09 November 2012

Rindu Dalam Sepi

Assalamualaikum. Ini ulasan gades untuk novel yang kedua. Tajuknya Rindu Dalam Sepi. Penulisnya, Siti Khadijah.
 Sinopsis (Penghargaan kepada laman sesawang Karya Seni) :

Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.

Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.

“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”

AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!

“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.”

Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.

Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?

“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”

“Kalimah apa?”

“I love you, my love.”

Harga :
Semenanjung : RM 22
Sabah / Sarawak : RM 25

Ulasan gades :

Annur Mardiyah, seorang gadis yang biasa, punya sebuah keluarga di kampung. Ammar Mukriz seorang anak tokoh korporat. punya sebuah keluarga yang kecil. Annur ialah setiausaha kepada ayah Ammar namun atas sebab tertentu, Annur dilantik sebagai setiausaha kepada Ammar. Sungguh, Annur kurang suka kepada pemuda itu. Seorang yang garang. Annur tidak tahu kenapa Ammar membencinya padahal, dia juga punya perasaan.

Raqeem pula, pekerja di tempat yang sama. Entah kenapa bila terlhat Annur, Raqeem punya satu perasaan. Namun, atas dasar, Annur isteri orang, Raqeem melupakan hasratnya. Nizam, pernah menduduk tempat teratas di hati Annur namun atas kesilapan Nizam sendiri, perpisahan berlaku.

Penceritaan bermula apabila Annur dan Ammar ditangkap basah. Ammar semakin membenci Annur. Oeh itu, mereka membuat perjanjian. Hanya tiga bulan. Tapi, siapa sangka, tiga bulan cukup memberikan kesan kepada hati mereka.

Tipikal novel Melayu, watak kedua perempuan haruslah jahat, seksi, model dan sebagainya. Itulah Lydia. Dia hanya mahukan harta Ammar. Namun, Ammar sedikit pun tak pernah mengucapkan sayang dan cinta. Nyata, cinta itu bukan milik Lydia.

Ada apa tiga bulan? Bagaimana dengan Lydia? Berita pertunangan Lydia dan Ammar? Annur kecewa? Apa kesudahannya?

Hehe, cepat-cepat beli satu. Dapatkan segera! Selamat Membaca!

Bintang :

4/5

0 pembaca:

Post a Comment