20 December 2015

Jaga Sensiviti Kawan Sama

 Amaran : Entri terlalu panjang. Haha
Assalamualaikum.

Sebenarnya Ai dah lama nak cakap mengenai perkara ni. Kita, orang perempuan, kadang-kadang kita terlupa untuk berfikir sebelum bercakap. Mostly Ai macam tu orangnya. Jarang berfikir sebelum bercakap, lepas menyesal sendiri.

Dulu, masa menginjak dewasa (ayat tak boleh blah), Ai orangnya kasar dan cakap pun kasar. Senang cerita jual ikan selfish orangnya. Maklumlah, anak bongsu, semua nak dapat (itu orang cakaplah). Jadi masa belajar dulu, adatlah kawan-kawan pinjam meminjam. Jadi, bila orang nak pinjam barang Ai, Ai macam susah sikit nak bagi.

Lepas tu, Ai jenis cepat marah dulu. Sangat cepat marah, tak boleh silap sikit. Alhamdulillah, kawan-kawan masih lagi dengan Ai walaupun sikap macam tu dan benda ni buat Ai terharu. Tanpa korang siapalah Ai. Itu masa umur setahun jagung beb. Sekarang dah nak masuk peringkat ranum (ehhhh sangat).

Tapi, makin ranum dewasa ni, Ai banyak berubah. Ai jadi lebih sabar (kot) bila melibatkan kawann-kawan, Ai kurang marah bila ada benda jadi (adalah sebabnya tu) dan lebih berdikari. Tapi, bab pinjam tu Ai ada satu benda je Ai tak boleh toleransi, bab pinjam novel. Serik weh. Bagi pinjam, dapat balik macam belacan! Robek hatiku.

Melalut dah. Itu bab diri Ai. Manusia berubah ke arah kebaikan dan Ai perlahan-lahan cuba ubah diri Ai ke arah kebaikan juga.

Oke, back to topic, jaga sensiviti kawan. Usia macam Ai ni ramai yang dah kahwin. Tambah tambah kebanyakkan kawan rapat pun dah kahwin. Masa dia orang kahwin, ada terasa sikit tapi selebihnya rasa suka sebab dia orang kahwin. Ada juga yang dah ada baby dan babies. Am happy for them too sebab Ai bolehlah menumpang kasih sikit kan.

Jadi, bila ada yang tak kahwin lagi dalam kalangan kengkawan, mesti akan ada terselit soalan :
Bila lagi nak tunang?
Bila lagi nak kahwin?
Korang ni, lama sangat dah bercinta, kahwinlah
Mostly soalan buat hati Ai dan orang yang belum kahwin akan terusik. Tak banyak sikit pun mestilah ada. Ai senyum je. Takpe, jangan risau, nanti Ai kahwin, Ai tak lupalah nak bagi kad. Bukan satu, dua tiga empat lima kad pun boleh. Ai terfikir, Ai jarang sangat tanya bila orang nak kahwin even kawan rapat, bila dia orang dah confirmkan tarikh dan ajak pergi baru Ai tanya. Cuma berbeza dengan kawan yang bebetul rapat. 

Kedua yang Ai perhati (macam ape je kan dok perati orang), bila dah kahwin, sibuk lah hai dok tanya :
Dah ada isi ke?
Belum pe**** eh, tahniah!!
Macam, tak rasa ke soalan tu menganggu gugat perasaan orang. Setiap kali pun nak tanya soalan yang sama. Mungkin excited sebab kawan kita mengandung tapi, tunggu je lah dia bagi hint hint klu klu yang dia tu mengandung barulah tanya.  Mungkin sebab kita tak perasan soalan tu soalan yang hemmm mengguris hati kawan, kita puna asyiklah tanya. Jangan sampai kawan terus tak balas setiap mesej kita sudahlah.

Soalan-soalan yang macam kat atas tu memanglah sebati dengan orang kita ni. Asal belum kahwin tanya, dah kahwin pun tanya, dah ada anak pun tanya lagi. Aduh. 
Nota Jari : Meh kita sesama jaga sensiviti kawan kita oke~

1 comment:

  1. ada bnda kita perlu jaga. stuju sgt dgn perkongsian

    ReplyDelete