25 December 2012

Jom Kenali Dia

Assalamualaikum. Sihat ke pembaca-pembaca Ai? Saja nak buat macam ramai yang jenguk sini. Baru ada kesempatan nak bukak blog dan menulis sebab Ai baru je balik dari tempat-tempat pelancongan. Minggu-minggu yang sangat sibuk!

Oke, maka kita terus ke poin utama. Nampak tajuk kat atas? Macam ni ceritanya. Semalam terniat nak buka Penulisan2u nak baca cerpen baru. Siapa yang suka baca novel atau cerpen menerusi laman sesawang, mesti tahu laman sesawang yang Ai sebutkan tadi. 

Buka je laman sesawang tu, memang ada banyak cerpen yang baru dimuat turun. Ai pun belek satu persatu cerpen yang ada. Banyak yang menarik jalan ceritanya dan gaya penulisan yang diketengahkan. Jadi, sambl-sambil baca tu, Ai tersuka dengan dua penulis ni. Nak tahu siapa?

Penulis yang pertama, nama pena beliau NOORAIHAS. Sebenarnya ada dua karya beliau yang Ai dah baca kat Penulisan2u. Kedua-dua karya beliau buat Ai rasa, seronok nak baca dan tak boleh alihkan mata Ai kat tempat lain pun! 

Ai jenis suka baca ulasan-ulasan yang pembaca tinggalkan untuk penulis (buat gaya macam penulis cerpen tu je nak baca ulasan orang) sebab nak tengok apa yang mereka fikir tentang cerpen tu. Sama ada sama dengan Ai atau tidak. Masa belek-belek ulasan tu, Ai nampak si penulis tinggalkan jejak blog beliau, maka Ai dengan segera pun buka blog beliau dan baca satu persatu cerpen dia. Memang tak boleh alih mata! Sangat suka dengan olahan dan gaya beliau menulis. 

Penghargaan : Blog NOORAIHAS

Oh, sebelum Ai terlupa, penulis ni masih muda orangnya. Bawah dari Ai 2 tahun. Ai masih muda oke, maka penulis tu lagi muda. Buat adik penulis (konon-konon macam dia baca blog Ai), Ai suka dengan cerita-cerita yang adik tulis, terasa dekat dengan jiwa dan ada unsur-unsur nasihat. Kalau boleh tambahkan algi unsur-unsur nasihat ye. Sama-sama kita dapat ilmu :)

Nak cari blog adik penulis ni senang saja, taip nama yang Ai letak kat perenggan 4 tu pda pakcik Google. Pasti dia akan dapat bagi jawapan yang tepat! Ai taknak link kan blog adik penulis ni, nanti pakcik Google marah. Ayoyo!

Penulis yang kedua pula, ZYRA AKAME. Ai jumpa semalam juga masa tengah baca cerpen kat Penulisan2u. Gaya penulisan yang bersahaja memang memikat sesiapa yang membaca. Ai suka cerita yang bersahaja. Cerpen yang pertama A baca kat Penulisan2u, mengenai Korea (sekarang semua orang suka Korea kot) tapi sebabkan yang pertama tu macam fantasi sikit, maka Ai pun berfantasi selepas itu.

Sejujurnya, penulisan yang pertama tidak menarik minat Ai sangat tapi penulisan beliau yang kedua, mebuatkan Ai rasa diawang-awangan semalam. Ternyata penulis gemarkan program Running Man (Ai juga) sampai selitkan watak-watak macam zirafah dalam penulisan beliau. 

Maka A sekali lagi gigih tengok ulasan-ulasan yang ada. Ai pun nampaklah si penulis tinggalkan jejak beliau. Maka, dua kali Ai telah gigihkan diri Ai buka blog beliau. Buka-buka ada dua e-novel yang masih dalam pembikinan. Ai kurang gemar e-novel sebab kena tunggu (punyalah pemalas). Tapi ada satu e-novel daripada penulis yang buat Ai suka dan tak sabar nak tunggu habis atau dibukukan. Nak tau? Pergilah bog beliau. Hanya taip nama yang telah Ai tuliskan pada pakcik Google, pasti jawapannya ada!

Penghargaan : Blog ZYRA AKAME

Nota Mata : Sila pergi Terjah!

5 comments:

  1. Salam.. wah, tak sangka nama zyra ada kat sini ya? heee ;) by the way, thanks Ai sebab promote zyra punya blog! Teruskan menyokong zyra dlm berkarya ya? :) <3

    -Zyra Akame

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) sama-sama..terima kasih juga sebab singgah sini :) hehe tak sangka zyra datang :)

      Delete
    2. Ouh begitu..kita mula daripada biasa-biasa dulu lepas jd luar biasa kot Zyra..hehe

      Delete
  2. hai! terima kasih sbb suka cerpen saya. :) thanks jugak sbb tlg promote blog saya kat sini, much appreciated. ^____^

    -NOORAIHAS

    ReplyDelete
  3. Hai, Ai! terima kasih sebab tlong promote blog saya kat sini. sangat2 menghargainya wlaupun terlambat ckit. nice blog! pndai hias. blog NOORAIHAS jugak yg mcm tongkang pecah.okey, smoga maju dlam hidup KAKAK?hehehe -NOORAIHAS

    ReplyDelete