16 September 2013

Ikut Marah MATI

Assalamualaikum~ perghh dah lama tinggalk, baru ada hati nak menulis. Ops, sejak dua tiga empat menjak ni, Ai sibuk sikitlah dengan urusan kuliah, keluarga, diri sendiri. Abaikan perkara itu. 

Tajuk tu macam takut je kan nak baca. Macam kasar pun ada juga. Eh, tak, Ai tak marah cuma Ai tengah tahan marah je. Kiki kalau tak tahan marah, agak-agak boleh bertukar jadik Hulk kot. Fuhh macam takut kan, tapi tipu je tuh.

Orait, selalu kalau kita marah sesuatu perkara, semestinya kesudahan kemarahan tu akan menyakitkan dan akan buat kita tak tenang kemudian. Sebab tu ada pepataha Melayu, "Kalau ikut marah boleh mati". 

Jadi, macam mana ye korang tahan marah korang tu? Kalau Ai, hemmm selalunya Ai senyaplah, itu memang tanda Ai tengah marah. Ouh~ satu lagi, muka Ai kalau marah memang gila baq hang! Kalau muka marah Ai, memang menakutkan, jadi orang memang tahu masa tu Ai tengah marah.

Jadi, kalau Ai marah, Ai senyap. Senyap bukan apa, bagi amaran supaya jangan cakap dengan Ai. Nanti kena marah sekali. Tak pasal-pasal je.

Konklusinya, kita tak bolehlah ikut hati. Pesanan untuk diri sendiri juga


04 September 2013

Long & Wide Chiffon Shawl

Assalamualaikum. Ai nak buat promosi mengenai shawl yang senang di bentuk. Letak je atas kepala, boleh pakai. Panjang dan lebar shawl ni jadi tutup dada muslimah.
2 meter x 0.5 meter
RM 35 free postage SM / SS
**Masih ada tiga warna yang available
*SOLD* 


 
 

17 August 2013

Tiket Free untuk Race Start Running Man oleh PETRONAS

Assalamualaikum. Kali ni Ai nak bagi jalan lain pula, nak dapatkan tiket percuma ke Race Start Running Man. Mudah-mudahan, ada yang berjaya :)

Senang je dan mudah caranya. Kalau nak maklumat lanjut, boleh muat turun terma dan syarat di laman sesawang Petronas. Kat sini Ai cerita serba sedikit sahaja mengenai cara-caranya.

Pertama, jika anda pemilik Kad Mesra, anda boleh tengok pada belakang kad anda. Ada tertera nombor kad. Dah tengok? Bagus. Kemudian, anda dikehendaki untuk menghantar mesej untuk tujuan penyertaan. Ikut langkah di bawah :

Jika anda ahli Kad Mesra
  1. Sekali mesej penyertaan :: SMS Mesra (no kad Mesra anda) dan hantar ke 36732. Contohnya :: SMS Mesra 12345678909876543 dan hantar ke 36732
  2. Anda dikehendaki mengumpulkan 30 poin untuk mendapat 1 entri di Stesen Petronas sepanjang berlangsungnya kampen ini
Jika anda bukan ahli Kad Mesra
  1. Sekali mesej penyertaan :: SMS SG (12 nombor kad pengenalan anda) dan hantar ke 36732. Contohnya :: SMS SG 123456081234 dan hantar ke 36732
  2. Beli Gift Card yang baru atau menambah nilai minimum sebanyak RM 30 untuk Gift Card di Petronas. Pembelian mestilah dalam satu resit.
  3. Simpan resit untuk tujuan pembuktian.
Diingitkan bahawa setiap mesej akan di cas mengikut telco anda. Untuk mesej penyertaan ialah RM 0.50

Oke, jelas tak? Kalau masih tak jelas, boleh melawat laman sesawang Petronas atau Facebook Petronas.