31 May 2014

OoOoO balik kampung~~~

Assalamualaikum. Hihihihi, sengih nak panjang sikit. Sebab apa? Haruslah sebab dah cuti~ Ya, dah CUTI, C.U.T.I. Tapi, orang lain dah bersenang lenang kat rumah, Ai baru je sampai rumah. Sob Sob Sob. Tak apa Ai, janji dah selamat sampai kat rumah.

Cerita perjalanan balik Ai agak sedih. Ai balik sensorang. Sudahlah jauh perjalanan itu, tapi tak apalah, asalkan selamat. Ya dak.

 Perjalanan Ai hanya ditemani dengan tiga benda je. Ya, BENDA. Ketiga-tiga ni tak boleh bercakap! Gasaklah.

  1. Bunga ros hidup yang anak Ai hadiahkan masa hari Selasa. Sedih sebab bunga ni dah layu. Layu seperti hatiku. Eh~~ haha Sampai je rumah, terus ai bagitahu kat ibu Ai, "Dapat bunga tapi dah mati kot." Terus ibu Ai suruh masukkan dalam Ai, Tapi nampaknya memang tak boleh diselamatkan.
  2. Nescafe. Air kegemaran Ai memang Nescafe. Rasa macam nak jadi duta Nescafe je rasanya. Haruslah pemanduan ditemani dengan Nescafe, sebab mata dah mengantuk! Alhamdulillah, lepas minum terus mata segar bugar baq hang!
  3. Roti ikan bilis. Lepas sejam setengah perjalanan baru boleh makan sebab Ai terletak roti ni kat tempat duduk belakang. Bijakkan. Maka dengan itu, Ai terpaksa cari hentian rehat dan rawat untuk ambil roti ni. Maklum la balik sensorang. Sob Sob
  4. Oke, ini kawan Ai yang macam musuh jugaklah cakap macam mata hantu. Hantu sungguh hang kan Ruru (bukan nama sebenar). Punyalah comel mata tu, walaupun eyeliner tak sama calitannya. Haha
Alhamdulillah, lepas tiga jam perjalanan (ni pon pandu 110 km/j) Ai sampai kat tanah tumpah Ai. Terasa lain bila hirup udara kat tempat sendiri kan. Ecewah.
  1. Giant. Bukan nak promosi tapi nak bagitahu yang Giant ni yang paling seronok!
  2. Gunung ganang yang takkan nampak kat tempat kerja!
  3. Langit yang biru dan cantik~
  4. Pokok kelapa rumah Ai
Poinnya disini, tempat rumah Ai, masih banyak yang hijau. HIJAU. Seronok bila tengok hijau ni. Aman dan damai. Tak macam kat sana. Hutan batu. Sob Sob.

Okeh, ini namanya homesick! Hahah

30 May 2014

Bila Berjumpa Pasti Ada Perpisahan

Assalamualaikum~ fewwit~ Tajuk je panjang macam lori baq hang~ Hihi, tapi betullah apa yang Ai cakapkan. Bila kita berjumpa je, mesti akan ada perpisahan. Contoh terdekat, macam Ai dengan kawan-kawan Ai. 


Dulu, lima tahun dulu, Ai jumpa dia orang, alih-alih, sekarang semua dah merata-rata sebab jalankan tugas. Alhamdulillah, kita orang masih lagi berhubung. 

Ohhh kejap~ kejap~ bukan itu yang Ai nak ceritakan. Sebenarnya, beberapa hari lepas yakni pada hari Selasa, kita orang ada buat majlis perpisahan untuk seseorang. Walaupun Ai baru sangat kenal dengan beliau, tapi disebabkan kebaikan beliau, buatkan Ai turut terasa kehilangan dia.

Ai ingat lagi, sejak kali pertama Ai jejakkan kaki di tempat tu, dialah orang yang tanyakan perihal Ai. Pada dia jugalah Ai minta tolong tatkala bingung. Lagak dia persis seorang ibu, penuh sifat keibuan. Jadi bila beliau pindah, Ai terasa serba sedikit.

Malas nak masuk mod sedih, Ai tukar cerita. Majlis perpisahan beliau tu, dilangsungkan kat restoren Arab. Ai pelik sikit, sebab Ai rasa, kebanyakkan orang sini mungkin suka dengan makanan Arab.

Bila dah terbayang nak makan kat restoren Arab, Ai pun dengan azam yang kuat dan melimpah ruah, Ai kosongkan perut sejak PAGI! Natijahnya, perut berbunyi pelbagai muzik. Sabar je lah.

Bila dah sampai, Ai tak nampak apa-apa dah melainkan makanan. ya MAKANAN. Bila pengerusi majlis cakap, Jemput Makan, zuppppp~ Ai pi beratur. Lapaq baq hang!

Fuh~~~ makanan kat restoren Arab ni, memang sedap! Sedap sampai Ai tak pandang orang lain. Sedap sampaikan kakat osmet boleh cakap,

Terkejut akak tengok Ai makan. Selalunya tak habis.

Dalam hati dok cakap, lapar sangat kak oiii~ Okeh okeh, restoren tu, Ai makan kat Ampang, berdekatan dengan kawasan MRR2 kot. Ai pon tak pasti sangatlah. Korang korang, bolehlah terjah ye. Sedap! Sungguh korang tak menyesal.


29 May 2014

100 Hari Tanpamu

Assalamualaikum~ ahha~ dah bersawang ye rumah Ai ni. Nak buat macam mana. Kerja bukan berkurang, asyik bertambah. Tapi bak kata orang, kalau kita seronok jalani pekerjaan kita, maka tiada masalah yang kita akan hadapi. Ececeh, ye ye je Ai ni.

Sedar tak sedar, rupanya dah 100 hari berlalu sejak kejadian itu. Sedih? Bohonglah kalau tak sedih. Bila teringat je kenangan-kenangan yang ada, automatik akan sedih. Automatik terasa macam nak kembali zaman tu. Tapi, kita bukanlah ada kuasa untuk membolehkan semua itu. Jadi, pesanan Ai, hargai setiap detik  yang ada bersama dengan orang yang tersayang.

100 hari berlalu, 100 hari tu, bukan pejam celik pejam celik macam rata-rata orang cakap. Cuma kadang-kadang Ai buat-buat macam tak tahu. Sebab Ai tahu, bila Ai ingat dan terus ingat, satu apa takkan jadi, sebabnya Ai asyik menangis dan terus  menangis. Ai taknak terus menangis sebab tu Ai taknak ingat dan sebab tu Ai buat-buat tak tahu. Malah, kalau kita meratapi seseorang yang dah tiada, rohnya tak tenteram kan.

100 hari berlalu, bila Ai rindu, hanya kalimat-kalimat suci yang mampu Ai sedekahkan. Setiap kali rindu, alunan Fatihah dan Yasiin singgah di bibir.

100 hari berlalu,
  • Abu, dah 100 hari. Semoga abu sentiasa tenang di sana.
  • Abu, adik dah jadi seperti apa yang abu harapkan.