20 December 2015

Kenangan Lagi

Assalamualaikum.

Hari ni entah kenapa Ai rajin pula nak menulis nulis ni. Selalu kena tunggu mood mai menjengah baru boleh menulis. Hari tu Ai cerita pasal transformasi diri, eh, kalau belum baca boleh la pi baca kat Evolusi Bukan Revolusi Diri Ai.

Kali ni, nak cerita pasal barang-barang yang dah tinggal jadi kenangan. Tapi, hari tu dah ada cerita pasal Kenangan sikit. Jadi hari ni nak tambah lagi sikit. Tapi sebelum tu, semua orang ada kenangan kan (eh dah macam ayat dalam karangan sangat), dan mesti korang hargai gegila kenangan tu walaupun kenangan tu pahit. Duh, takmau cerita yang pahit, kita cerita yang manis je.

Lupa, semua ni kenangan masa belajar. Kalau nak dikirakan, banyak sangat gambar kenangan, tapi kang hang pulang blog Ai. Jom usha satu persatu.




Ketiga-tiga ni, antara nota yang Ai conteng tulis bila dalam kelas. Seriouly Ai salin bukan sebab nak baca tapi sebab nak hilangkan ngantuk~! Pergh, boleh tak korang bayangkan kelas yang bincang pasal topik yang bosan sampai dua jam tanpa henti.

Untuk hilangkan ngantuk, memula tulis la cecantik (kononnya) macam kat atas, lepas tu, tangan mula conteng benda lain. Sampaikan apa yang pensyarah cakap ibarat curah air ke daun keladi je tau.

Bila exam, mulalah cari dan selongkar balik nota yang kengkonon tulis dalam kelas tu. Padahal satu pun tak ada yang salin dengan elok. Haha. Mula la tengok buju rujukan yang tebal gila tu sambil congak tajuk apa yang masuk exam.

Mula la cari kertas lain kengkonon lagi buat nota cecantik. Lepas je habis exam, nota ke mana, Ai pun ke mana. Teruk betul, macam manalah ilmu nak lekat. Ye tak. Tapi untuk kehidupan sebagai seorang pelajar, Ai rasa semua alami benda yang sama. 

Oh, nota kat atas tu pasal kajian tindakan yang kena buat, jadi kenalah fokus sikit. Nanti salah buat meraung pula. Mujur tesis Ai siap dengan selamat dibukukan walaupun kenalah tolak dua tiga kali dengan pensyarah.

 Okeh, yang atas ni pula namanya Buku Rancangan Pengajaran Harian. Pergh panjang pula kan. Ringkasnya, kita panggil buku RPH je. Masa belajar dulu, Ai kena pergi ke tiga buah sekolah untuk tiga semester yang berbeza dan tiga tempoh yang berbeza. Kalau pelajar lain guna istilah PRAKTIKAl tapi kami guna PRAKTIKUM. Ok, jangan tanya kenapa, Ai tak sempat tanya pensyarah dulu.

Setiap semester, Ai kena beli buku RPH ni. Tebal dan besar. Ikut pensyarah setiap semester, sama ada nak tulis tangan atau taip. Masa tempoh praktikum sebulan dan dua bulan, Ai kena tulis tangan. Pengsan la jugak sebabanya bukan sikit kena tulis. Berkotak kotak dan panjang lebar.

Masuk semester kedua akhir, tempoh tiga bulan tu boleh tulis guna komputer. Legalah sikit. Bernafas la kakak Ai ni nak buat kerja. Mana taknya, mana nak tanda buku, mana nak buat bahan bantu mengajar. Mujur selamat tamat buat praktikum.

Tapi kenapa ada lima buku walaupun tiga kali je keluar praktikum? Haaa kan Ai dah cakap tadi, kena tulis panjang-panajng. Sebab tu lah praktikum kedua dan ketiga boleh jadi sampai dua buah buku. Ada yang lagi hebat, boleh jadi tiga buah buku. Ai tak sampai lagi tahap tu. Haha.

Ini pula zaman bila tak ingat tapi dalam kelas waktu kelas lah. Haha. Punyalah rancang nak keluar sana sini. Memacam lah lagi. Sebabkan taknak kena tegur, jadi guna kertas je lah. Eleh, mesti korang pun pernah buat kan.

Ingatkan Ai pernah cakap, Ai ni kasar. Tadaaa~ Sebab tu boleh masuk ragbi (kot). Alah tapi ragbi sentuh je pun, tak de lah kena tackle teruk teruk macam ragbi biasa tu. Haaaa masa masuk ragbi sentuh ni, Ai cedera kat lutut. Sob Sob. Sampailah sekarang. Dah cek kat hospital, tak ada masalah. Dah eprgi berubat pun, tapi entah.

Ai tak boleh lari laju laju, memang berhati-hati bila berlari. Sebab bila lari laju, automatik alignment lutut macam lari. Sakit wooooo~ Tapi setakat hari, jarang dah lutut rasa sakit. Sob Sob.
Nota Jari : Kenangan korang apa pula.

1 comment: