14 November 2012

1434H

 

13 November 2012

Atas Nama Cinta

Assalamualaikum.Selamat pagi. Harap semua tersengih lebar pagi ini. Pagi yang indah ni, gades nak buat ulasan untuk satu lagi novel bagi penulis kesayangan gades.

 Penulis :
Bikash Nur Idris

Sinopsis :
'Cnta ibarat berlian
yang mempunya benih faset. Jernih atau
kabur cahayanya bergantung
kepada penggosoknya.'

Genelia hanya mahu jauh dari keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu jauh dari curiga, demi sahabat. Lalu , mereka lakukan perkara yang serupa; berbohong. Dan, pembohongan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka sama berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul; Kenangan akan mengejar lalu mereka menjadi tamak, mahu memiliki CINTA - sepenuhnya.

Tahun terbitan :
2007

Harga :
RM 20.90

Ulasan gades :
Siapa pernah baca Dengan Nama Cinta? Siapa pernah baca Kau yang bernama Seri? Kalau nak tahu, kedua-dua watak utama untuk novel Atas Nama Cinta ni berasal daripada kedua-dua novel yang gades sebutkan awal tadi. Genelia muncul dalam nove Dengan Nama Cinta manakala Hafidz muncul dalam novel Kau yang Bernama Seri. 

Genelia, seorang guru muda yang berhijrah ke Taiping atas sebab ingin jauh daripada ahli keluarganya demi mencari cinta. Hafidz pula, ada nama sahabat juga pergi untuk mencari cinta. Sepanjang kisah ni, semua berlaku di Taiping. 

Genelia seorang yang tegas, walaupun mamanya menegah berulang kali, namun tada apa yang mampu menghalangnya. Andai dia tidak ke sana, pasti dia tidak menemui Hafidz. Hafidz, nampak sahaja Genelis, pasti terkeluar perkataan Kelawar. Tapi dia kelawar yang cantik.

Peristiwa demi peristiwa mereka lalui bersama buatkan hati rasa sesuatu. Tapi mana mungkin mereka lupa gelaran yang di bawa oleh masing-masing. Oleh itu, mereka lakukan satu permainan. Permainan yang bakal mengoyakkan hati bila semua berakhir.

Permainan apakah? Peristiwa apa yang menarik sangat tu? Siapa Noni? Kelawar? Penyapu Man? 

Hehe, macam biasa, jom pergi ke kedai untuk beli satu ataupun, beli daripada laman sesawang tertentu.

*Kalau perasan, muka depan novel ni pemandangan kat Taman Tasik Taiping. Cantikkan 

Bintang :
4/5

12 November 2012

Pemegang Tiket Kereta Api?

Assalamualaikum. Hari ni gades sedih, jadi nak bagi ulasan novel tu, malam sikit kot. Serius sedih tahap anak lipan beranak sepuluh. Orang kata, Allah bagi hujan sebab nak bagi kita pelangi lepas tu. Gades tunggu pelangi tu muncul. Orang kata lagi, Allah bagi kita jumpa dengan orang yang salah dulu, baru bagi jumpa dengan orang yang betul. Orang kata lagi sekali, Allah bagi kita jumpa dengan seseorang tu sama ada hendak belajar daripadanya atau hidup bersamanya.

Oleh itu, biarlah gades sombong sebab takut nak sama-sama tabur janji. Takut, gades ni tepuk sebelah tangan. Pengalaman menjadikan kita dewasa tapi pengalaman menjadikan gades sombong. Dah lali, dengar orang kata macam tu, tapi tak apa kot sebab nak lindung diri.

Oleh itu, saya tunggu pemegang tiket itu dengan sabar sambil saya tengok kdrama, kamen rider, jdrama, anime dan sebagainya. Bila dah sampai, kita naik kereta api sama-sama. Maka, pemegang tiket saya, jangan bagi harapan palsu pada orang lain sebab mesti awak taknak tengok saya diberi harapan palsu oleh pemegang tiket lain kan?

Sampai Jumpa Lagi

11 November 2012

Kan KuKejar Cinta Kamu

Assalamualaikum. Kembali bertemu. Pada saat ini, gades nak ulas mengenai karya Fauziah Ashari. Pasti semua kenal dengan beliau. Penulis yang karyanya telah dijadikan filem dan meletup-letup gitu. Memang tak susah nak teka. Sekarang, gades nak ulas mengenai Kan Kukejar Cinta Kamu pula.

Sinopsis (Penghargaan kepada Beli Buku Online) :

Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa.

Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.

Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.

Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje...

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler.

 Penulis :
Fauziah Ashari

Terbitan :
Intens Idea

Harga :
Semenanjung RM 28.90
Sabah / Sarawak RM 31.90

Ulasan gades :

Novel ni kalau nak dikatakan berlainan dengan novel lain pun boleh juga. Tapi, masih ada persamaan setiap novel yang ada di luar sana sebabnya, ada sengketan yang berlaku dan tidak boleh kahwin antara mereka.

Penceritaan bermula apabila Alma dan Raiyan berjumpa dan belajar sama-sama di luar negara. Walaupun keluarga masing-masing telah berpesan jangan cuba-cuba dekati antara satu sama lain, tapi kerana CINTA semuanya ditolak tepi. Lalu, di sana juga mereka menamatkan zaman bujang mereka.

Mereka berjanji, apabila tiba di Malaysia, mereka akan keluar secara senyap kerana TAKUT. Namun, malang selalu tak memberikan baunya untuk dijejaki. Raiyan kemalangan dan hilang ingatan. Bila dah hilang ingatan, tiada Alma di dalam fikirannya. Alma pula, bila dah jadi begini, mulalah gelabah. Apa yang ditakutinya terjadi. 

Tapi, Alma tak mudah gelabah. Pelbagai cara digunakan. Termasuklah berlawan dengan Nek Bonda tu! Sehinggakan hati Raiyan mula tertanya, siapa Alma sebenar. Kalau tipu, masalah segala bukti tentang perkahwinan mereka ada pada Alma. Tapi kenapa gadis itu tiada dalam ingatannya? Yang ada cuma mimpi tentang seorang wanita dan lelaki. Arghhh siapa mereka?

Hehe, macam biasa. Nak tahu? Haruslah dapat satu buku ni dengan kadar segera. Pasti takkan kecewa :)

Bintang :
4/5

10 November 2012

Projek Memikat Suami

Assalamualaikum~ Kali ni, gades nak buat ulasan mengenai novel yang agak ehem ehem pembacaan yang berumur 18 tahun ke atas sebenarnya. Oppps tapi bukanlah novel yang berunsur ke**c**an ya.

Sinopsis (Penghargaan kepada laman sesawang Beli Buku Online) :

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Penulis :
Hanina Abdullah

Terbitan :
 Penulisan2u

Harga :
Semananjung RM 21
Sabah / Sarawak RM 24

Ulasan Gades :

Pertama, novel ni tak BOLEH di baca oleh pembaca yang berusia bawah daripada 21 tahun. Kenapa 21 bukan 18? Sebab memang gades rasa yang dah berumur 21 tahun ke atas je yang boleh baca. Patutnya, Penulisan2u perlu letak tanda 21 tahun ke atas. Jom gades ulas mengenai buku ini.

Seorang gadis yang bernama Nawwal lulusan luar negara. Seorang jejaka yang bernama Zahrain seorang yang kaya raya tpikal novel Melayu). Nawwal dikahwinkah dengan Zahrain sebaik sahaja pulang daripada luar negara. Nawwal yang mulanya tidak mahu meneruskan perkahwinan kerana ugutan Zahrain akhirnya, mengalah kerana kasih dan sayang kepada ibu dan ayahnya.

Novel ni, menceritakan bagaimana Nawwal hendak memikat hati Zahrain (tengok tajuk pun tahu). Apa yang menariknya, novel ni, ceritakan satu persatu misi yang Nawwal jalankan sehingga Zahrain terjatuh hati dalam kurang sedarnya. Novel ni, memperkenalkan watak master-ji (kakak Nawwal) yang mendorong Nawwal untuk memikat Zahrain dengan pelbagai cara.

Cara yang pertama, pakaian yang se***. Memang sah! Hamster mana yang nak tolak kuaci! Tapi, malang, rancangan Nawwal masih tidak berjaya. Dia cuba dengan cara lain, mengikat perut si suami dengan masakan-masakannya di samping ada "pencuci mulut". Semakin hari, semakin Zahrain melekat di rumah. jika tidak pulang, rasa serba tak kena.

Namun, karana salah sangka, Atai (kawan baik Nawwal), di tuduh ada hubungan dengan Nawwal. Sehinggakan ada sengketan timbul sampai ke Hong Kong.

Oh~ apakah yang terjadi pada hubungan Nawwal dan Zahrain? Apakah yang dilakukan oleh Atai dan Nawwal? Apakah rancangan master-ji lagi? Siapa yang bersama dengan Zahrain di Hong Kong? 

Hehe, seperti biasa, sila dapatkan satu di kedai berhampiran anda dengan kadar yang segera.

Bintang :
4.5 (21 tahun ke atas dan 18 tahun ke atas yang SUDAH berkahwin)

09 November 2012

Rindu Dalam Sepi

Assalamualaikum. Ini ulasan gades untuk novel yang kedua. Tajuknya Rindu Dalam Sepi. Penulisnya, Siti Khadijah.
 Sinopsis (Penghargaan kepada laman sesawang Karya Seni) :

Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.

Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.

“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”

AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!

“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.”

Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.

Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?

“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”

“Kalimah apa?”

“I love you, my love.”

Harga :
Semenanjung : RM 22
Sabah / Sarawak : RM 25

Ulasan gades :

Annur Mardiyah, seorang gadis yang biasa, punya sebuah keluarga di kampung. Ammar Mukriz seorang anak tokoh korporat. punya sebuah keluarga yang kecil. Annur ialah setiausaha kepada ayah Ammar namun atas sebab tertentu, Annur dilantik sebagai setiausaha kepada Ammar. Sungguh, Annur kurang suka kepada pemuda itu. Seorang yang garang. Annur tidak tahu kenapa Ammar membencinya padahal, dia juga punya perasaan.

Raqeem pula, pekerja di tempat yang sama. Entah kenapa bila terlhat Annur, Raqeem punya satu perasaan. Namun, atas dasar, Annur isteri orang, Raqeem melupakan hasratnya. Nizam, pernah menduduk tempat teratas di hati Annur namun atas kesilapan Nizam sendiri, perpisahan berlaku.

Penceritaan bermula apabila Annur dan Ammar ditangkap basah. Ammar semakin membenci Annur. Oeh itu, mereka membuat perjanjian. Hanya tiga bulan. Tapi, siapa sangka, tiga bulan cukup memberikan kesan kepada hati mereka.

Tipikal novel Melayu, watak kedua perempuan haruslah jahat, seksi, model dan sebagainya. Itulah Lydia. Dia hanya mahukan harta Ammar. Namun, Ammar sedikit pun tak pernah mengucapkan sayang dan cinta. Nyata, cinta itu bukan milik Lydia.

Ada apa tiga bulan? Bagaimana dengan Lydia? Berita pertunangan Lydia dan Ammar? Annur kecewa? Apa kesudahannya?

Hehe, cepat-cepat beli satu. Dapatkan segera! Selamat Membaca!

Bintang :

4/5

Biar Jarimu Kugenggam


Assalamualaikum. Hari ni, gades nak review novel daripada Norhayati Berahim. Novel ni baru je beli beberapa yang lepas dengan ehem3.


Sinopsis:

Dia tahu, emak pernah menasihati, kalau mahu berkahwin carilah suami yang mengikut kata emak,  tetapi berpada-pada. Carilah mentua yang berbudi bahasa dan tidak mengada-ada. Bila emak melihat Riduan, hati emak seperti tidak suka. Kata emak, Riduan anak emak. Terlalu bergantung dengan emak. Dan kalau berkahwin dengan lelaki seperti itu, emak takut Wilma mendapat bencana. Namun Wilma tidak kisah, dia sudah kenal Riduan lama. Akhirnya perkiraan Wilma tidak mengena.

Rumah tangga bahagia yang diimpikan musnah begitu sahaja. Namun tanpa Wilma sedar dalam duka laranya ada cinta buat kali kedua.

Cinta yang menghapuskan segala dukacita. Henry, lelaki itu muncul menyambut cinta dan sedia menggenggam tangannya.

Harga :
Semenanjung RM 31.90
Sabah / Sarawak RM 34.90

Ulasan gades :

Wilam seorang gadis, anak, adik kepada abangnya dan emaknya. Ayah Wilma meninggal ketika Wilma masih di sekolah rendah. Mak Wilma menyara mereka dengan berniaga. Sehingga Wilma dan abangnya sudah dewasa, mak mereka masih berniaga.

Wilma bekerja sebagai jururawat. Wilma ada seorang kawan yang bernama Maria. Melalui Maria, WIlma mengetahui masalah-masalah yang timbul apabila berkahwin dengan si anak emak. Wilma memutuskan hendak berkahwin dengan Riduan si anak emak. Sebelum berkahwin, Wilma ada berjumpa dengan emak Riduan. Walaupun sudah bertentang empat mata dengan emak Riduan, ternyata emak Riduan kurang menyukai Wilma. Namun, mereka masih meneruskan perkahwinan yang dirancang.

Seteah berkahwin, Wilma tingga bersama emak Riduan. Nasib Wilma agak kurang baik kerana emak Riduan yang bersikap terlalu menjaga sehinggakan apa sahaja yang Wilma lakukan, ada sahaja yang tidak kena. Sehingga satu hari, Wilma sudah tidak sanggup lagi menahan rasa, dia meminta cerai. Akhirnya, setelah setahun berkahwin, Wilma memegang status janda.

Apakah sebab Wilma dan Riduan bercerai? Apakah yang dilakukan oleh emak mertuanya? Bagaimana Wilma dan Henry bertemu? Wilma dan Henry akan berkahwinkah?

Sila dapatkan buku ini di kedai yang berhampiran. Selamat membaca!

Bintang :

4.5/5