10 November 2012

Projek Memikat Suami

Assalamualaikum~ Kali ni, gades nak buat ulasan mengenai novel yang agak ehem ehem pembacaan yang berumur 18 tahun ke atas sebenarnya. Oppps tapi bukanlah novel yang berunsur ke**c**an ya.

Sinopsis (Penghargaan kepada laman sesawang Beli Buku Online) :

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Penulis :
Hanina Abdullah

Terbitan :
 Penulisan2u

Harga :
Semananjung RM 21
Sabah / Sarawak RM 24

Ulasan Gades :

Pertama, novel ni tak BOLEH di baca oleh pembaca yang berusia bawah daripada 21 tahun. Kenapa 21 bukan 18? Sebab memang gades rasa yang dah berumur 21 tahun ke atas je yang boleh baca. Patutnya, Penulisan2u perlu letak tanda 21 tahun ke atas. Jom gades ulas mengenai buku ini.

Seorang gadis yang bernama Nawwal lulusan luar negara. Seorang jejaka yang bernama Zahrain seorang yang kaya raya tpikal novel Melayu). Nawwal dikahwinkah dengan Zahrain sebaik sahaja pulang daripada luar negara. Nawwal yang mulanya tidak mahu meneruskan perkahwinan kerana ugutan Zahrain akhirnya, mengalah kerana kasih dan sayang kepada ibu dan ayahnya.

Novel ni, menceritakan bagaimana Nawwal hendak memikat hati Zahrain (tengok tajuk pun tahu). Apa yang menariknya, novel ni, ceritakan satu persatu misi yang Nawwal jalankan sehingga Zahrain terjatuh hati dalam kurang sedarnya. Novel ni, memperkenalkan watak master-ji (kakak Nawwal) yang mendorong Nawwal untuk memikat Zahrain dengan pelbagai cara.

Cara yang pertama, pakaian yang se***. Memang sah! Hamster mana yang nak tolak kuaci! Tapi, malang, rancangan Nawwal masih tidak berjaya. Dia cuba dengan cara lain, mengikat perut si suami dengan masakan-masakannya di samping ada "pencuci mulut". Semakin hari, semakin Zahrain melekat di rumah. jika tidak pulang, rasa serba tak kena.

Namun, karana salah sangka, Atai (kawan baik Nawwal), di tuduh ada hubungan dengan Nawwal. Sehinggakan ada sengketan timbul sampai ke Hong Kong.

Oh~ apakah yang terjadi pada hubungan Nawwal dan Zahrain? Apakah yang dilakukan oleh Atai dan Nawwal? Apakah rancangan master-ji lagi? Siapa yang bersama dengan Zahrain di Hong Kong? 

Hehe, seperti biasa, sila dapatkan satu di kedai berhampiran anda dengan kadar yang segera.

Bintang :
4.5 (21 tahun ke atas dan 18 tahun ke atas yang SUDAH berkahwin)

09 November 2012

Rindu Dalam Sepi

Assalamualaikum. Ini ulasan gades untuk novel yang kedua. Tajuknya Rindu Dalam Sepi. Penulisnya, Siti Khadijah.
 Sinopsis (Penghargaan kepada laman sesawang Karya Seni) :

Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.

Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.

“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”

AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!

“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.”

Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.

Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?

“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”

“Kalimah apa?”

“I love you, my love.”

Harga :
Semenanjung : RM 22
Sabah / Sarawak : RM 25

Ulasan gades :

Annur Mardiyah, seorang gadis yang biasa, punya sebuah keluarga di kampung. Ammar Mukriz seorang anak tokoh korporat. punya sebuah keluarga yang kecil. Annur ialah setiausaha kepada ayah Ammar namun atas sebab tertentu, Annur dilantik sebagai setiausaha kepada Ammar. Sungguh, Annur kurang suka kepada pemuda itu. Seorang yang garang. Annur tidak tahu kenapa Ammar membencinya padahal, dia juga punya perasaan.

Raqeem pula, pekerja di tempat yang sama. Entah kenapa bila terlhat Annur, Raqeem punya satu perasaan. Namun, atas dasar, Annur isteri orang, Raqeem melupakan hasratnya. Nizam, pernah menduduk tempat teratas di hati Annur namun atas kesilapan Nizam sendiri, perpisahan berlaku.

Penceritaan bermula apabila Annur dan Ammar ditangkap basah. Ammar semakin membenci Annur. Oeh itu, mereka membuat perjanjian. Hanya tiga bulan. Tapi, siapa sangka, tiga bulan cukup memberikan kesan kepada hati mereka.

Tipikal novel Melayu, watak kedua perempuan haruslah jahat, seksi, model dan sebagainya. Itulah Lydia. Dia hanya mahukan harta Ammar. Namun, Ammar sedikit pun tak pernah mengucapkan sayang dan cinta. Nyata, cinta itu bukan milik Lydia.

Ada apa tiga bulan? Bagaimana dengan Lydia? Berita pertunangan Lydia dan Ammar? Annur kecewa? Apa kesudahannya?

Hehe, cepat-cepat beli satu. Dapatkan segera! Selamat Membaca!

Bintang :

4/5

Biar Jarimu Kugenggam


Assalamualaikum. Hari ni, gades nak review novel daripada Norhayati Berahim. Novel ni baru je beli beberapa yang lepas dengan ehem3.


Sinopsis:

Dia tahu, emak pernah menasihati, kalau mahu berkahwin carilah suami yang mengikut kata emak,  tetapi berpada-pada. Carilah mentua yang berbudi bahasa dan tidak mengada-ada. Bila emak melihat Riduan, hati emak seperti tidak suka. Kata emak, Riduan anak emak. Terlalu bergantung dengan emak. Dan kalau berkahwin dengan lelaki seperti itu, emak takut Wilma mendapat bencana. Namun Wilma tidak kisah, dia sudah kenal Riduan lama. Akhirnya perkiraan Wilma tidak mengena.

Rumah tangga bahagia yang diimpikan musnah begitu sahaja. Namun tanpa Wilma sedar dalam duka laranya ada cinta buat kali kedua.

Cinta yang menghapuskan segala dukacita. Henry, lelaki itu muncul menyambut cinta dan sedia menggenggam tangannya.

Harga :
Semenanjung RM 31.90
Sabah / Sarawak RM 34.90

Ulasan gades :

Wilam seorang gadis, anak, adik kepada abangnya dan emaknya. Ayah Wilma meninggal ketika Wilma masih di sekolah rendah. Mak Wilma menyara mereka dengan berniaga. Sehingga Wilma dan abangnya sudah dewasa, mak mereka masih berniaga.

Wilma bekerja sebagai jururawat. Wilma ada seorang kawan yang bernama Maria. Melalui Maria, WIlma mengetahui masalah-masalah yang timbul apabila berkahwin dengan si anak emak. Wilma memutuskan hendak berkahwin dengan Riduan si anak emak. Sebelum berkahwin, Wilma ada berjumpa dengan emak Riduan. Walaupun sudah bertentang empat mata dengan emak Riduan, ternyata emak Riduan kurang menyukai Wilma. Namun, mereka masih meneruskan perkahwinan yang dirancang.

Seteah berkahwin, Wilma tingga bersama emak Riduan. Nasib Wilma agak kurang baik kerana emak Riduan yang bersikap terlalu menjaga sehinggakan apa sahaja yang Wilma lakukan, ada sahaja yang tidak kena. Sehingga satu hari, Wilma sudah tidak sanggup lagi menahan rasa, dia meminta cerai. Akhirnya, setelah setahun berkahwin, Wilma memegang status janda.

Apakah sebab Wilma dan Riduan bercerai? Apakah yang dilakukan oleh emak mertuanya? Bagaimana Wilma dan Henry bertemu? Wilma dan Henry akan berkahwinkah?

Sila dapatkan buku ini di kedai yang berhampiran. Selamat membaca!

Bintang :

4.5/5