04 January 2016

Hari Pertama Ke Sekolah~

Assalamualaikum.

Hari ni hari pertama ke sekolah. Amacam? Ada yang menangis tak pergi sekolah? Mana tahu, kot kot masih ada yang menangis nak ke sekolah. Ai kalau menangis pun tetap kena ke sekolah. Hihi.

Hari pertama selalunya hari yang sangat-sangat mencabar. Tambah pula, ada yang masih takut nak ke sekolah, sampaikan kena pujuk baru nak tenang. First time, ya dok.

Setakat hari ni yang Ai masuk kelas, tak ada lagi menangis. Maklumlah, cikgu cantik menarik berdedikasi yang masukkan. Haha. Hari ni juga hari transisi murid tahun 1. Budak zaman sekarang ni berbeza dengan budak zaman Ai. Semuanya berani belaka. Boleh jawab soalan yang diberikan
dengan mudah. Siap ada yang menokok tambah ayat pun ada. Sabar je lah.
Sesi perkenalan dengan guru-guru
Tapi tapi tapi, Ai bukan nak cerita pasal yang baru masuk sekolah. Tapi, pasal anak-anak Ai yang dah darjah dua tapi bila tanya ABC pun masih ada yang ingat-ingat lupa. Sedih tapi itu hakikat yang kena terima.

Tulisan tak payah cakaplah, Ai yang berkaca mata ni pun kena guna kanta gamaknya. Tapi, Alhamdulillah, Allah kurniakan kepantasan Ai untuk membaca tulisan-tulisan mereka.

Kembali pada topik. Ai suruh baca ABC, ada yang lancar, ada yang tersekat, ada yang langsung tak boleh sebut. Allah. Luluh hati bila dengar. Lepas tu, Ai minta tulis dalam buku latihan. Ada yang masih teragak nak tulis. Ada yang salah tulis. LOagi luluh hati bila tengok. Tabah.

Tapi tapi tapi, baru hari pertama kan. Oleh itu, Ai, sebagai cikgu yang cantik berdedikasi, berazam, ecewah tak adalah, doa Ai moga anak-anak Ai boleh membaca dengan baik bila hujung tahun. Sekurangnya tiada rasa inferioriti dalam diri mereka.

Maka, terhasillah lembaran kerja yang secomel tuan punya komputer riba ni. Oppps~ Esok, kita buat ABC sampai pandai oke, anak-anak. Cuma satu, dengar dan rajin je dalam kelas, insya Allah, dapat ilmu tu.
ABCDEFGH~~~~
Nota Jari : Doakan anak-anak Ai boleh membaca tau.

0 pembaca:

Post a Comment