31 December 2012

The Wedding Breaker

Assalamualaikum. Sihat? Harapnya begitulah :) Hari ni, Ai nak buat ulasan mengenai novel baru ni :) The Wedding Breaker oleh Evelyn Rose.
Sinopsis :


Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

*Penghargaan kepada Karya Seni untuk sinopsis

Harga :
Semenanjung RM 25
Sabah / Sarawak RM 28

Ulasan Ai :
Ai pernah baca cerita ni sikit sebelum beli. Sebabnya Ai nampak ada orang promosikan buku ni. Jadi Ai gigihlah buka sana sini sebab nak cari blog si penulis. Baca beberapa bab buatkan Ai rasa nak tau, nak tau, nak tau. Buat Ai jadi ketagih je. 

Ceritanya pasal seorang gadis yang namanya Ariana, tolong Juwita (kawan dia) berlakon mengandungkan anak bakal suami Juwita. Bakal suami Juwita, Tengku Adam seorang kaki perempuan. Siapa nak kahwin dengan kaki perempuankan. Jadi Ariana pun dnegan baik hati, tolong Juwita. Lepas je Ariana mengaku dia mengandungkan anak Tengku Adam, terus perkahwinan tu batal. Ariana pun, terus je pergi dari tempat tuh.

Cerita dipanjangkan mengenai bagaimana Tengku Adam yang geram dengan Ariana atas lakonan Ariana yang mantap. Tengku Adam ambil keputusan yang sangat drastik dengan merogol Ariana semasa mereka di Cameron Highland.

Kejadian tu buatkan Ariana takut. Dia takut andai dia mengandung. Tapi, ketakutan itu tidak berpanjangan kerana Ariana tidak mengandung. Cerita diteruskan dengan unsur-unsur perasaan Tengku Adam yang sukakan Ariana tapi malu kerana dia memikirkan Ariana hanya seorang kerani berpendidikan SPM. Mana mungkin bergandingan dengan dia.

Sekali lagi, Tengku Adam cuba merogol Ariana. Namun sesuatu yang berlaku terhadap Ariana membuatkan dia tersedar sesuatu. Dia cuba meraih kembali Ariana, namun, apa yang dirancang tidak menjadi kerana Ariana menjadi tunangan orang dan dia juga mempunyai tunang. 

Siapakah tunang Ariana? Siapakah tunang Tengku Adam? Siapakah Ramzul? Liyana? Adam Mukhriz? Ros? Apakah kesudahan Tengku Adam dan Ariana? Berkahwinkah mereka?

Nak tau? Pergilah beli dan baca sendiri. Novel ni sangat bagus kerana isi yang ada dalam novel ni sangar berilmiah. Ai yang baca turut terpegun. Jarang Ai baca novel yang sebegini. Yang memberikan pengajaran demi pengajaran dan motivasi kepada pembaca. 

Tapi, sekarang novel banyak cerita pasal orang-orang kaya kan. 

Bintang :
4.8 / 5 (tak ada yang sempurna di dunia ni)

Pesan Nota Mata : Ada edisi istimewa untuk TWB ni kat blog cik EVELYN ROSE :)

30 December 2012

TWB dan L

Assalamualaikum. Ai kembali :) Alhamdulillah Ai dah selamat sampai kat rumah. Rasa seronok balik rumah sendiri (padahal rumah ni mak Ai punya). Masa nak balik tadi, singgah kejap kat Alamanda untuk makan. Tapi masuk je Alamanda, Ai nampak MPH Bookstore. Terus mata tak boleh alih langsung. Terkam masuk MPH, kemudian, duit pun hilang lepas tu. 
Duit hilang sebab dapat dua buku kat atas ni. Satu The Wedding Braker, satu lagi Lazuardi. Satu dah habis khatam dah pun. Nanti Ai buat ulasan ya. Memang dah jadi one of Ai favourite dah. Sebenarnya, TWB tu, A dah usha lama dari minggu lepas. Tapi bila pergi Popular atau MPH mesti ambil novel lain, jadi bila nampak je MPH tadi, dah tekad nak bli TWB.

Lazuardi pula sebab Ai suka karya Nazs yang pertama tu. Comel je. Kebetulan, Lazuardi ni, Ai ada baca sikit kat blog Nasz dulu, jadi memang ternanti-nanti. Bila dah ada memang tak lepas peluang, sebab Ai tahu kat tempat Ai mesti lambat lagi nak ada. 

Nak tengok We Got Married sebelum baca Lazuardi. Nanti Ai buat ulasan pasal novel-novel ni ya. Selamat malam :)

Pesan Nota Mata : Baca doa sebelum tidur :

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Assalamualaikum. Hari ni hari Ahad, hari bergembira dengan keluarga. Semalam, Ai dah puas berjalan dengan kaum keluarga. Mula pergi Aquaria (Ai suka hidupan laut). Lepas tu malamnya nak cubalah steamboat. Mula cadang nak pergi makan kat Steamboat Antarabngsa, Bangi tapi ubah rancangan pergi ke Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Segalanya kerana kedua-dua kakak Ai tengok Jalan-Jalan Cari Makan.

Sebelum tu, kami sudah membuat tempah terlebih dahulu. Sebabnya, dalam page restoran tersebut boleh dibuat tempat. 
Gambar di atas, Ai ambil daripada page restoran ini. Ternyata boleh tempah terlebih dahulu. Namun, bila sampai sahaja di restoran tersebut, Kami terpaksa menunggu lebih 10 minit untuk meja. Sedangkan kami sudah tempah. Bila bertanyakan kepada pekerja di situ, hanya membuat muka kau-ada -tempah-ke? Masa tu, dah rasa lain macam.

Lepas dapat sahaja tempat duduk, kami pun nak ambil makanan. Ai pergi tempat aiskrim yang tinggal hanyalah sisa sahaja. Masa tengah sotong tu (dekat 10 minit) barulah dia kemas bekas aiskrim tu. Kenapa servis dia macam ni? Ai tunggu punya tunggu, dia bagi berapa ketul je sotong, Ai muka tak malu hulur je pinggan tu. Tunggu lama itu je dapat. Sabar sajalah. Situasi yang sama untuk ayam.
 Ai cakap berdasarkan bukti. Agak-agak banyak ni, cukup ke makan untuk 9 orang dewasa? Kecewa sangat-sangat. Rasa macam nak menangis je kat situ. Sebelum tu, kakak Ai terpaksa panggil si pembakar untuk bakar ayam ni. Kenapa sampai macam ni sekali. Kecewa sungguh.

Ai pun pergi ambil sayur, ada sayur 3 jenis sahaja. Ai ambil mee hijau. Celur dalam sup tu, angkat-angkat, bagi sejuk, Ai pun makan. Tapi kenapa rasa pasir? Salah Ai kah? Apa yang tak kena. Sayur? Mee? Sup? Terpaksa membuang makanan yang banyak.
 Tengah seronok makan, abang Ai kata, had masa 3 jam je. Terbantut Ai nak makan. Cari punya cari, Ai jumpalah bukti seperti gambar kat bawah. Memang terbantut nak makan. Bukan nak membanggakan diri, tapi Ai dah makan kat banyak tempat, yang murah sampa ke mahal, tapi tak adalah restoran restoran tu bagi had masa. Duduklah selama mana nak duduk. Memang terbantut nak makan. Ai hanya makan ayam yang beberapa ketul, mee dua kali suap, kuah tom yam tiga hirup (masam dan cair), bebola sahaja.
Memang salah Ai, sebab tak buat carian mengenai restoran ini. Kami tak buat carian kerana percaya JJCM 100%. Tapi terasa ditipu. Masa tengah makan tu, kami sempat tengok Facebook restoran ni, tengok punya tengok, ada ramai yang tak puas hati. Pagi ni, Ai gigih la cari. 

Ai tak tipu. Ai bukan adakan cerita. Ai sendiri pergi makan dan merasai pengalaman tu. Kenapa bila orang KITA je, mesti berniaga macam ni. Ai rasa tertipu.

Pesan Nota Mata : Tuan pengurus, sila urus kedai anda dengan baik. Sila upah orang MALAYSIA, Sila buatkan uniform pekerja (tak tahu nak bezakan pekerja dengan pelanggan). Sila uruskan makanan anda dengan baik.

Cadangan : Sila guna dapur yang ada pembakar sekali agar pekerja awak tak perlulah berpenah lelah nak bakar untuk pelanggan. Terima Kasih.

29 December 2012

Lelaki Lepas Kahwin Senyap

Assalamualaikum. Ai kembali lagi. Hari ni nak cerita pasal tajuk kat atas. Tadi masa tengah tengok Maharaja Lawak Mega - Boboi, Ai terdengar dia kata ; Lelaki bila dah kahwin mana ada sembang dengan isteri.

Persoalannya, benarkah lelaki bila dah kahwin jarang nak sembang dengan isteri sendiri. Perkara macam ni buat Ai terfikir, Ai tengok abah Ai dengan mak Ai pun jarang berbual kosong, Ai tengok jiran-jiran Ai pun jarang berbual dengan isteri masing-masing. Tapi Ai tengok kakak Ai dengan abang-abang Ai, rasa macam tak pula.

Jadi Ai boleh buat konklusi bahawa lelaki yang jarang berbual dengan isteri sendiri merupakan lelaki yang lahir pada tahun 1950-an dan ke atas. Mungkin ego yang lahir zaman ini tinggi melangit. 

Ini hanya pendapat daif Ai sahaja. Ai tengok yang berada di depan mata Ai. Tapi bila baca novel lainlah pula kan. 

Ai!! Novel dan Realiti berbeza. sangat berbeza. Tapi mungkin juga ada lelaki yang seperti dalam novel. Kita siapa nak menduga keadaan kan.

Pesan Nota Kaki : Ai nak cari lelaki yang banyak cakaplah, boleh lawan cakap.

28 December 2012

Takut atau Lucu

Assalamualaikum. Woah~ hari ni, nak cerita pasal pengalaman Ai semalam, err sebenarnya pagi tadi dalam pukul 1.45 pagi. Riak muka Ai boleh dikatakan tak sama kat bawah.

Haha, sebenarnya nak buat jadi takut tapi macam muka ketat pula. Janji ada reaksi muka tu. Maklumlah, tangan Ai ni tak pandai melukis walaupun ambil subjek Seni masa kat sekolah dulu.

Kita teruskan cerita, semalam masa Ai tengah seronok usha-usha cerpen yang ada, Ai pun terdengarlah bunyi-bunyian seperti orang mengangkat / menukang kat belakang bilik Ai. Tapi, Ai buat selamba je dengan baca cerita yang tergendala tu.

lepas tu, bunyi-bunyian datang balik. Tapi dari luar bilik Ai. Ai pun tengoklah kat luar, alarm dah dihidupkan, Ai pun nak masuk bilik. Masa nak masuk bilik tu, Ai dengar lagi bunyi-bunyian macam orang menukang / mengalihkan barang. Ai pergi kat bilik abang Ai (kot-kot dia menukang tapi dah lewat pagi macam mustahil je). Ai pun nak masuk bilik Ai, bunyi tuh makin kuat. Rupanya dari atas siling.

Terus Ai ambil keputusan, panggil along Ai yang ada nun jauh di sana. Mana tahu Ai berimaginasi ke kan. Dah panggil tu, Ai suruh dia dengar, ternyata Ai tak berhalusinasi. Makin lama makin kuat, Ai pun pergi panggil ibu Ai. Baru je kita orang kat depan pintu bilik, ada bunyi kuat dari arah dapur (along Ai ada kat situ masa tu).

Tengok along Ai bermuka panik dengan lari kat kami, Ai dengan kazen Ai menjerit sakanlah. Tambah lagi, siren dah berbunyi, lagilah risau. Dalam fikiran dah fikirkan orang hunus pisau ke, pistol ke. Lepas menjerit tu, rasa nak gelak kaw kaw sebab tak ada apa yang jatuh pun. Kami pergi tengok, memang tak ada apa. Ai pun tak pasti, orang ke musang ke yang ada atas siling tu. Lepas dari tu, gelak saja. Tapi gelak-gelak pun, takut tu masih ada.

Pesan Nota Mata : Tengok semua pintu dah berkunci atau tidak sebelum tidur. Baca ayat tiga Qul. Insya-Allah selamat :)

Kenali Dia #2

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Sekejap lagi, para lelaki harus siap sedia pergi solat Jumaat ya. Hari tu, Ai dah kenalkan dua orang penulis comel, kali ni, Ai ada terjumpa penulis yang namanya seakan penyanyi Cinta Muka Buku tu.

Semalam masa cari-cari cerpen yang menarik minat Ai, pakcik Google telah memberikan jawapan. Masuk je blog si penulis ni, ada banyak cerpen (sebab Ai suka e-cerpen daripada e-novel) maka terkinja-kinja kejap Ai.
Penghargaan Gambar : Blog NAJWA ULFAH
 
 Kat atas ni, kepala blog si penulis. Nama pena (tak pasti sama ada nama pena atau nama betul) si penulis Najwa Ulfah. Comelkan nama dia. Serius umur dia Ai tak pasti, tapi rasanya muda dari Ai (sekarang banyak penulis muda-muda, serius Ai cemburu). Kenapa Ai suka penulisan dia?

Walaupun tak banyak mengenai perjalanan cerita tapi lebih kepada dialog, Ai tetap faham dan senang untuk faham. Habis semua e-cerpen si penulis baca. Ada yang berkaitan dengan orang yang berbadan besar (tembam) sebagai watak utama. Memang cerpen tu, berjaya buat Ai menangis! Tak tahulah, Ai emosi sangat ke apa ke, tapi cerita tu berjaya buat Ai menangis. 

Kemudian ada cerita mengenai si panas baran yang bertemu dengan jejaka yang baik hati. Ai suka sebab ada lagu 150 juta kali tu. Memang kena dengan sikap dia. Ada cerita pasal kahwin sebab nak elakkan bekas tunang datang kacau. Ada banyak yang buat Ai menangis. Serius cerita si penulis ni seronok. Sila pergi baca dengan cepat.

Macam mana nak cari? Tak payah lah korang gigih nak tekan gambar tu sebab Ai tak letakkan link pun. Nanti pakcik Google marah Ai. Maka korang boleh cari kat pakcik Google dengan menaip NAJWA ULFAH atau DUNIA CERITA NAJWA. Dijamin anda suka dengan cerita yang dihasilkan.

Semalam juga, masa Ai tengah belek-belek e-novel kat Penulisan2u, Ai ada nampak satu tajuk macam menarik minat Ai. Kemudian, Ai pun gigih tanya pakck Google, trang tang tang, Ai dapat jawapannya.
 
Penghargaan Gambar : DEKNA LEE

Nama si penulis Husna Razali, tapi nama pena si penulis Dekna Lee. Apa yang Ai suka? Secara jujurnya, Ai suka jalan penceritaannya, tapi tak boleh dan sememangnya tak boleh jalan penceritaan yang sebegitu dibawa ke realiti. Gaya penulisannya pun selamba dan ada sikit bahasa kasar (bagi Ai) tapi perkara macam tu tak ada mencacatkan penceritaan.

Si penulis ada banyak e-novel dalam wordpress dia. Anda boleh pilih mana satu yang anda suka untuk baca dulu. Bagi Ai, Ai baca Menantu Mithali dan ceritanya menunjukkan sebagaimana tajuk yang diberi. Seronok baca.

Macam mana nak cari? Anda boleh tanya pakcik Google dengan menaip DEKNA LEE. Selepas itu, akan terkeluarlah laman sesawang si penulis. Si penulis sungguh comel dan selamba :)

Pesan Nota Mata : Ai suka baca cerita anda semua. Ai mohon maaf jika ada yang terasa dengan perkataan Ai. Ai nak baca cerpen dari anda semua lagi :)

27 December 2012

Duhai Lelaki, Kau Kejam

 Tika hujan mula menitis membasahi bumi, Lantas tingkap ditutup rapat agar tempias hujan tidak mengena :)
Assalamualaikum. Harapnya, si pembaca sihat sahaja (konon macam ada orang baca). Ada Ai kisah?

Dipendekkan cerita, dia long-lost buddy (tu diaa, Ai dah mula berbahasa Inggeris) Ai. Dia kawan Ai masa kat sekolah rendah. Jadi boleh bayangkan berapa panjangnya jangka waktu yang hilang tu? Adalah dalam 10 tahun. Mana tak hilangnya, dulu mana ada benda canggih macam sekarang ni. lagipun, dulu-dulu, Ai ni tak adalah hebat dalam bab-bab yang memerlukan akal fikiran, maka sejak dari tu, memang tak bersua muka, apatah lagi bersua suara.

Senang cerita, kami terjumpa kembali kat Facebook. Dulu rasa nak berterima kasih kat pakcik Mark tu, tapi sekarang rasa nak baling pakcik Mark tu sebab ciptakan laman sesawang ni (ini saja je nak melebihkan perasaan). Biasalah, bila dah jumpa mesti seronok, sembang tak ingat dunia (ini melebih lagi). Kemudian sampai satu tahap, Ai rasa mesti dia dah berpunya, Ai pun siasatlah (berangan nak jadi 007, sebab tu suka skodeng Facebook orang lain). Ternyata, dia sudah ada yang punya. Maka, Ai pun malas layan (kalau Ai dapat tau kawan lelaki Ai sudah berpunya, sepantas kilat Ai mengelak dari dia walaupun dulu rapat). Syukur Ai tak terjebak dengan benda yang tak berfaedah macam ni. Penat tepis sana sini, menjadi juga. Serius, Ai tak pasti ada permainan di sebalik ni atau tak.

Pesan Nota Mata : Jangan sampai, diri sendiri yang terluka :)


26 December 2012

Pilih Pisang Macam Pilih Orang?

Assalamualaikum. Ai kembali lagi~ Yihha~ Cerita Ai kali ni, pasal nak pilih pisang pun macam pilih orang juga. Ceritanya begini,

=

Situasi : Ai sedang belek-belek pisang emas yang paling besar. Ada makcik pun tengah belek-belek pisang.

Ai : Dik, cuba tengok harga untuk pisang ni berapa?
Penjual : RM 3.50.

Tengah Ai seronok nak bayar tiba-tiba ada pakcik (suami makcik itu) datang belek-belek pisang. Ai curi-curi dengar (tak senonoh betul)

Makcik : Bang, tengok pisang ni.
Penjual : Tu pisang berangan kampung, makcik.
Pakcik : Apa buruk je pisang ni.
Makcik : Tapi bang, yang ni sedap ni, yang isi merah (Ai tak tau pula yang ni).
Pakcik : Tapi tengok lah, buruk je.
Penjual : Luar je buruk pakcik, tapi isi dia elok je.

Maka, pakcik tu tiba-tiba buat kesimpulan,

Pakcik : Pilih pisang ni macam pilih orang ya. Walaupun orang tu buruk tapi hati dia baik ya.
Ai : Tersengih-sengih. (Ai lah yang buruk tapi hati baik tu. hehe)

Masa Ai pandu kereta, terfikir balik pakcik tuh cakap, memang betullah kan, walaupun orang tu tak cantik wajah dia, tapi siapa tahu hati dia dan sebaliknya pula. Bak pepatah bahasa Inggeris tu ;

Don't judge a book by its cover.

Hari Kurang Perkataan #1

Assalamualaikum. Ai nak gambar apa? Jeng jeng jeng~ Turunkan sikit mata ke bawah ya,


Inilah tempatnya. Pemandangan dari dalam bilik masa kat Guangzhou~

25 December 2012

Dulu Gades Sekarang Ai

Assalamualaikum. Jom makan roti (tiba-tba). Hari ni, mood nak tukar menukar kembali. Tengok tajuk pun, mesti dah boleh agakkan. Dulu memang Gades tapi rasa macam tak seronok pula maka tukar kepada Ai. Kenapa pilih Ai? Sebab dalam nama Ai ada perkataan Ai. Haiya, apa merepek tengah malam ni Ai oi. 

Bukan nama bertukar, semua bertukar tapi latar belakang rasa malas nak tukar lagi, maka tukar yang senag je. Apa yang senang? Adoi yai, bukan senang kalau sampai berpinar mata dengan berpusing otak nak buat kepala blog ni. Walaupun ringkas tapi bagi Ai dah cukup cantik. 

Kenapa tukar daripada 



kepada



sebabnya, dalam ni Ai nak tulis macam-macam perkara, bukan setakat nak fokus pada ulasan buku je. Dalam diari kan ke orang tulis macam-macam kan, jadi mini diari ni kiranya Ai tulis apa yang berlaku pada diri Ai dan orang-orang kat sekeliling Ai.

Jom Kenali Dia

Assalamualaikum. Sihat ke pembaca-pembaca Ai? Saja nak buat macam ramai yang jenguk sini. Baru ada kesempatan nak bukak blog dan menulis sebab Ai baru je balik dari tempat-tempat pelancongan. Minggu-minggu yang sangat sibuk!

Oke, maka kita terus ke poin utama. Nampak tajuk kat atas? Macam ni ceritanya. Semalam terniat nak buka Penulisan2u nak baca cerpen baru. Siapa yang suka baca novel atau cerpen menerusi laman sesawang, mesti tahu laman sesawang yang Ai sebutkan tadi. 

Buka je laman sesawang tu, memang ada banyak cerpen yang baru dimuat turun. Ai pun belek satu persatu cerpen yang ada. Banyak yang menarik jalan ceritanya dan gaya penulisan yang diketengahkan. Jadi, sambl-sambil baca tu, Ai tersuka dengan dua penulis ni. Nak tahu siapa?

Penulis yang pertama, nama pena beliau NOORAIHAS. Sebenarnya ada dua karya beliau yang Ai dah baca kat Penulisan2u. Kedua-dua karya beliau buat Ai rasa, seronok nak baca dan tak boleh alihkan mata Ai kat tempat lain pun! 

Ai jenis suka baca ulasan-ulasan yang pembaca tinggalkan untuk penulis (buat gaya macam penulis cerpen tu je nak baca ulasan orang) sebab nak tengok apa yang mereka fikir tentang cerpen tu. Sama ada sama dengan Ai atau tidak. Masa belek-belek ulasan tu, Ai nampak si penulis tinggalkan jejak blog beliau, maka Ai dengan segera pun buka blog beliau dan baca satu persatu cerpen dia. Memang tak boleh alih mata! Sangat suka dengan olahan dan gaya beliau menulis. 

Penghargaan : Blog NOORAIHAS

Oh, sebelum Ai terlupa, penulis ni masih muda orangnya. Bawah dari Ai 2 tahun. Ai masih muda oke, maka penulis tu lagi muda. Buat adik penulis (konon-konon macam dia baca blog Ai), Ai suka dengan cerita-cerita yang adik tulis, terasa dekat dengan jiwa dan ada unsur-unsur nasihat. Kalau boleh tambahkan algi unsur-unsur nasihat ye. Sama-sama kita dapat ilmu :)

Nak cari blog adik penulis ni senang saja, taip nama yang Ai letak kat perenggan 4 tu pda pakcik Google. Pasti dia akan dapat bagi jawapan yang tepat! Ai taknak link kan blog adik penulis ni, nanti pakcik Google marah. Ayoyo!

Penulis yang kedua pula, ZYRA AKAME. Ai jumpa semalam juga masa tengah baca cerpen kat Penulisan2u. Gaya penulisan yang bersahaja memang memikat sesiapa yang membaca. Ai suka cerita yang bersahaja. Cerpen yang pertama A baca kat Penulisan2u, mengenai Korea (sekarang semua orang suka Korea kot) tapi sebabkan yang pertama tu macam fantasi sikit, maka Ai pun berfantasi selepas itu.

Sejujurnya, penulisan yang pertama tidak menarik minat Ai sangat tapi penulisan beliau yang kedua, mebuatkan Ai rasa diawang-awangan semalam. Ternyata penulis gemarkan program Running Man (Ai juga) sampai selitkan watak-watak macam zirafah dalam penulisan beliau. 

Maka A sekali lagi gigih tengok ulasan-ulasan yang ada. Ai pun nampaklah si penulis tinggalkan jejak beliau. Maka, dua kali Ai telah gigihkan diri Ai buka blog beliau. Buka-buka ada dua e-novel yang masih dalam pembikinan. Ai kurang gemar e-novel sebab kena tunggu (punyalah pemalas). Tapi ada satu e-novel daripada penulis yang buat Ai suka dan tak sabar nak tunggu habis atau dibukukan. Nak tau? Pergilah bog beliau. Hanya taip nama yang telah Ai tuliskan pada pakcik Google, pasti jawapannya ada!

Penghargaan : Blog ZYRA AKAME

Nota Mata : Sila pergi Terjah!