31 July 2013

Maaf



Maaf


27 July 2013

Jauh

Assalamualaikum. Dah Ramadan yang ke 19 ya. Sedih pula rasa sebab tinggal lagi beberapa hari je nak Ramadan. Sunyi dengan suara-suara daripada surau, sunyi daripada bunyi mercun, sunyi daripada suasana puasa. Tapi, In Sha Allah, tahun depan kita bersua muka lagi dengan Ramadan.

Eh, eh, entri Ai bukan mengenai Ramadan. Itu cuma pembuka kata je. Hiii~

Tengok tajuk tu macam kena dengan Ramadan ya. Tapi lari jauh sikit daripada Ramadan. Ai pun tak pasti orang lain, punya perasaan yang sama macam Ai atau Ai seorang je yang rasa macam ni.

Jauh. Jauh yang Ai maksudkan ialah situasi Ai. Ada dua situasi yang akan Ai jauhkan diri tambahan lagi, kaum setentang dengan Ai yakni, LELAKI.

Heee~ 

Situasi 1 :
Ai suka kat seseorang ni, tapi Ai taknak dia tahu, kemudian, Ai akan jauhkan diri Ai daripada dia dengan buat diri Ai sombong. Sombong sangat. Sombong daripada segi percakapan, layanan, jelingan mata dan segalanya. Sampaikan orang tu rasa Ai taknak kawan dengan dia. TAPI, Ai juga akan sombong kalau Ai tak suka orang tu. Susahkan =.="

Situasi 2
Ai jauhkan diri secara automatik bila sang Lelaki dah ada orang yang suka atau milik orang. Bukan apa, Ai cuba untuk elakkan diri Ai daripada terluka atau buatkan pihak perempuan terluka andai kata sang Lelaki terlebih mesra dengan Ai. Mungkin ada yang akan terasa tapi baiklah bersedia lebih awal. Bukan apa, cik Hati kadang-kadang tidak kira orang dan tempat. Itu yang kena jaga baik-baik

Jadi, anda anda anda yang baca ni, rasa-rasa kita ada persamaan ke? Haaaaa~

22 July 2013

Ulasan Bayangan Rindu Telefilem

Alhamdulillah, setelah sekian lama, Ai dapat jugak tengok telefilem ni. Memang lama dah Ai tunggu telefilem ni daripada ura-uranya nak keluar kat Astro sampailah bayangnya tak nampak langsung kat Astro. Lepas tu dengar khabar ada kat Box Office, memang tak ada harapanlah Ai nak tengok.

Kelmarin, masa Ai belek belek instgram salah seorang pelakon telefilem ni, katanya dah muncul kat Youtube. Apa lagi, dengan sepantas kilat, Ai muat turun daripada Youtube. Berdebar-debar rasanya nak tengok filem ni.
 
Ulasan :
  1.  Jalan telefilem ni boleh dikatakan hampir sama dengan novel dan buatkan Ai terbuai-buai. Cewah. Terbuai-buai dengan watak Kiew @ Umar tu. Memang sama dengan dalam novel. 
  2. Pelakon-pelakon telefilem ni memang boleh bawak watak dalam novel macam Kiew, Lutfi, Baein, Puteri. Boleh dikatakan mereka mendalami dan menjiwai watak-watak cerita tu.
  3. Bagi Ai, watak Iddya tu agak kurang daripada dalam novel. Mungkin Ai punya tanggapan untuk pelakon utama terlalu tinggi.  Tapi, Ai masih boleh terima dan suka dengan lakonan beliau.
  4. Ai tak nafikan cerita-cerita arahan Erma Fatimah sangat-sangat seronok. Tapi kali ni, Ai rasa macam kurang. Sebabnya jalan cerita ni hampir dipenuhi dengan air mata sedangkan dalam novel tak adalah Iddya berendam dengan air mata sahaja.
  5. Kemudian, telefilem ni terlalu banyak lagu dan buatkan babak demi babak berjalan dengan cepat sedangkan babak seperti itu yang hendak ditonton.
  6. Telefilem ni juga banyak sangat undur masa buatkan Ai kurang faham dengan perjalanan cerita. 
  7. Banyak adegan sentuh-sentuhan sampai rasa macam "Alaaa kenapa kena bersentuh."
Tapi! Keseluruhan telefilem ni berjaya buat Ai terbuai dengan Kiew @ Umar. Sangat-sangat romantik dan bersahaja. Sama seperti di dalam novel.

Nota Mata : Ini sekadar pandangan Ai terhadap telefilem ni :)