Assalamualaikum~ ahha~ dah bersawang ye rumah Ai ni. Nak buat macam mana. Kerja bukan berkurang, asyik bertambah. Tapi bak kata orang, kalau kita seronok jalani pekerjaan kita, maka tiada masalah yang kita akan hadapi. Ececeh, ye ye je Ai ni.
Sedar tak sedar, rupanya dah 100 hari berlalu sejak kejadian itu. Sedih? Bohonglah kalau tak sedih. Bila teringat je kenangan-kenangan yang ada, automatik akan sedih. Automatik terasa macam nak kembali zaman tu. Tapi, kita bukanlah ada kuasa untuk membolehkan semua itu. Jadi, pesanan Ai, hargai setiap detik yang ada bersama dengan orang yang tersayang.
100 hari berlalu, 100 hari tu, bukan pejam celik pejam celik macam rata-rata orang cakap. Cuma kadang-kadang Ai buat-buat macam tak tahu. Sebab Ai tahu, bila Ai ingat dan terus ingat, satu apa takkan jadi, sebabnya Ai asyik menangis dan terus menangis. Ai taknak terus menangis sebab tu Ai taknak ingat dan sebab tu Ai buat-buat tak tahu. Malah, kalau kita meratapi seseorang yang dah tiada, rohnya tak tenteram kan.
100 hari berlalu, bila Ai rindu, hanya kalimat-kalimat suci yang mampu Ai sedekahkan. Setiap kali rindu, alunan Fatihah dan Yasiin singgah di bibir.
100 hari berlalu,
- Abu, dah 100 hari. Semoga abu sentiasa tenang di sana.
- Abu, adik dah jadi seperti apa yang abu harapkan.
0 pembaca:
Post a Comment