12 February 2013

Drama Adaptasi Novel


Assalamualaikum. Sihat semuanya? Bajet popular sangat. Ai sangat-sangat sibuk sejak dua minggu yang lepas. Langsung tak buka blog sebab sibuk dengan dunia baru. Eceh. Malas nak celoteh panjang, Ai teruskan pada tajuk kat atas.

Ai gemarkan novel. Ai sukakan novel. Ai cintakan novel dan sewaktunya dengannya. Ai rasa hampir 80% orang baca novel tapi tahap suka tu tak tahulah sampai mana. Ai juga sukakan drama dan filem. Tapi Ai jujur tak suka novel yang telah diadaptasikan.

Kerana apa?

Jalan Cerita
Ini faktor yang utama sekali. Ai gembira bila berita novel kegemaran Ai akan diadaptasikan. Ai nantikan drama tersebut, TAPI bila Ai usha drama tersebut, jalan ceritanya terpesong jauh daripada novel tersebut. Apakah?Mungkinkah pihak penerbit terlalu banyak idea sehingga mencurah-curah sehingga kena jalan cerita sebenar novel? Bagi Ai, kalau benar nak adaptasi sila guna jalan cerita yang sama. Kami ; yakni pembaca tegar novel ni nak tengok jalan cerita yang penulis garapkan dalam bentuk penulisan ke dunia sebenar. Nak tahu menjadi atau tidak bila diadaptas tapi sayang~ harapan tinggal harapan~



Pelakon
Yang ini, Ai tak boleh cakap banyak-banyak sebab pendapat masing-masingkan. Cuma bagi Ai, kalau dah seorang ni jadi hero untuk novel tu, tak semestinya kita tak boleh tukar pelakon kan? Kat Malaysia ni, ada ramai pelakon yang berbakat. Mungkin yang berbadan sasa tu kuranglah kan. Ada, mungkin kena cari lebih sikit daripada sebelum ni. sekurang-kurangnya kita boleh membezakan novel ni dengan yang lain.

Tempat
Dalam banyak-banyak perkara, tempat juga memainkan faktor yang sangat penting. Kalau dalam novel tempat tu diceritakan dengan detil, tapi bila diadaptasi, tempat tu ditukarkan pula. Maka, semangat nak menonton tu dah menjadi kurang. Ai tahu, kadang-kadang kekurangan bajet tapi kenapa masih nak gunakan.

Konklusinya, Ai kurang suka novel yang diadaptasikan. Perkara ni dah lama bersarang tapi ni baru ada semangat nak tulis. Mungkin sebab semakin banyak novel yang dah didaptasi.

Pesan Nota Kaki : Kalau dulu berkobar-kobar nak tonton adaptasi tapi bila dah ada semangat tu semakin turun sebab faktor kat atas :(

0 pembaca:

Post a Comment