22 July 2013

Ulasan Bayangan Rindu Telefilem

Alhamdulillah, setelah sekian lama, Ai dapat jugak tengok telefilem ni. Memang lama dah Ai tunggu telefilem ni daripada ura-uranya nak keluar kat Astro sampailah bayangnya tak nampak langsung kat Astro. Lepas tu dengar khabar ada kat Box Office, memang tak ada harapanlah Ai nak tengok.

Kelmarin, masa Ai belek belek instgram salah seorang pelakon telefilem ni, katanya dah muncul kat Youtube. Apa lagi, dengan sepantas kilat, Ai muat turun daripada Youtube. Berdebar-debar rasanya nak tengok filem ni.
 
Ulasan :
  1.  Jalan telefilem ni boleh dikatakan hampir sama dengan novel dan buatkan Ai terbuai-buai. Cewah. Terbuai-buai dengan watak Kiew @ Umar tu. Memang sama dengan dalam novel. 
  2. Pelakon-pelakon telefilem ni memang boleh bawak watak dalam novel macam Kiew, Lutfi, Baein, Puteri. Boleh dikatakan mereka mendalami dan menjiwai watak-watak cerita tu.
  3. Bagi Ai, watak Iddya tu agak kurang daripada dalam novel. Mungkin Ai punya tanggapan untuk pelakon utama terlalu tinggi.  Tapi, Ai masih boleh terima dan suka dengan lakonan beliau.
  4. Ai tak nafikan cerita-cerita arahan Erma Fatimah sangat-sangat seronok. Tapi kali ni, Ai rasa macam kurang. Sebabnya jalan cerita ni hampir dipenuhi dengan air mata sedangkan dalam novel tak adalah Iddya berendam dengan air mata sahaja.
  5. Kemudian, telefilem ni terlalu banyak lagu dan buatkan babak demi babak berjalan dengan cepat sedangkan babak seperti itu yang hendak ditonton.
  6. Telefilem ni juga banyak sangat undur masa buatkan Ai kurang faham dengan perjalanan cerita. 
  7. Banyak adegan sentuh-sentuhan sampai rasa macam "Alaaa kenapa kena bersentuh."
Tapi! Keseluruhan telefilem ni berjaya buat Ai terbuai dengan Kiew @ Umar. Sangat-sangat romantik dan bersahaja. Sama seperti di dalam novel.

Nota Mata : Ini sekadar pandangan Ai terhadap telefilem ni :)

05 May 2013

Kera di hutan, disusukan, anak di rumah dibiar kelaparan

Assalamualaikum. Pergh panjang pulak tajuk Ai kali ni. Bukan apa, hari ni tiba-tiba mood nak meng'skodeng' memuncak. Bukan salah Ai tapi salah jari Ai duk klik sana sini.

Memang tajuk kat atas berkait rapa dengan Ai pun. Mana taknya, boleh je Ai dari petang (lepas mengundi) sampai ke sekarang asyik tengok blog orang. Blog sendiri dah bersepah kusut masai tak heran. Teruk punya orang.

Ehem! Walaupun Ai dok melangut kat blog orang, tapi solat tetap solat ya!

Malas nak tulis panjang-panjang sebab nak sambung baca cerita orang. Suka baca tapi malas nak tinggal jejak. Lagi teruk punya orang.

Bai!

14 April 2013

Fardhu Kifayah

Assalamualaikum. Pagi yang indah, suasana yang damai. Cewah~ hari ni Ai tergerak nak menulis mengenai sesuatu. Sesuatu yang Ai dah sedar sejak dulu lagi. Mungkin juga Ai ada lakukan perkara yang sama. Tapi tak salahkan kita saling ingat-mengingati.

Kebanyakkannya yang menulis tidak kira menulis versi blog mahupun versi cetak, kadangkala ambil perkara seperti ini ringan. Ini pendapat Ai setiap kali Ai membaca. Setiap orang pendapatnya berbeza.

Penulisan-penulisan menarik mampu membuatkan pembaca leka dalam dunia imaginasi sendiri. Bahkan, ada kelakuan-kelakuan yang terdapat dalam penulisan, di tiru oleh remaja-remaja atau orang-orang dewasa di sekeliling kita.

Oleh itu, penulis ataupun penulis sampingan perlu fikir-fikirkan penulisan anda mungkin akan di tiru oleh mereka-mereka. Adakalanya perkara kecil seperti bersentuhan atau bersalam atau berpegangan tangan dengan lelaki atau perempuan ajnabi secara SENGAJA. Nampak seperti remehkan, tapi perkara ini sebenarnya paling di halang oleh Islam. Bukan apa, tak mahulah perkara yang haram tu nampak biasa, sedangkan perkara yang nyata halal pula tak dibiasakan.

Ai pun bukanlah hebat bab agama tapi Ai cuma nyatakan pendapat Ai. Mungkin ada juga dalam penulisan Ai yang terjadi perkara seperti ini. Jika terjumpa, tegur-tegurlah Ai, Ai sedia mengubahnya :)