16 August 2013

Kenali Dia #6

Assalamualaikum. Hai hai hai. Bila tengok tajuk mesti boleh agak pasal apa Ai nak cerita kan. Oke, kali ni, Ai macam biasa baca cerpen kat Penulisan2u. Jadi, tadi masa godek tu, jumpalah dua orang penulis ni. Cik Bawang. Jangan tanya kenapa nama dia begitu, mungkin dia suka bawang.

Oke, penulis baru yang Ai jumpa namanya Cik Bawang (nama dia, Ai tak tahu). Macam mana nak cari? Senang gila nak cari blog beliau. Cuma taipkan sahaja nama Cik Gila Bawang, in sha Allah keluar nama beliau. Atas tu, header blog beliau, in case tak jumpa :)

Cerpen yang ditulis kebanyakkan berdasarkan seorang pelajar perubatan. Mungkin juga Cik Bawang ni seorang pelajar perubatan. Kalau betul, wish you all the best dear writer :)


Cerpen yang ditulis menarik perhatian Ai untuk banyak. Ada yang Ai dah pernah baca kat Penulisan2u. Jadi memanglah seronok dan membuai-buai untuk dibaca. Lagipun Cik Bawang ni gunakan pandangan orang pertama, maka lagi senang nak feel. Gaya menulis yang bersahaja dan senang untuk faham. Me likey :)

Oh~ Cik Bawang juga ada tulis novel, tapi Ai jarang baca novel online sebab Ai suka baca yang versi cetak punya. Hehe~

notajari : Ai tunggu cerpen baru tau :)

Oke, yang kedua pula, Szaza Zaiman. Ai jumpa dia pun masa merewang kat Penulisan2u. Lepas tu tanya pakcik GOOGLE maka Ai pun terjah blog dia.

 Mula-mula Ai baca cerpen untuk sambungan yang ada dalam Penulisan2u. Tapi rupanya, banyak gila cerpen dia. Rambang mata nak baca. memang rabun kejap. Hehe cerpen yang Ai suka mestilah yang terbaru tu. Sebab Ai jangkakan dia dengan hero kecil, rupanya hero besar yang datang. Tapi tak apa, Ai suka je.

notajari : Sudi tak jadi kawan Ai :)

0 pembaca:

Post a Comment