Assalamualaikum~ Dah masuk 4 Syawal, yippie~ Dah melawat saudara mara belum? Ai? Ai dah melawat saudara mara, maklumlah, saudara mara satu kampung je. Jadi bila dah balik rumah, rasa macam kosong~ kosong~ Cewah, menyanyi pula.
Jadi nak bunuh rasa bosan tu, Ai pun melawatlah Soompi Forum. Melawat sanalah sebab nak tahu kdrama apa yang tengah panas sangat sekarang ni. Godek sana Godek sini, Ai pun dapat dua cerita. Nak tahu cerita apa? Moh ke bawah.
Master's Sun
Kdrama pertama Ai dapat ialah Master's Sun. Lepas tutup je tertingkap kdrama ni kat Soompi Forum, terus jari buka tertingkap lain. Apa lagi, nak tengok kat tempat yang Ai selalu muat turun kdrama ada tak cerita. Perghh buka je terpampang cerita ni kat laman sesawang tu. Senyuman jahat mula ada kat muka Ai. Malas nak cokcek (berlengah) Ai pun muat turun. Nasib Ai baik sikit hari sebab talian agak laju. Lepas tengok episod pertama, walaupun agak seram, Ai dah jatuh hati baik kat jalan cerita atau watak-watak utama :)
Jalan Cerita :)
Kdrama ni mengenai seorang gadis yang kemalangan beberapa tahun yang lepas. Lepas sedar
daripada koma (agaknya) dia mula nampak benda-benda ni. Bila nampak benda-benda ni, maka dia tak boleh tidur dan menyebabkan dia dapat insomnia dan tak kerja. Kalau dah setiap hati nampak, macam mana nak tidur dan kerja.
daripada koma (agaknya) dia mula nampak benda-benda ni. Bila nampak benda-benda ni, maka dia tak boleh tidur dan menyebabkan dia dapat insomnia dan tak kerja. Kalau dah setiap hati nampak, macam mana nak tidur dan kerja.
Lelaki ni pula, seorang CEO (tipikal kdrama), dah nama pun CEO mestilah kacak dan bergaya. Lelaki ni tak percaya pada benda-benda ni. Tapi ada satu perkara yang buatkan dia terserempak dengan gadis tu. Bermula daripada perkara tu, dia selalu terserempak dengan gadis tu.
Gadis tu, bila dia pegang je lelaki tu (berapa banyak tu), benda-benda tu akan hilang. Kira lelaki tu adalah penyelamat dia. Tapi lelaki tu pula anggap gadis tu hanya nak kikis hartas atau goda dia sahaja. Lawak dan SERAM. kiki
Baru dua episod dan tak sabar nak tunggu sampai habis. Pelakon kdrama ni, sila tanya pakcik GOOGLE sebab Ai malas nak cerita. Cari sendiri lebih seronok :)
Jung Yi, Goddess of Fire
Kdrama kedua yang Ai dapat ialah Jung Yi, Goddess of Fire. Mula-mula dapat tahu kdrama ni bila FB Running Man ada siar pasal gambar kat tempat lakonan Lee Kwang Soo. Tapi masa tu buat tak endah je sebab talian kat kampung agak lambat. Jadi tadi tengok-tengok kat Soompi Forum, kdrama ni pun seronok juga. Ai pun muat turun dan tengok. Boleh dikatakan Ai tengok kdrama ni sebabada Kwang Soo kot. kiki
Jalan Cerita :)
Kisah ni bermula dengan dua orang pembuat (betul ke) seramik dan sebagainya. Kdrama ni pasal zaman-zaman dulu ye (tengok gambar atas). Seorang jahat dan seorang baik (macam biasa). Jadi yang jahat ni ada pembantu perempuan tapi satu hari tu dia tidur dengan pembantu ni, dan tak sangka pembantu ni mengandung. Disebabkan hal ni (agaknya) pembantu ni lari pergi ke pembuat seramik yang baik.
Disebabkan raja ada buat pertandingan seramik untuk tentukan siapa yang layak untuk jadi Master, maka permaisuri 1 (isteri raja yang entah ke berapa) buat pakatan dengan pembantu raja (PA lah kot) nak bagi yang jahat menang. Malang sekali bila, yang baik masuk penjara atas tuduhan nak membunuh permaisuri 2 (yang entah ke berapa), maka yang jahat dinobatkan sebagai Master.
Bila pembantu dapat tahu maka dia pun nak tegakkan kebenaran tapi yang jahat ni terus upah orang suruh bunuh pembantu. Bila dapat tahu pembantu tu mengandung, dalam masa yang sama dia dah ada anak sendiri, jadi dia pun berfikir untuk lepaskan atau tidak.
Pembantu ni dapat tahu niat jahat tu, dia cuba lepaskan diri dan terjumpa dengan pembuat seramik baik dan masa tu pembantu tu dah selamat melahirkan anak. Pembantu suruh ambil anak tu dan pergi daripada tempat tu dan dia mati sebab hilang darah kot.
Jadi pembantu baik tu jaga anak tu macam sendiri sampai besar dan anak tu akan menjadi pembuat seramik yang handal.
Itu baru episod pertama ya, episod seterusnya Ai tak tengok lagi. Kdrama ni dah ada banyak episod tapi akan tamat pada episod yang ke 32 kalau tak salah Ai. Kdrama ni berdasarkan cerita sebenar pembuat seramik wanita yang pertama di zaman Joseon. Jadi, cerita ini agak berat. Bagi yang tak suka sejarah dan cerita zaman dulu mungkin akan rasa sedikit bosan. :)
Nota Jari : Harap tak pening baca. kiki
0 pembaca:
Post a Comment