islam hampir lupakan.

Ada si abang cakapkan pada keluarganya, "Ain lepas ni tak boleh dah nak peluk-peluk atau pegang-pegang ayah atau abang." Kenapa si abang tuturkan perkara sebegini kerana Ain, si adik, merupakan anak angkat di dalam keluarga itu, maka si abang dan si ayah TIDAK BOLEH bersentuhan. Apabila bersentuhan, maka jatuhlah dosa.

Cerita ni, bagi pendapat Ai, mereka nak tonjolkan kehidupan orang Islam sekarang di sini sudah menganggap perkara pegang memegang atau sentuh bersentuhan antara lelaki ajnabi dan perempuan ajnabi itu perkara biasa. Walhal, perkara itu sepatutnya tidak berlaku dalam kehidupan kita sebagai orang Islam.

Di sini, Ai sertakan gambar rajah yang Ai ambil daripada Encik Google mengenai aurat dan bersentuhan bagi wanita.

Daripada gambar rajah di atas, kita (kaum wanita) WAJIB menutup aurat dan HARAM bersentuhan dengan kotak yang berwarna KUNING tu ya.

Jadi, Ai harap lepas ni, bolehlah kita sama-sama TUTUP aurat kita dan BERSENTUHAN dengan yang MAHRAM saja. 

:)