30 December 2015

Segmen "Ayah Saya, Hero Saya"

Assalamualaikum.

Hari ni, saat ini, jam ini, maka berakhirlah segmen ini. Sob Sob. Alhamdulillah, walaupun tak ramai yang sertai segmen Ai, tapi Ai bersyukur sebab masih ada yang sertai. Terharu. Sob Sob.

Ai dah baca semua semua yang sertai segmen ni. Ada macam-macam cerita pasal ayah masing-masing. Ai buat segmen ni sebab AI nak semua semua ni, ingat jasa-jasa ayah kat diri masing-masing. Jangan bila dah tak ada baru kita nak hargai.

Jangan. Hargai selagi masih ada. Ai setakat boleh ingat kenangan je sekarang ni. Ingat dalam doa. Okeh. Bagi yang nak tengok dan nak baca kisah menarik mengenai ayah blogger-blogger ni, boleh la tekan tekan link kat bawah.

Oh, sebelum tu, syarat Ai untuk segmen ni, kalau kurang 20 orang, automatiknya terbatal. Jadi, Ai hargai sangat yang sertai segmen Ai. Insya Allah lain kali, Ai buat segmen yang senang-senang je.

  • http://najwazahid94.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html
  • http://muffincokelatcinta.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html
  • http://apple-crunchh.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html
  •  http://quebecity.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html
  • http://aienienka.blogspot.my/2015/12/ayah-saya-superhero-saya.html

Segmen 'Ayah Saya, Superhero Saya'

 Update : Tarikh tutup ditukar kepada 30/12/2015 :)
 Update : Saguhati kepada pemenang.
 Assalamualaikum. Bismillah.


Tengok orang buat segmen, Ai pun tiba-tiba nak buat segmen. Tapi segmen Ai nak minta anda anda yang sertai cerita mengenai superhero anda.

Harapnya ada yang sertai. Jangan risau, Ai akan pilih tiga cerita yang menarik pasal superhero anda. Tiga orang ini akan dapat sesuatu daripada Ai.

Syarat-syarat :

Follow blog Ai
Buat satu entri "Ayah Saya, Superhero Saya"

21 December 2015

Think Like A Man, Act Like A lady

Assalamualaikum.

Huih~ tetiba Ai bersemangat waja pula petang petang macam gini. Selalunya orang lain pergi bersenamlah, makan cokodoklah tapi Ai macam biasa, membaca.

Tapi petang ni, rasa nak membaca tu lebih lagi sebabnya, tadi posmen datang, hantar hadiah barang. Bila dapat je, tengok tulisan, dah boleh agak siapa yang hantar. *Kesat Air Mata Sat*

Frankly speaking, for the past two weeks, Ai memang rasa teruk sangat, sungguh. Dah macam zombie. Nak buat apa pun serba tak kena. Rasa masa tu berlalu dengan lambat je. Tik.......Tik.....Tik...

Sempatlah bermesej dengan soulmate Ai yang jauh nunnnnn di Kedah. Lepas je mesej, esoknya dia minta alamat, hari ni dapat hadiah tu. Ai anggap hadiah daripada dia. 

Ai ni jenis suka sangat berfikir, walaupun perkara tu idoklah penting mana pun, tapi fikir sampai serabut kepala otak ni ha. Jadi, dengan pemurahnya dia bagi buku ni kat Ai supaya Ai lebih lebih lebih memahami. Awww. Better late than never kan. Kata nak berubah jadi lebih baik.