02 January 2013

Jom Kenali Dia #3

Assalamualaikum. Woah~ hari ni, penat sangat, sebab semester baru dah mula. Jadual pula padat sangat-sangat, rasa nak menangis. Tak apa, Ai cuba cari masa nak tulis-tulis kat sini (konon macam orang baca lagi).
Yumi Hyra

Malam ni, Ai nak kenalkan seorang penulis lagi. Ai baru je belek Penulisan2u, ada nampak tajuk tu menarik, jadi Ai pun mencari dan jumpa blog si penulis. Tapi, penulis ni ala-ala misteri sikit sebab tak ada biodata mengenai diri dia. Tapi ni yang best, Ai suka.

Nak cari blog si penulis senang je, taip Yumi Hyra, maka nanti keluarlah blognya. Dia ada tulis satu e-novel yang pada pandangan Ai sangat comel. Kahwin dengan mat salih tapi baru beberapa bab je keluar. Ai tunggu novel je lah.

Sbelum ni, Ai ada baca cerpen dia kat Penulisan2u. Cerpen yang cerita pasal seorang lelaki yang takutkan perempuan. Serius, Ai jarang jumpa penulis yang menulis cerita macam ni. Ai suka karya dia, Ai suka penulisan dia. Gaya yang santai dan bahasa yang senang difahami buat Ai seronok nak baca walaupun, bahasa Inggeris banyak digunakan.

Pesan Nota Mata : Ai tunggu cerpen dari awak ya, Cik Yumi Hyra :)

01 January 2013

Zaiton 'Ceritaku'

Assalamualaikum. Selamat pagi :) Tengok tajuk kat atas pun dah tau Ai nak bercerita pasal apa kan. Orang lain dah tengok lama, Ai baru je nak tengok. Al maklumlah, internet kat rumah ni perlahan sangat jadi kena ambil masa nak muat turun.

Siapa yang belum tengok, Ai sarankan tengok. Cerita ni penuh dengan pengajaran. Membawa kita melihat kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang kita hidup. Allah tidak pernah mengatakan kita terlambat untuk bertaubat. Sesungguhnya, sesuatu yang terjadi itu ada sebabnya dan kita perlu muhasabah diri dari semasa ke semasa.
Kat atas ni, Ai ambil dari beberapa scene dalam Zaiton 'Ceritaku'. Memang sedih, tambah lagi Ai tengok dengan ibu Ai. Memang tengok dengan penuh perasaan.

Ulasan Ai :
Kisah ni merupakan rentetan hidup Zaiton Sameon yang suatu ketika dahulu merupakan penyanyi popular atau DIVA. Seperti semua orang tahu, Zaiton mempunyai anak lelaki yang masih kecil, sekitar 9 - 10 tahun yang bernama Irwan. Kemudian, suatu hari, ketika Zaiton Sameon baru sahaja pulang dari membuat persembahan, dia dan anaknya terlibat dalam satu kemalangan kereta. Anaknya meninggal, dia cedera parah. Disebabkan tidak boleh menerima kenyataan, Zaiton Sameon akhinya menghidap penyakit jiwa.

Kisah ini juga memaparkan betapa kejamnya adik-beradik beliau sehingga menjual segala barangan / rumah Zaiton Sameon sehingga dia tidak punyai apa-apa. Emaknya berusaha pelbagai cara untuk menyembuhkan Zaiton. Namun satu hari, sedang emaknya memandikan Zaiton, tanpa sengaja emak Zaiton terpijak sabun dan jatuh dan beberapa hari kemudian, emaknya meninggal dunia.

Kisah diteruskan dengan Zaiton yang semakin menghadapi tekanan jiwa yang sanga berat. DIa seolah-olah berada di dunianya sendiri. Dia berangan yang dia menjadi popular semula. Adiknya, cuba membawa ZAiton ke bandar untuk membuat rakaman, tapi tenyata pihak rakaman tidak mahu bekerjasama dengan Zaiton Sameon kerana suaranya ketika itu tidak sama seperti dulu.

Zaiton lari daripada rumah dan kemudian bertemu dengan Rahim. Zaiton tinggal bersama keluarga Rahim. Zaiton masih lagi berkeadaan yang sama (menghidap penyakt jiwa) namun, Rahim menjaganya dengan baik sehinggakan satu hari, sekali lagi Zaiton Sameon diuji dengan orang yang ingin memperalatkan dirinya. Sekali lagi, dia diselamatkan dengan Rahim.

Bagi Ai, Ai gemar dengan cerita ini. Walaupun hanyalah sebuah filem biografi, tapi gambarnya yang jelas dan suara yang jelas buat Ai seronok menonton. Tidaklah seperti produksi yang suara pun dengar sayu-sayu dan gambar yang gelap. Ai harap ada lagi filem daripada penerbit seperti ini.

Ai suka garapan Esma Danial. Ai harpakan banyak lagi filem-filem daripada beliau. Filem ini tidak gagal kerana menyentuh hati Ai :)

Pesan Nota Mata : Ai bagi 4.7/5 bintang. Pergilah tengok :)

Lazuardi

Assalamualaikum~ Hari ni orang kata Tahun Baru sebab dah 2013 ye. Betullah tu. Malas nak bicara panjang, Ai nak buat ulasan pasal novel Lazuardi oleh Nasz. Siapa yang pernah baca karya Nasz sebelum ni, mesti suka. Gaya dia tulis sangat comel.
Sinopsis :
Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”


Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...


“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”



‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?
Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?


Harga :
Semenanjung RM 23
Sabah / Sarawak RM 26

Ulasan Ai :
Lazuardi ni, ada kat blog Nasz. Ai dah pernah baca tapi tak banyak bab pun diletakkan. Jadi, Ai buat keputusan tunggu je lah novel cerita ni dikeluarkan. Masa Ai jalan-jalan kat MPH, nampak novel ni, Ai terkinja-kinja (tipu je ni) nak beli. Lepas je baca TWB, Terus baca Lazuardi (hari yang sama). Memang menarik.

Lazuardi ni mengisahkan seorang gadis yang bernama Anaz. Tentang hidup Anaz yang berliku-liku. Ada seorang ama, tapi tidak pernah dilayan seperti anak tapi dilayan seperti hamba. Boleh dikatakan macam Cinderella tapi lain sikit. Anaz ada dua orang adik tiri dan ayah tiri. Adik tiri Anaz, Lily sangat jahat. Hanya kerana dia dsayangi mama Anaz, dia suka membuli Anaz. Ayah tirinya tidak terlalu ditonjolkan di dalam novel. Tapi seorang ayah yang baik hati.

Anaz ada seorang kawan baik, Odie. Anaz dan Odie selalu lepak di tepi balkoni rumah masing-masing. Bersembang sapai pagi, Anaz luahkan perasaan sedih, Odie juga melakukan perkara sama. Disebabkan itu, mereka sangat rapat. Tapi, sejak Odie ada Ain, hidup Anaz semakin kacau bilau.

Adik tiri Anaz, Nueq sangat baik dengan Anaz. Dia punya seorang kawan baik, Shark yang ebaya dengan Nueq. Dari awal penceritaan, pembaca boleh nampak Shark suka pada seseorang. Shark seorang anak yatim piatu yang dibela oleh Tok Babahnya. Tok Babah seorang jeneral tetapi baik hati. Shark punya rupa (agaknya), berduit. Tapi Shark bukanlah seorang yang sasa. Dia bertubuh kurus dan tinggi (rasanya boleh bayang sendiri. Ada macam Lee Gwang Soo kot badan dia).

Anaz kemudian dibuli oleh mama, Lily dan Ain. Dia dihalau keluar daripada rumah dan berteduh sementara dia mendapat kemaafan daripada mama dia. Tapi itu hanya fantasi Anaz. Kejadian demi kejadian buatkan Anaz buat satu keputusan paling besar dalam hidup dia.

Anaz kahwin? Anaz merempat? Siapa Shark dalam hidup Anaz? Macam mana Odie? Ain? Lily? Oke, boleh baca dalam Lazuardi yang telah berada di pasaran.

Ai seronok baca Lazuardi. Ai tunggu-tunggu bila Anaz nak kahwin. Kemudian dia kahwin, tapi dalam novel ni, boleh nampak Anaz yang dia agak berat sebelah pada Odie. Mungkin sebab kawan sejak kecil. Ai tunggu-tunggu juga bila scene scene romantik antara Anaz dan suami dia. Bukanlah Ai ni GS tapi adegan romantik tu lebih menarik minat pembaca. Maca dala Sweet Sour tuh. Comel-comel je. Ai rasa suami Anaz tu jenis romantik juga kan. Apa pun, Ai suka baca karya Nasz.

Bintang :
4.5/5

Pesan Nota Mata : Nasz nanti buat novel romantik, komedi, sedih eh. Banyak songeh pula Ai ni. Nasz bagus :)