30 December 2015

Segmen "Ayah Saya, Hero Saya"

Assalamualaikum.

Hari ni, saat ini, jam ini, maka berakhirlah segmen ini. Sob Sob. Alhamdulillah, walaupun tak ramai yang sertai segmen Ai, tapi Ai bersyukur sebab masih ada yang sertai. Terharu. Sob Sob.

Ai dah baca semua semua yang sertai segmen ni. Ada macam-macam cerita pasal ayah masing-masing. Ai buat segmen ni sebab AI nak semua semua ni, ingat jasa-jasa ayah kat diri masing-masing. Jangan bila dah tak ada baru kita nak hargai.

Jangan. Hargai selagi masih ada. Ai setakat boleh ingat kenangan je sekarang ni. Ingat dalam doa. Okeh. Bagi yang nak tengok dan nak baca kisah menarik mengenai ayah blogger-blogger ni, boleh la tekan tekan link kat bawah.

Oh, sebelum tu, syarat Ai untuk segmen ni, kalau kurang 20 orang, automatiknya terbatal. Jadi, Ai hargai sangat yang sertai segmen Ai. Insya Allah lain kali, Ai buat segmen yang senang-senang je.

  • http://najwazahid94.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html
  • http://muffincokelatcinta.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html
  • http://apple-crunchh.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html
  •  http://quebecity.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html
  • http://aienienka.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html

Segmen 'Ayah Saya, Superhero Saya'

 Update : Tarikh tutup ditukar kepada 30/12/2015 :)
 Update : Saguhati kepada pemenang.
 Assalamualaikum. Bismillah.


Tengok orang buat segmen, Ai pun tiba-tiba nak buat segmen. Tapi segmen Ai nak minta anda anda yang sertai cerita mengenai superhero anda.

Harapnya ada yang sertai. Jangan risau, Ai akan pilih tiga cerita yang menarik pasal superhero anda. Tiga orang ini akan dapat sesuatu daripada Ai.

Syarat-syarat :

Follow blog Ai
Buat satu entri "Ayah Saya, Superhero Saya"

21 December 2015

Think Like A Man, Act Like A lady

Assalamualaikum.

Huih~ tetiba Ai bersemangat waja pula petang petang macam gini. Selalunya orang lain pergi bersenamlah, makan cokodoklah tapi Ai macam biasa, membaca.

Tapi petang ni, rasa nak membaca tu lebih lagi sebabnya, tadi posmen datang, hantar hadiah barang. Bila dapat je, tengok tulisan, dah boleh agak siapa yang hantar. *Kesat Air Mata Sat*

Frankly speaking, for the past two weeks, Ai memang rasa teruk sangat, sungguh. Dah macam zombie. Nak buat apa pun serba tak kena. Rasa masa tu berlalu dengan lambat je. Tik.......Tik.....Tik...

Sempatlah bermesej dengan soulmate Ai yang jauh nunnnnn di Kedah. Lepas je mesej, esoknya dia minta alamat, hari ni dapat hadiah tu. Ai anggap hadiah daripada dia. 

Ai ni jenis suka sangat berfikir, walaupun perkara tu idoklah penting mana pun, tapi fikir sampai serabut kepala otak ni ha. Jadi, dengan pemurahnya dia bagi buku ni kat Ai supaya Ai lebih lebih lebih memahami. Awww. Better late than never kan. Kata nak berubah jadi lebih baik.

Walang di Hati Siapa yang Tahu

Assalamuaalaikum.

Semalam bukan main Ai letak entri, sampai dua tiga. Hari ni lemau pula rasa. Nak menaik, perah ayat pun malas. Isnin punya pasal. Eh, ye ke. Salahkan hari Isnin pula.

Oh, sebelum tu, bagi yang tak tahu walang tu boleh lah tanya kat atuk Google. Mesti dapat tahu. Ai bagitahu sikit je, walang tu macam kegusaran hati. Eh, gusar pun tak tahu, hemm boleh tanya atuk Google tau.

Tak adalah nak walang apa pun. Cuma rasa macam nak jadi zombie je dah ni. Memang kurang gemar nak menunggu tertunggu ditunggu ni. Tapi apa nak buat, kena je lah tunggu. Nanti cakap banyak-banyak kata lain pula. Tazabar (pinjam sat na jep) nak tunggu hari Rabu.

Apa yang walang sangat tu? Haih, walang hati ni daripada minggu lepas lagi. Dok tunggu tunggu tunggu tunggu (nampak tak berapa banyak tunggu tu) tunggu, tunggu, bila la boleh nak macam dedulu. Mampu tengok gambar dedulu je la, sebab yang sekarang tak ada langsung. Tabah je lah. Bila nak tunggu tu, mula la imaginasi liar jadi makin liar. Dah bermalam tak boleh tidur, imaginasi liar punya pasal. 

Duhai hati yang walang, nyah kau dari hidupku~ Ecewah.
Nota Jari : Cepatlah hari Rabu (Ai je yang eksaited, tahu dah)

20 December 2015

Kenangan Lagi

Assalamualaikum.

Hari ni entah kenapa Ai rajin pula nak menulis nulis ni. Selalu kena tunggu mood mai menjengah baru boleh menulis. Hari tu Ai cerita pasal transformasi diri, eh, kalau belum baca boleh la pi baca kat Evolusi Bukan Revolusi Diri Ai.

Kali ni, nak cerita pasal barang-barang yang dah tinggal jadi kenangan. Tapi, hari tu dah ada cerita pasal Kenangan sikit. Jadi hari ni nak tambah lagi sikit. Tapi sebelum tu, semua orang ada kenangan kan (eh dah macam ayat dalam karangan sangat), dan mesti korang hargai gegila kenangan tu walaupun kenangan tu pahit. Duh, takmau cerita yang pahit, kita cerita yang manis je.

Lupa, semua ni kenangan masa belajar. Kalau nak dikirakan, banyak sangat gambar kenangan, tapi kang hang pulang blog Ai. Jom usha satu persatu.

Jaga Sensiviti Kawan Sama

 Amaran : Entri terlalu panjang. Haha
Assalamualaikum.

Sebenarnya Ai dah lama nak cakap mengenai perkara ni. Kita, orang perempuan, kadang-kadang kita terlupa untuk berfikir sebelum bercakap. Mostly Ai macam tu orangnya. Jarang berfikir sebelum bercakap, lepas menyesal sendiri.

Dulu, masa menginjak dewasa (ayat tak boleh blah), Ai orangnya kasar dan cakap pun kasar. Senang cerita jual ikan selfish orangnya. Maklumlah, anak bongsu, semua nak dapat (itu orang cakaplah). Jadi masa belajar dulu, adatlah kawan-kawan pinjam meminjam. Jadi, bila orang nak pinjam barang Ai, Ai macam susah sikit nak bagi.

Lepas tu, Ai jenis cepat marah dulu. Sangat cepat marah, tak boleh silap sikit. Alhamdulillah, kawan-kawan masih lagi dengan Ai walaupun sikap macam tu dan benda ni buat Ai terharu. Tanpa korang siapalah Ai. Itu masa umur setahun jagung beb. Sekarang dah nak masuk peringkat ranum (ehhhh sangat).

Tapi, makin ranum dewasa ni, Ai banyak berubah. Ai jadi lebih sabar (kot) bila melibatkan kawann-kawan, Ai kurang marah bila ada benda jadi (adalah sebabnya tu) dan lebih berdikari. Tapi, bab pinjam tu Ai ada satu benda je Ai tak boleh toleransi, bab pinjam novel. Serik weh. Bagi pinjam, dapat balik macam belacan! Robek hatiku.

Follower Makin Kurang

Assalamualaikum,

Rasanya ramai yang perasan perkara ni. Mana taknya, tiba-tiba je boleh hilang follower dalam masa yang sekejap. Ya, blog Ai tak ramai follower tapi bila tak ramai tu, memang terkesan kalau hilang.

Tapi tapi, bukan Ai sorang je yang jadi masalah ni. Sebenarnya sejak dua hari lepas Ai dah perasan tapi makin perasan bila hilang dalam kuantiti yang banyak.

Mungkin blog Ai yang picisan ni tak sesuai untuk mereka jadi mereka pun unfollow. Eh, tak apalah. Itu hak individu tapi kalau masalah teknikal daripada blogger.com memang nak kena gigit komputer ni dengan Ai.

Nota Jari : Korang makan apa pagi ni?

18 December 2015

Evolusi Bukan Revolusi Diri Ai

Assalamualaikum.

Fuh~ setelah berhempas pulas mencari cari diri gambar yang sesuai. Barulah boleh menulis dengan tenang. Ai percaya, makhluk manusia korang yang sezaman dengan Ai mesti ada evolusi  jugak. Maksud Ai merasa setiap zaman dengan secukup cukupnya.

Pergh, bila usha usha balik gambar lelama, buat rasa nak sorokkan muka dalam tanah. Malu betul. Tapi, itulah diri Ai, perlahan-lahan kita berevolusi. Ye dak.

Dedulu, masa zaman Ai kekecik, manalah ada selendang yang macam sekarang ni. Kalau ada pun mungkin tak ramai. Kira kalau masa Ai kecik, kalau nampak orang pakai bawal pun dah WOAHHH~ hebat kot.

Nampak tak beza zaman Ai dengan zaman adik adik. Zaman korang ni, baru sekolah menengah dah FUHHH~ cantik siot~~! Tak ada lah kome merasa zaman kehodohan dan kecomotan, gittew.

Nak tengok evolusi Ai kena terjah sampai bawah. *Tutup Muka*

Peminat Tegar Coffee

Assalamualaikum. 

Ahem~ Siapa kat sini suka kopi? Kalau suka, kita lebih kurang je. Setiap kali balik Ipoh, Ai mesti cari kopi. Tak kisahlah daripada kedai mana sekali pun. Nak cari kat tempat Ai kerja punyalah susah dik oii. 

Merata Ai cari, kalau ada pun jauh daripada rumah. Sob Sob. Maka bila balik je Ipoh, Ai akan bergegas ke kedai yang jual kopi kopi ni. Ada banyak perisa sebenarnya tapi Ai suka Latte dengan Mocha je. 

Jadi untuk anda peminat tegar kopi yang seperti Ai bolehlah cari kopi jenama seperti kat bawah. Sudahlah besar harga berpatutan pula tu. Ada yang RM 4, ada yang RM 5. Bergantung pada perisa apa yang ada pilih.

Senyum Sampai Telinga

Assalamualaikum.

Selamat pagi~~ teman adik di sini~ Oke, merapu. Tapi siapa tahu lagu ni kita sezaman. Sep sikit~

Hari ni Ai rasa nak senyum sampai gigi, sampai telinga, sampai memana lah. Tapi biasalah, perempuan kan. Karang ubah pulak emosi tu. Tapi untuk saat ini, waktu ini dan ini ini ini, Ai nak senyum je.

Mudahan walang di hati berlalu pergi bagai angin yang menyapa. Aduh~

17 December 2015

UPDATE : Saguhati segmen Ayah Saya Hero Saya

Assalamualaikum.

Hari ni Ai berkesempatan untuk update saguhati untuk para pemenang Segmen Ayah Saya Superhero Saya.

Mungkin ada yang tertanya kenapa Ai buat segmen macam ni. Sebab Ai rindu sangat dengan arwah ayah Ai yang banyak sangat jasa beliau pada kami semua. Jadi, tiba-tiba tercetuslah segmen ni.

Andai kata tak mendapat sambutan, no worries, kita adakan lain kali pula :)


Nota Jari : Satu bekas pensel daripada Thailand untuk tiga pemenang segmen :)

Kek Menarik Tertarik oleh Cikgu Nisa

Assalamualaikum.
Terbaru sekali. Tadi.
Fuhhh~ Penat ai berkejaran dengan peluh gambar gambar kek yang keluar kat facebook dan instagram ni. Asal tengok gambar gambar kek je mesti rasa nak beli. Eh, tapi Ai dah pernah beli kek Cikgu Nisa ni. Bukan setakat kek je, tapi pavlova pun pernah tau. 

Balik je rumah meesti mengigau teringat kat kek Cikgu Nisa. Eh, sebelum terlupa, sesiapa yang duduk di Kuala Lumpur sangat sangatlah beruntung sebabnya orang yang duduk kat sekitar Kuala Lumpur boleh merasa air tangan Cikgu Nisa.

Bukan setakat sekecil kecil kek tapi sebesar besar kek pun ado. Yihha~ mana yang nak bertunang ke, nak kahwin ke atau nak buat supriseeeee boleh la tempah kek dengan Cikgu Nisa ni. Orangnya pun baik plus kelakor.

Harga pula memanglah kasih sayang. Jangan risau. Lagi satu, korang nak dekorasi macam mana pun boleh. Serius, Ai tak tipu. Tak percaya eh? Jom usha gambar gambar kat bawah.

Food Project Cafe

Jom Join Segmen Ai Ayah Saya Superhero Saya
Assalamualaikum.
Yehuuu~ Semalam cerita pasal Foodlab.Ipoh kan. Hari ni, cerita lain pula tapi seharusnya pasal makanan lagi. Kali ni, Ai nak cerita pasal Food Project Cafe yang terletak betul-betul berhampiran dengan Lost World Of Tambun tu. 

Kalau korang penat-penat dah bersuka ria kat Lost World Of Tambun, malam tu boleh la lepak kat Food Project Cafe. Tak payah pergi jauh, dekat je dengan Hotel Sun Inn dan Hotel Lost World tu. 

Stail yang hampir sama, jadi memana hipster dan hijabster

16 December 2015

Wordless Wednesday


Foodlab.Ipoh

Jom Join Segmen Ai Ayah Saya Superhero Saya
Assalamualaikum.

Yehuuu~ Semalam dah cerita pasal Gopeng Guesthouse & Cafe. Jadi hari ni, nak cerita pasal satu lagi kedai makan yang popular kat Ipoh. Foodlab.Ipoh. Pergi dengar tak? Pada yang tak pernah dengar tu, bawak bawak la mai ke Ipoh. Boleh la kome makan kat tempat-tempat yang Ai cadangkan ni. Ye dok.

Foodloab.Ipoh ni mempunyai konsep yang lebih kurang sama macam Knock Knock Cafe yakni makanan ala barat. Tapi~~~ kat Foodlab.Ipoh ni ada menyediakan minuman yang boleh Ai cakap kalau kome tengok, telan air liur basi je lah. Jadi, mohon gerak ke Ipoh sekarang.

Jadi, untuk mengurangkan gian anda anda, meh rujuk gambar kat bawah.

15 December 2015

Buku Fixi Giveaway by Yaya

Asssalamualaikum. Ai di tag oleh adik manis ni untuk join GA. Jadi klik banner kat bawa untuk join ye :) Macam biasa, Ai tak pasti nak tag siapa sebab dah lama tinggal, jadi AI tag sesiapa yang nak join :)

http://yayalovas.blogspot.my/2015/05/buku-fixi-giveaway-by-yaya.html

Gopeng Guesthouse & Cafe

Jom Join Segmen Ai Ayah Saya Superhero Saya
Assalamualaikum. Semalam Ai dah ceritakan pasal Knock Knock Cafe kan. Jadi hari ni, Ai nak cerita pasal Gopeng Guesthouse & Cafe pulak. Weee~

Tempat ni sangat sangat sesuai kalau anda merupakan backpacker. Tapi kalau bukan backpacker pun boleh jugak. Ai yang tengok pun boleh meleleh air liur basi. Apatah lagi kalau sendiri pergi makan. Oiii kome, moh le kita pergi nyinggah sini.

Jom tengok gambar kat bawah. Sebelum tu, tempat ni kat Gopeng. Buka pula daripada jam 5.00 petang sampai 12 tengah malam.

14 December 2015

Jawatan Kosong di Animation Theme Park

Jom Join Segmen Ai Ayah Saya Superhero Saya
Assalamualaikum.

Hari ni Ai nak tolong iklankan jawatan kosong kat Animation Theme Park. Macam yang rakyat rakyat marhaen macam Ai kat Perak ni dah tahu, akan buka satu taman tema di Meru. Bagi yang tak tahu tu, Ai nak bagitahu sikit, nanti kat Meru, Ipoh, Perak akan buka satu taman tema animasi gittew. Jadi, bila nak buka taman tema, mestilah nak guna pekerja kan.

Maka, satu temuduga bakal dijalankan di Dewan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Haaa? Kat mana tu.

Knock Knock Cafe

Jom Join Segmen Ai Ayah Saya Superhero Saya
Assalamualaikum. Yehooo~ Kali ni, Ai nak cerita pasal makanan-makanan yang sedap sedap kat Ipoh ni. Kalau korang jenis hipster atau hijabster mesti korang suka dengan dekorasi kedai yang Ai bakal tunjukkan ni.

Knock Knock Cafe menyajikan makanan makanan ala barat. Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh membuatkan air liur basi anda meleleh. Bahkan air yang disajikan juga boleh membuatkan ada terpaku. 
https://www.facebook.com/Knock-Knock-Cafe-802152373206756/

Sesiapa yang nak datang ke IPOH, pastikan anda singgah makan di sini ok. Kawasan kedainya berhampiran Mydin Meru. Berada di belakang Pasaraya Hari Hari.

Nak senang, mai tengok gambar gambar kat bawah ni.

Misi Mencari Oh My Jep

Jom Bersegmen dengan Ai dalam Ayah Saya Superhero Saya 
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Ai sihat-sihat saja. Baru je pulang daripada kampung. Kat kampung pula talian internet macam siput je, tak dapat nak update apa-apa. Bila balik ke rumah, tengok, jalan sana sini kat Facebook, rupanya ada perkara yang kurang seronok.

Kalau anda peminat tegar dengan kucing mesti pernah dengar nama JEP. Baru je masuk dalam rancangan BANANANA hari tu. Tapi rupanya semalam Jep menghilangkan diri lagi. Kalau sebelum ni, Jep pernah hilang dan jumpa atas pokok kelapa sawit. Kali ni hilang tak jumpa lagi.
 
Ummi Jep dah meluaskan tapak pencarian Jep.

11 December 2015

Selamat Hari Ke Sebelas

Assalamualaikum.

Harap maaf sebab entri ni bakal membuatkan anda muntah. Jadi sedia tangki besen untuk muntah. Senang cerita skip je cerita Ai. Hihi.

Sebenarnya tak ada nak cerita apa pun, sekadar nak hargai hari ke sebelas je.

Amy Hilmirda Giveaway 2015

Assalamualaikum.

Ada satu lagi GA yang Ai nak sertai di pagi yang nyaman ni. Jom klik banner kat bawah kalau nak sertai~~!

http://hilmirdadaud.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html
Nota Jari : 31 Disember 2015 tarikh tutup

GIVEAWAY : QU PUTEH MINERAL LIPSTICK STEMCELL PERCUMA!

Assalamualaikum.

Masa berjalan jalan antara satu blog ke blog yang lain, Ai nampak GA ni. Macam menarik sebab Ai tak pakai lipstick, jadi boleh lah nak cuba cuba. Sebab lipstick ni katanya ikut darah kita.

http://my-lawa.blogspot.my/2015/12/giveaway-qu-puteh-mineral-lipstick.html

Syarat nak sertai pun mudah sangat sangat mudah. Boleh je klik banner kalau anda nak sertai~!

10 December 2015

Malaysia Wedding Festival (MEFA)

Assalamualaikum. 

Hari ni, Ai nak kongsikan sikit maklumat maklumat pada anda semua. Khusus untuk yang mahu mendirikan rumahtangga dan pintu dalam masa terdekat. Pada yang sedang merancang pun boleh juga. 

http://malaysiaweddingfestival.blogspot.my/

Korang boleh rujuk banner kat atas. Yup, satu festival perkahwinan akan berlangsung pada 25 hingga 27 Disember 2015. Serius~! Ai tak main-main. Dah

#SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia

Assalamualaikum.

Hari ni, Ai sertai satu segmen yang Ai rasa menarik dan sekaligus Ai pun tertarik. Phew, memula baca segmen ni, fikir dulu, masak dulu, kemas rumah dulu. Kang kalau tak cerita Ai tak menarik, tak seronok lak nak baca kan. Tapi~ tapi~ kalau anda anda anda nak sertai juga, boleh klik banner kat bawah.

http://kaliaofficial.blogspot.my/2015/12/siapaaku-segmen-2015-kalia_9.html
  • Kalau nak cakap pasal nama ni, memang Ai susah nak bagi nama sebenar. Jadi, boleh je panggil Ai, CikTerbang, GadisHashtag atau Ain.

09 December 2015

GiveAway Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire

Assalamualaikum.

GiveAway Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire
Nota Jari :
  • Boleh klik banner untuk sertai~~!

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015 NS

Assalamualaikum.

http://notashalimar.blogspot.my/2015/12/giveaway-hujung-tahun-2015-ns.html

HADIAH
[]
4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..

Segmen Blogwalking + Bloglist

Assalamualaikum.

(klik banner kalau nak join sekali)

Saguhati kepada yang bertuah:

10 blog bertuah dimasukkan ke dalam bloglist blog shawal mulai 1 - 31 January 2016.
2 blog bertuah direview (entry melekat selama 1 hari)
seorang blogger bertuah dapat top up RM10

Tarikh Tamat : 29/12/2015 *Mungkin ada perubahan

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2016) - Season 3

Assalamualaikum.

http://www.arepnakbebel.com/2015/11/phewit-nak-join-bloglist.html
Nota Jari :
  • Boleh klik banner untuk sertai~~!

Pencarian Blog Terkemas 2015!

Assalamualaikum.
Terasa nak sertai pula. Kemas ke idok tu entah le, tapi Ai tengok sedap sedap je. Mana tau terpilih. 

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

http://ombakbergigis.blogspot.my/2015/12/pencarian-blog-terkemas-2015.html
Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

1st Mini Giveaway by Azzyati Liah

Assalamualaikum.

Jom sertai giveaway ni. Ada 2 hadiah yang bakal diberikan kepada dua orang blogger yang bertuah.

Boleh klik salah satu banner kat bawah kalau nak join.

http://azyyatiliah.blogspot.my/2015/12/1st-mini-giveaway-by.html
 Hadiah A

http://azyyatiliah.blogspot.my/2015/12/1st-mini-giveaway-by.html
 Hadiah B

Andai kata Ai salah seorang orang yang bertuah tu, Ai nak hadiah B.

Giveaway br mrs fara bernilai RM329

Assalamualaikum.

http://mrsfara.blogspot.com/2015/11/giveaway-by-mrs-fara-bernilai-rm329.html

Nota Jari :
  • Boleh klik banner untuk sertai~~!

Menang Header daripada Aisyhah Nyais

Assalamualaikum.

http://apple-crunchh.blogspot.my/2015/12/menang-header-daripada-aisyhah-nyais.html

Nota Jari :

  • Ai tak tau nak tag siapa sebab dah lama menyepi jadi Ai tag sesiapa yang terbaca entri ini. 

  • Boleh klik banner untuk sertai~~!

Wordless Wednesday

Assalamualaikum.
Hari ni Ai buat kimchi lagi. Yippie. Nanti Ai kongsikan resepi ye.

Kenangan



Assalamualaikum. Selamat Pagi.

Semalam, masa tengah kemas - kemas barang dalam almari, Ai terjumpa barang lama yang boleh dikatakan sebagai kenangan.

Setiap orang mesti ada barang lama yang korang kenangkan. Senang cerita, setiap barang tu adalah ceritanya tersendiri.

Kat bawah ni, ada beberapa barang yang sempat Ai ambil gambar sebelum Ai teruskan mengemas. 

Ini tempat penyimpan sijil. Lama juga nak dapatkan benda kat bawah ni. Lima tahun setengah Ai lalui macam-macam cerita, macam-macam kenangan untuk dapatkan benda kat bawah ni. Kalau nak cerita, memang takkan habis sehari. Haha. Jadi, Ai dapat benda ni tahun lepas, yakni tahun 2014. Bermakna dah setahun lebih dah Ai bergelar Fresh Graduate. Yoo~ agak-agak akan datang, dapat tak Ai benda ni lagi. Doa doakanlah ye.


 Gambar kat bawah ni masa Ai dengan kengkawan pergi Bali. Tahun 2010 bulan enam kalau tak salah. Serius, terasa keseronokan bersama diorang sampai hari ni. Masa kat sana tak ada kenal sesiapa, maka kita sentiasa bersama kengkawan. Memang kita orang rapat tapi bila ke sana bertambah rapat gittew. Eh, jangan salah sangka, bukan pergi berlima je, Ada lagi 10 orang kat belakang tu ha. Uiii seronok tak boleh nak cakaplah. Terasa nak pergi lagi sekali lagi dengan dia orang.


 Kat bawah ni pula, telefon bimbit Ai guna tahun 2012/2013. Ai pun tak berapa nak pasti. Kengkonon, telefon flip macam gini memang ikut trend. Err tapi Ai ikut trend timurlah. Terpengaruh dengan cerita Jepun sangat. Bila keluar kat Malaysia, sanggup beli tu. Walaupun masa tu, nak berfesbuk bagai kena guna sms. Kenangan sangat!
 

 Sejak dah maju teknologi telefon kat Malaysia ni, Ai gemar dengan Galaxy Note pula. Ni pun terpengaruh dengan cerita juga tapi cerita Korea. Memula keluar Note I tu, punyalah ajak along Ai pergi beli sekali. Masa tu kalau tak silap akhir tahun 2013 rasanya. Memang sakanlah guna, tambah-tambah pula bila tangkap gambar kemain cantik.

Tapi sayang, umur Note I Ai tak panjang. Kesnya tenggelam dalam lautan air. Rasa nak pitam oi masa tu. Dahlah baru guna tak sampai setahun. Bunyi semua ada tapi skrin hitam. Meraung dan dan tu juga.

Macam tahu-tahu je, masa tu juga Note II keluar. Hoii, peminat tegar sangat kan. Berikat perut dan meminjam dengan bank terkemukalah sebab nak beli Note II ni. Memang suka sangatlah. Bertambah suka sebab boleh beronline setiap minit dan bergambar dengan sesungguhnya. Tapi sayang juga, umur Note II tak panjang. Entah kenapa, mungkin selalu terhentak, ksrin dah tak boleh nak rasa jari jemari Ai yang kecil molek. Boleh guna S pen je untuk sentuh. Runsing gila nak guna. Haih.

Lepas tu, Note 4 lak keluar. Jeng Jeng. Kbai.


 Jadi, korang punya kenangan apa pulak.

07 December 2015

Kaki Bakal Melangkah 2016

Assalamualaikum. Selamat Malam. Memang dah sah sah bersawang, bersemut dan segala ber lagi.

Tak menulis daripada Julai 2014 lagi. Dah setahun lima bulan Ai tak menulis.

Sibuk. Sangatlah sibuk. Mujur juga cuti sekolah. Bolehlah Ai lapang lapangkan hari dan masa dengan cik hitam putih ni.

Agaknya mata pun boleh juling kalau nak mengadap coding lagi. Nanti Ai menulis lagi sebab nak sambung blogwalking.

Sampai jumpa lagi.