29 March 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia - Ulasan Episod 1

Assalamualaikum. Baru je selesai tonton drama adaptasi Sebenarnya Saya Isteri Dia. Serasa Ai, mesti ramai yang akan update pasal drama ni.

Jom Ai bagi ulasan sikit bagi yang tak sempat tengok.
  1. Pelakon untuk Firash bagi Ai agak ok lakonannya. Ada nampak gaya-gaya Firash yang macam budak jahat tapi baik tu.
  2. Pelakon untuk Syaf, Ai suka sebab Ai nampak ada Syaf di situ.
  3. Paling Ai suka, episod 1 ni, memang ikut bab. Daripada masa dia orang kecil sampailah gaduh-gaduh sebab kena tangkap.
  4. Pelakon untuk Raina ok cuma Ai tengok solekan dia terlalu tebal ataupun original mukanya macam tu?
  5. Pelakon watak Mama Firash, bagi Ai agak kaku dan bahasa dia macam kurang. Watak mama Firash ni penting jugakan.
  6. Ai tak sabar nak tunggu mingu depan!!
Itu je kot, ulasan yang Ai boleh bagi sebabnya, baru episod 1. Kita tunggu dulu untuk beberapa episod, barulah boleh tengok perkembangan pelakon-pelakon tu kan. Ai suka kedua-dua watak utama ni. Ai suka dengan lagu drama ni juga. Comel!!

*Penghargaan gambar pada FB SSID

Hukum tetap Hukum

Assalamualaikum. Bersarang dan bersawang. Rasa tergerak pula hari ni nak menulis padahal dah lama merangka dalam otak ni. Tadi masa tengah jaga budak kecik (anak saudara) tertengok cerita Ohh Haram. Pernah tengok? Mestilah pernah tengok kalau-kalau ada TV 3 dan suka tengok tv.

Ini kalai kedua Ai tengok cerita ni. Kali pertama dulu, hanya tengok dan keluar. Kali ni tengok dan faham. Pada pandangan Ai ada sebab kenapa cerita sebegitu ditonjolkan kepada umum. Mengenai hukum Allah yang semakin lama, semakin orang Islam hampir lupakan.

Ada si abang cakapkan pada keluarganya, "Ain lepas ni tak boleh dah nak peluk-peluk atau pegang-pegang ayah atau abang." Kenapa si abang tuturkan perkara sebegini kerana Ain, si adik, merupakan anak angkat di dalam keluarga itu, maka si abang dan si ayah TIDAK BOLEH bersentuhan. Apabila bersentuhan, maka jatuhlah dosa.

Cerita ni, bagi pendapat Ai, mereka nak tonjolkan kehidupan orang Islam sekarang di sini sudah menganggap perkara pegang memegang atau sentuh bersentuhan antara lelaki ajnabi dan perempuan ajnabi itu perkara biasa. Walhal, perkara itu sepatutnya tidak berlaku dalam kehidupan kita sebagai orang Islam.

Di sini, Ai sertakan gambar rajah yang Ai ambil daripada Encik Google mengenai aurat dan bersentuhan bagi wanita.

Daripada gambar rajah di atas, kita (kaum wanita) WAJIB menutup aurat dan HARAM bersentuhan dengan kotak yang berwarna KUNING tu ya.

Jadi, Ai harap lepas ni, bolehlah kita sama-sama TUTUP aurat kita dan BERSENTUHAN dengan yang MAHRAM saja. 

:)

15 February 2013

Buaian Kasih

Assalamualaikum. Lewat dah Ai nak letak entri. Better late than never eh. Ai sibuk mengemas barang-barang. Konon-konon nak letak meja belajar dalam bilik. Itulah sebabnya nak kena kemas. Kemas punya kemas sampai dah lewat pagi ni. Itu pun sebab tengok Buaian Kasih dulu sampai habis.

Berbalik pada tajuk di atas. Buaian Kasih merupakan sebuah drama yang tidak diadaptasi daripada mana-mana novel. Cumanya drama ni merupakan idea asal Bikash Nur Idris. Siapa tak kenal beliau meh nak cepuk sikit. Kalau malas tu tanya je pakcik Google.

Ai tengok dalam masa satu hari sahaja. Memang sangat seronok dan comel je dramanya. Boleh tengok kat laman web RTM 1 tapi Ai muat turun daripada Youtube. Jadi gambarnya kurang cantik.

Pelakonnya terdiri daripada Ryzal Jaafar (sangat kacak dalam ni) Mardiana Alwi (berbakat betul) Nadia Zainal dan ramai lagi. Jadi memang berbaloi-baloi tengok drama ni. Ada 13 episod sahaja.

Sinopsis ;
Lebih kurang macam bawang putih bawang merah tapi drama ni bawang merah adalah heroin manakala bawang putih tuh watak sampingan. Suri (merah) anak kepada Embun yang telah kematian suami. Embun berpindah ke kampung dan berkahwin dengan Salam (ayah Qaseh). Qaseh (putih) seorang yang lurus dan sangat menyayangi kakak dan ibu tirinya. Tak lama kemudian, Salam meninggal dunia. Tinggallah mereka bertiga. Embun menyambung berniaga dikedai Salam untuk menyara hidup mereka. Namun, Suri langsung tidak dibenarkan untuk membuat kerja.

Watak Suri dalam drama ni bukan teruk sangat macam dalam bawang putih bawang tapi disebabkan sikap Embun, Suri terpaksa buat endah tak endah pada Qaseh.

Tak lama tu, ada dua orang adik beradik datang kat kampung tu untuk buat kajian mengenai produk yang mereka buat. Nak dijadikan cerita, Putera terjumpa dengan Suri yang tengah berbuaian dalam hutan. Tengok je Suri, Putera terus jatuh hati tapi Suri terus menolak.

"Putera sepatutnya kahwin dengan Putih bukannya dengan Merah!" - Suri

Selebihnya tengok sendirilah ya. Memang menarik cerita ni. Pelakonnya pun tak kaku. Ai suka!!