02 August 2013

Kenali Dia #5

Assalamualaikum :) Alhamdulillah dah masuk Ramadhan yang ke 24 hari ni. Tak lama lai sambut Hari Raya Aidilfitri pula. Teringat masa zaman kecil-kecil dulu. Seronok betul nak sambut raya. Kita lupakan hal tu, sebab Ai nak cerita mengenai penulis yang Ai 'jumpa' baru-baru. Hasil godekan di Penulisan2u dan Novel Melayu Kreatif. Maka terjumpalah mereka ini. Nak tahu siapa? Jom turun ke bawah :)


Nama empunya blog ni, Ridhya Iman. Masa tu tengah cari cerpen yang seronok kat Novel Melayu Kreatif tapi terjumpa pula dengan e-novel Temu Duga Cinta.  Mula-mula rasa macam malasnya nak baca e-novel tapi bila baca bab 1 terus pergi bab 2 kemudian tak sedar terus cari nama pena ni kat pakcik Google. Bila jumpa tu rasa macam EHHHHHH adalah!! hehe Masa tu memang baca tak hengat dunia sebab seronok sangat. Jalan cerita yang lain daripada yang lain. Watak utama yang cool dan misteri. Lepas tu dah habis baca sampai bab 21, Ai beralih pula pada cerpen, memang ternyata cerpen dia pun seronok! Tak alih mata ni baca TAPI bila masuk waktu kena SOLAT ya. Nak baca? Boleh taip nama beliau kat pakcik Google.

nota jari : Tulis banyak-banyak cerpen tau, Ai sokong daripada tepi :) nanti dah keluar buku, Ai pergi beli :) All the best Dear :)

Nih header blog dia, in case tak jumpa

Nama tuan punya blog ni pula Syu Ariani. Blog dia comel, warna putih hitam, tapi header blog lagi cute (Oke, Ai jealous, hehe). Syu (wah,wah dah panggil nama timangan lak Ai ni ya) pula, Ai terjumpa sebab baca cerpen dia. Cerpen-cerpen Syu memang sangat-sangat seronok. Menyentuh jiwa Ai yang tengah baca. Bila dah habis semua cerpen Syu, Ai baca, Ai pun godek e-novel dia pula. Memang Ai rasa taksabar nak tunggu buku tu keluar. Suka dengan watak utama!! Nak macam tu boleh tak? Awww gedik kejap. Oh, kalau nak tau, tajuk e-novel dia, 100 Hari Mengenal Cinta. Siapa dah pernah baca? Sila angkat komputer riba. Ehhh!! Hehe Oke, jika berkenan, boleh baca kat blog dia, taip je nama dia kat pakcik Google, nanti keluarlah blog dia. 

nota jari : Ai suka cerpen-cerpen Syu, apatah lagi e-novel Sya. Harapnya tak lama lagi keluarlah buku tu, tak sabar nak beli :) Ai sokong Syu daripada tepi :) All the best Syu :)


Nih header blog Syu (comelkan)

1 comment: