Assalamualaikum. Hari ni hari Ahad, hari bergembira dengan keluarga. Semalam, Ai dah puas berjalan dengan kaum keluarga. Mula pergi Aquaria (Ai suka hidupan laut). Lepas tu malamnya nak cubalah steamboat. Mula cadang nak pergi makan kat Steamboat Antarabngsa, Bangi tapi ubah rancangan pergi ke Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Segalanya kerana kedua-dua kakak Ai tengok Jalan-Jalan Cari Makan.
Sebelum tu, kami sudah membuat tempah terlebih dahulu. Sebabnya, dalam page restoran tersebut boleh dibuat tempat.
Gambar di atas, Ai ambil daripada page restoran ini. Ternyata boleh tempah terlebih dahulu. Namun, bila sampai sahaja di restoran tersebut, Kami terpaksa menunggu lebih 10 minit untuk meja. Sedangkan kami sudah tempah. Bila bertanyakan kepada pekerja di situ, hanya membuat muka kau-ada -tempah-ke? Masa tu, dah rasa lain macam.
Lepas dapat sahaja tempat duduk, kami pun nak ambil makanan. Ai pergi tempat aiskrim yang tinggal hanyalah sisa sahaja. Masa tengah sotong tu (dekat 10 minit) barulah dia kemas bekas aiskrim tu. Kenapa servis dia macam ni? Ai tunggu punya tunggu, dia bagi berapa ketul je sotong, Ai muka tak malu hulur je pinggan tu. Tunggu lama itu je dapat. Sabar sajalah. Situasi yang sama untuk ayam.
Ai cakap berdasarkan bukti. Agak-agak banyak ni, cukup ke makan untuk 9 orang dewasa? Kecewa sangat-sangat. Rasa macam nak menangis je kat situ. Sebelum tu, kakak Ai terpaksa panggil si pembakar untuk bakar ayam ni. Kenapa sampai macam ni sekali. Kecewa sungguh.
Ai pun pergi ambil sayur, ada sayur 3 jenis sahaja. Ai ambil mee hijau. Celur dalam sup tu, angkat-angkat, bagi sejuk, Ai pun makan. Tapi kenapa rasa pasir? Salah Ai kah? Apa yang tak kena. Sayur? Mee? Sup? Terpaksa membuang makanan yang banyak.
Tengah seronok makan, abang Ai kata, had masa 3 jam je. Terbantut Ai nak makan. Cari punya cari, Ai jumpalah bukti seperti gambar kat bawah. Memang terbantut nak makan. Bukan nak membanggakan diri, tapi Ai dah makan kat banyak tempat, yang murah sampa ke mahal, tapi tak adalah restoran restoran tu bagi had masa. Duduklah selama mana nak duduk. Memang terbantut nak makan. Ai hanya makan ayam yang beberapa ketul, mee dua kali suap, kuah tom yam tiga hirup (masam dan cair), bebola sahaja.
Memang salah Ai, sebab tak buat carian mengenai restoran ini. Kami tak buat carian kerana percaya JJCM 100%. Tapi terasa ditipu. Masa tengah makan tu, kami sempat tengok Facebook restoran ni, tengok punya tengok, ada ramai yang tak puas hati. Pagi ni, Ai gigih la cari.
Ai tak tipu. Ai bukan adakan cerita. Ai sendiri pergi makan dan merasai pengalaman tu. Kenapa bila orang KITA je, mesti berniaga macam ni. Ai rasa tertipu.
Pesan Nota Mata : Tuan pengurus, sila urus kedai anda dengan baik. Sila upah orang MALAYSIA, Sila buatkan uniform pekerja (tak tahu nak bezakan pekerja dengan pelanggan). Sila uruskan makanan anda dengan baik.
Cadangan : Sila guna dapur yang ada pembakar sekali agar pekerja awak tak perlulah berpenah lelah nak bakar untuk pelanggan. Terima Kasih.
0 pembaca:
Post a Comment