23 June 2014

Kerna Aku Juga Punya Maruah

Assalamualaikum~ Fuhhhh~ Penat pula hari ni. Tajuk pula macam serius je kan. Memang serius! Kalau dah nama pun pasal hati dan perasaan memanglah serius. 

Uwaa kenapalah susah  sangat. Kenapalah asyik nak perasan sendiri je. Kenapalah Ai oiii kenapa~!!!!!

Ok, itu je nak cerita.

Apa Perasaan Ini?

Assalamualaikum~ Gila dah lama Ai tak jenguk blog. Tah dah bersarang semut dengan lebah agaknya. Oke! Mengarut!

Ai minta maaf pada siapa yang tag ai untuk segmen atau apa-apa sahaja. Ai tak sempat nak buat tu semua. Agak sibuk dengan kerja kerja yang tak pernah habis. Nak curi masa pun tak sempat.

Sekadar nak letak benda ni je~ Apa perasaan ni? Gembira? Suka? Stress? Tak tahu sebab ada macam-macam rasa.

BTW, terima kasih :)

31 May 2014

OoOoO balik kampung~~~

Assalamualaikum. Hihihihi, sengih nak panjang sikit. Sebab apa? Haruslah sebab dah cuti~ Ya, dah CUTI, C.U.T.I. Tapi, orang lain dah bersenang lenang kat rumah, Ai baru je sampai rumah. Sob Sob Sob. Tak apa Ai, janji dah selamat sampai kat rumah.

Cerita perjalanan balik Ai agak sedih. Ai balik sensorang. Sudahlah jauh perjalanan itu, tapi tak apalah, asalkan selamat. Ya dak.

 Perjalanan Ai hanya ditemani dengan tiga benda je. Ya, BENDA. Ketiga-tiga ni tak boleh bercakap! Gasaklah.

  1. Bunga ros hidup yang anak Ai hadiahkan masa hari Selasa. Sedih sebab bunga ni dah layu. Layu seperti hatiku. Eh~~ haha Sampai je rumah, terus ai bagitahu kat ibu Ai, "Dapat bunga tapi dah mati kot." Terus ibu Ai suruh masukkan dalam Ai, Tapi nampaknya memang tak boleh diselamatkan.
  2. Nescafe. Air kegemaran Ai memang Nescafe. Rasa macam nak jadi duta Nescafe je rasanya. Haruslah pemanduan ditemani dengan Nescafe, sebab mata dah mengantuk! Alhamdulillah, lepas minum terus mata segar bugar baq hang!
  3. Roti ikan bilis. Lepas sejam setengah perjalanan baru boleh makan sebab Ai terletak roti ni kat tempat duduk belakang. Bijakkan. Maka dengan itu, Ai terpaksa cari hentian rehat dan rawat untuk ambil roti ni. Maklum la balik sensorang. Sob Sob
  4. Oke, ini kawan Ai yang macam musuh jugaklah cakap macam mata hantu. Hantu sungguh hang kan Ruru (bukan nama sebenar). Punyalah comel mata tu, walaupun eyeliner tak sama calitannya. Haha
Alhamdulillah, lepas tiga jam perjalanan (ni pon pandu 110 km/j) Ai sampai kat tanah tumpah Ai. Terasa lain bila hirup udara kat tempat sendiri kan. Ecewah.
  1. Giant. Bukan nak promosi tapi nak bagitahu yang Giant ni yang paling seronok!
  2. Gunung ganang yang takkan nampak kat tempat kerja!
  3. Langit yang biru dan cantik~
  4. Pokok kelapa rumah Ai
Poinnya disini, tempat rumah Ai, masih banyak yang hijau. HIJAU. Seronok bila tengok hijau ni. Aman dan damai. Tak macam kat sana. Hutan batu. Sob Sob.

Okeh, ini namanya homesick! Hahah