20 December 2013

Benda Yang Teringin Nak Buat

Assalamualaikum. Hai~ hai~Hari ni tiba-tiba hujan kat kawasan perumahan Ai. Ai suka hujan sebab hujan macam hati Ai. Sejuk :)

Korang ada tak benda yang nak buat tapi belum buat lagi? Kih3 susahnya ayat tu nak faham. Tapi abaikan je kalau tak faham. Ai ada banyak banyak banyak benda nak buat tapi mungkin takkan buat untuk masa sekarang nih.

Sebab Ai rasa yang semua Ai nak buat tu masa dah ada suami. Aww nampak macam gatal tapi sekurangnya masa kita orang nanti terisi. Entah boleh ke idok taktau lagi. Ini cuma impian je.

  1. Nak melawat semua semua musium yang aada sama ada dalam atau luar negara. Tak kisah musium apa, tapi nak pergi melawat jugak
  2. Nak melawat zoo yang ada, tak kisah juga luar atau dalam negara

Hik3 baca macam bosan kan. Bukan apa, setiap kali suarakan pada kawan-kawan mesti dia orang bosan dan taknak pergi, jadi tunggu je lah kalau encik bakal suami Ai tu. Itupun kalau dia sanggup temankan. kiki

Baiiii. Sampai jumpa lagi :)

16 December 2013

Takoyaki Ipoh

Assalamualaikum~ pergh gila lama tak tulis kat sini. Hehe harapnya semua sihat-sihat belaka. Oh, hari ni, Ai ada benda nak bagitahu. Siapa yang duduk area Ipoh? Siapa suka makan Takoyaki?

Bagus. Sekarang ni, anda anda anda yang suka makan takoyaki dan duduk area Ipoh, boleh cari Takoyaki yang Halal lagi sedap. Macam mana?

Ok, boleh Like Page Takoyaki Ipoh seperti gambar di bawah :) atau klik saja nama itu :)

Takoyaki ni sejenis makanan Jepun yang pada asalnya isi  sotong saja. Tapi di Takoyaki Ipoh, mereka dah variasikan pelbagai inti kepada ayam dan ketam. Jadi tak bosan kalau makan yang inti sotong sahaja.

Anda anda anda boleh buat tempahan untuk makan pagi, tengah hari atau malam. Bahkan boleh tempah untuk sebarang majlis : Hari Lahir, Anniversary, Minum petang, Pertunangan, Perkahwinan dan sebagainya :)


12 December 2013

Maaf

Assalamualaikum :) Dah masuk tengah bulan. Semalam Ai ada temuduga. Serius, Ai rasa down lepas temuduga. Kelemahan Ai memang ketara, Ai tak boleh nak bercakap dengan baik bila situasi yang macam tu. Sampai cakap pun tergagap. Ai rasa macam, entah la~

Eh, tapi tajuk ni bukan untuk itu~ 

Ai tak tahu, kalau kamu terbaca ni,

Ai cuma nak minta maaf. Harap kamu faham :) Belum sampai waktu itu lagi kerana langit masih belum cerah lagi. Masih ada rintik-rintik hujan yang tempias. Ada benda yang kamu buat, sampai Ai tawar hati dan buat begini.

Maaf.

04 December 2013

Tak Faham

Assalamualaikum ~ sihat? Ai dah semakin sihat. Alhamdulillah~ Tak lama lagi pula ada temuduga, harapnya boleh jawab dengan tenang~

Fuhh memang tak faham dan takkan faham. Pertama, perlu ke macam cerita perkara yang sepatutnya jadi rahsia dan teruskan rahsia bagitahu orang lain? Okeh, Ai pun ada bagitahu orang lain tapi orang lain tu, tak tahu dan tak kenal pun siapa mereka. Aiseyh, rasa macam tertipu, ditipu daan tipu tipu tipu. Ai percaya kat dia yang dia takkan ceritaHaha, lawaklah. Yelah, setakat nak kata, jumpa dan sembang, itu boleh lagi, tapi isi kandungan pun nak cerita apahal? Aduh~

Kedua, apasal lah sekarang ni nak sibuk tanya. Helllloooo~ dia tak kenal pun korang siapa, kenapa nak sibuk tahu dia tahu ke tidak. Masalah kau sebenarnya apa. Cukup baik aku tak cakap apa-apa dengan kau tau. Janganlah buat sampai aku ada rasa benci.

Oppsiie, teremosi pula~ Okehlah,

Sampai jumpa lagi :)