21 December 2015

Think Like A Man, Act Like A lady

Assalamualaikum.

Huih~ tetiba Ai bersemangat waja pula petang petang macam gini. Selalunya orang lain pergi bersenamlah, makan cokodoklah tapi Ai macam biasa, membaca.

Tapi petang ni, rasa nak membaca tu lebih lagi sebabnya, tadi posmen datang, hantar hadiah barang. Bila dapat je, tengok tulisan, dah boleh agak siapa yang hantar. *Kesat Air Mata Sat*

Frankly speaking, for the past two weeks, Ai memang rasa teruk sangat, sungguh. Dah macam zombie. Nak buat apa pun serba tak kena. Rasa masa tu berlalu dengan lambat je. Tik.......Tik.....Tik...

Sempatlah bermesej dengan soulmate Ai yang jauh nunnnnn di Kedah. Lepas je mesej, esoknya dia minta alamat, hari ni dapat hadiah tu. Ai anggap hadiah daripada dia. 

Ai ni jenis suka sangat berfikir, walaupun perkara tu idoklah penting mana pun, tapi fikir sampai serabut kepala otak ni ha. Jadi, dengan pemurahnya dia bagi buku ni kat Ai supaya Ai lebih lebih lebih memahami. Awww. Better late than never kan. Kata nak berubah jadi lebih baik.


Baru je baca beberapa muka surat, Pang~~! Rasa macam kena tampo kejap. Apa sahaja yang ditulis dalam buku ini, jadi lah serba sedikit kat Ai. Haiyo~ nampak beno susahnya nak faham makhluk yang bernama lelaki ni.

Jadi, bila dah ada manual panduan, boleh lah lepas ni latih diri bawa bawa memahami diri si dia tu. Bukan kerja nak mengamuk merajuk 24/7 je kan. Ai bagi satu quote daripada buku ni yang buat Ai fikir panjang~~~
Lelaki dipacu oleh siapa diri mereka, apakah pekerjaan mereka dan berapakah jumlah yang mereka perolehi. - Think Like A man, Act Like A Lady, m/s 3.
Faham ke idok? Meh Ai nak terangkan, sebelum lelaki sejati dapat capai tiga (3) benda ni dalam hidup dia orang, dia orang akan menumpukan sepenuh fokus terhadap tiga perkara ni je dulu. Lepas dah capai, barulah kita, perempuan ni jadi fokus utama dia orang.

Apa tiga benda tu? Tu yang kat atas tu, siapa diorang, kerja apa, harta. Jadi, lelaki sejati ni, bila fokus untuk capai tiga benda tu, dia kuranglah bagi perhatian kat kita, perempuan ni. 

Jadi, Ai, janganlah kerjanya nak merajuk je depan whatsapp tu. Haha. Oke, kawan kawan perempuan Ai kat blog ni? Sama samalah kita jadi orang yang dia orang senangi dan percaya.

Haaaaa~ nak tahu banyak benda menarik, pi cari cepat kat kedai. Memang syiook oo baca, terasa seolah-olah PANG~~! kena sedas kat pipi, dahi, tangan, semualah~ Haha. Ai nak sambung baca, harap dapat lebih memahami dia dan ajar hati sendiri.

Nota ringkas daripada pemberi. I love you :)
Nota Jari : Lebih baik malu sekarang daripada nanti menyesal. Sob Sob

1 comment: