09 January 2013

Berlakon Atau Betul

Assalamualaikum~ Hari ni, kelas habis lewat. Sebenarnya tak adalah lewat, cuma kami-kami ni yang buatkan kelas habis lewat. Oppsss bukannya, kami kena denda, tapi ada perkara yang kena diselesaikan dulu. 

Berbalik pada tajuk kat atas, itulah yang kami-kami (satu kelas) kena lakukan. Ai tak pasti orang lain macam mana, tapi yang Ai tahu Ai sedih dan rasa sikit kehilangan. Tapi, mungkin yang lain pun rasakan perkara yang sama.

Penasihat yang sentiasa berada di saat kami sedih, suka, riang, masalah dan segala-galanya akan meninggalkan kami tidak lama lagi. Beliau akan bersara. Maka, kami-kami telah bersiap sedia untuk membuat satu montaj yang akan dipersembahkan kepada beliau.

Jadi, tadi sempatlah kami rakamkan sikit penghargaan untuk beliau :)

Kepada ayahanda, semoga ikatan ini akan terus terjalin, kami masih perlukan nasihat-nasihat daripada ayahanda :) Semoga ayahanda lebih tenang menjalani kehidupan ayahanda selepas ini :)

Pesan Nota Mata : Sayangi mereka yang sentiasa menyayangi anda :)

08 January 2013

Konsep Kendiri

Assalamualaikum~ Rasanya macam dah lama Ai tak menulis. Saja nak gedik ni. Sihat? Ai harap sesiapa sahaja yang sedang membaca ni, sihat-sihat sahajalah. Kalau tengok tajuk kat atas macam tajuk untuk pembentangan je kan.

Memang saja nak buat tajuk macam n, nampak macam ilmiah (ni saja nak tipu). Tadi, Ai ada belajar mengenai kaunseling dan bimbingan. Semester yang akhir-akhir ni pula belajar perkara yang seronok macam ni. Ai serius, Ai suka benda yang macam ni. Tapi Ai tahu tak layak jadi seorang kaunselor. Sebab apa? Jeng jeng jeng.

Berbalik pada tajuk kat atas, tengah seronok menulis nota, tiba-tiba pensyarah Ai kata, 

"Ambil sehelai kertas yang boleh diceraikan (dikoyakkan), lepas tu tulis mengenai konsep kendiri masing-masing. Apa yang anda nak perkatakan mengenai diri anda. Boleh di dalam bentuk positif atau negatif."

Ai dah tersengih-sengih tapi dalam masa yang sama tengah menikir. Serius Ai kata, Ai kalau benda spontan macam ni, Ai akan jadi blank. Tapi bila fikir, dah dapat jawapan memang lajulah tangan menulis. Oh sebelum tu, Ai belajar mengenai Teori Carl Rogers. Memang menarik belajar benda macam ni. Maka, terhasillah ;


Ini hanya dua daripada apa yang Ai dah tuliskan. Memang boleh dikatakan apa yang Ai tuli lebih kepada kelemahan diri Ai. Ai memang tak boleh nak bercakap secara terbuka di hadapan audien yang ramai. Ai jadi mudah gelabah. Tapi, dari semasa ke semasa, Ai cuba ubah benda ni. Nampak sikit perubahan dalam diri Ai.

Ai juga kurang bercakap atau lebih senang, Ai tak tahu nak berborak dengan orang yang lebih tua daripada Ai. Bila Ai masuk kelompok yang semuanya terdiri daripada orang yang lebih tua daripada Ai, automatik, Ai akan jadi senyap. Macam manalah nak ambil hati bakal mak mertua nanti. Haih~ Ai juga banyak kali dicap sebagai SOMBONG. Bukan Ai tak suka berborak, Ai suka tapi dengan orang yang baru Ai kenal atau dengan orang Ai tak kenal, susah sikit Ai nak buka mulut. Apatah lagi dengan orang yang Ai suka. Opps,

Lepas tu, selesai je tulis yang kat atas ni, pensyarah Ai kata lagi,

"Sekarang ambil satu lagi kertas, kemudian tuliskan mengenai konsep diri kawan yang paling rapat dengan kamu. Tuliskan apa yang kamu tahu mengenai diri dia."

Disebabkan kelas kami bukanlah genap ahlinya, maka ada yang jadi rangkaian sampai empat. Ai dapat tulis mengenai diri teman bilik Ai sendiri. Siapa yang tulis mengenai diri Ai ialah seorang teman yang baik dengan Ai sejak kami masuk belajar. Memang Ai anggap dia teman baik Ai, cuma Ai tak sangka dia pun berfikiran begitu. Aww, malu Ai.

Apa yang dia tulis mengenai diri Ai memang betul. Tapi ada yang dia tuliskan mengenai diri Ai yang buatkan Ai terasa dihargai terus jadi terharu terus rasa nak menangis (dah menangis dan tapi cover sikit). Pertama kali orang berfikiran begitu dengan Ai. Tak payahlah Ai kongsi kat sini kan.

Apa yang Ai dapat sepanjang buat aktiviti ni, Ai dapat tahu diri Ai macam mana daripada pandangan orang lain. Ada orang terima Ai seadanya macam mana diri Ai. Menarik belajar kaunseling dan bimbingan ni. Tajuk ni, mengajar kita bahawa menerima seseorang tanpa syarat, empati, ketulenan dan mendengar dan berfikir secara aktif itu perlu.

Pesan Nota Mata : Terpanjang pula. Kalau bosan, tutup je. Sampai jumpa lagi :)

06 January 2013

Seronok Jadi Blogger?

Assalamualaikum. Jumpa lagi kita petang ni :) Ai hari ni macam tak sibuk je (memang pun, sebab melangut kat Penulisan2u dari pagi).

Tadi pergi buat sesi berjalan sana sini kat blog orang lain. Ai suka tengok blog orang. Bila tengok blog orang lain, Ai rasa ;
Cantiknya
Comelnya
Smartnya
Tapi, bila tengok blog sendiri rasa macam nak tertonggek-tonggek buang je blog ni. Tapi tak sampai hati. Ai tau setiap blogger mesti ada sebab kenapa nak ada blog. Antara sebab yang Ai tau ;

1. Popular
Ada yang daripada kalangan ni, nak buat blogger sebab nak popular. Lepas tu, mulalah buat entri yang panas-panas sebab nak popular. Rasa-rasa Ai nak buat macam tu juga, tapi tak pandai lah. 

2. Kawan
Ada juga yang blogging nih sebab nak cari kawan. Nak cari kawan mudah je, salah satunya dengan cara blog. Seronok agaknya, bila tulis-tulis ni ada orang bagi respon kemudian jadi kawan.

3. Luah perasaan
Rasanya Ai kategori ni kot. Tengok nama blog Ai pun dah tau. Ai suka tulis apa yang jadi kat diri Ai, itu sebab Ai ada blog. Kalau dulu mungkin Ai kategori 1 dengan 2 tapi sekarang kategori yang inilah kot.

4. Karya
Ini kategori yang Ai paling suka sebab dapat baca karya orang lain kan. Setengah orang, mereka gunakan blog sebagai perantaraan untuk hobi mereka ni. Jadi mereka kongsikan hobi mereka untuk tatapan orang lain.

Jadi rasa-rasa anda kat kategori mana ya?

Pesan Nota Mata : Blog dah bertukar-tukar entah orang kenal atau tak :)

Sarapan Pagi

Assalamualaikum. Selamat pagi :) Dah sarapan ke? Ai baru je sudah sarapan. balik rumah ibu Ai hari ni, maklumlah hari minggu. Jadi, baliklah rumah.

Inilah rupa sarapan Ai hari ni. Mom's cook is the best in the world. Bila Ai dah mula berbahasa Inggeris ni, lain macam pula rasanya. Abaikan.

Ai nak bagitahu yang sarapan ni sangat-sangat penting. Bayangkan, kita bekerja daripada pukul 8 pagi, tapi perut kosong je. Mesti lesu, tak bermaya je badankan. Jadi, kita kenalah ambil makanan atau sarapan. Sarapan tu pula jangan ringan atau berat sangat. Seimbang je. Macam makanan Ai kat atas ni, tak seimbang pun. Tapi sebab ibu Ai yang masak, bedal je lah.

Pesan Nota Mata : Jangan lupa ambil sarapan :)

05 January 2013

Mimpikan Si Dia

Assalamualaikum. Selamat malam :) Ai selesema hari ni (saja nak gedik kejap). Ai harap korang sentiasa sihat-sihat selalu. Rasa tak sihat tu, cepat-cepat je makan ubat tau. 

Entri kali ni sebenarnya ada kaitan dengan entri gedik ni. Entah kenapa lepas je jumpa hari tu, asyik ingat kat dia (oke! ini gedik je lebih). Lepas je jumpa tu, gedik kejap, tak ingat dah pun. Tup-tup semalam mimpi pasal dia.

Ouch~ mimpi tu pelik. Tak perlulah cerita pasal apa mimpi tu, cuma dia ada dalam mimpi tu. Rasa macam pelik kejap, apahal dia masuk dalam mimpi Ai. 

Bangun tidur rasa macam, mimpi betullah~ Orang kata, mimpi tu mainan tidur. Betullah tu bila tidur baru mimpi. Oke! Nak tutup dah, sebab ada orang skodeng Ai.

Pesan Nota Mata : Boleh tak nak kahwin je dengan dia? Awww Ai gedik! Oke!

Kenali Dia #4

Assalamualaikum. Hari ni, tempat Ai hujan. Pagi-pagi hujan buatkan Ai rasa malas nak bangun. Tapi mana boleh macam tu kan. Tempat anda hujan tak?

Hari ni, Ai nak kenalkan seorang lagi penulis yang berbakat (pada pandangan Ai). Sebab apa Ai kata dia berbakat? Sebab dalam penulisan dia tu, mesti ada selitkan sikit ilmu pada pembaca. Nak tau? Pergilah baca karya dia. 

Inilah nama tuan punya blog. ANJELAYAN. Nak cari dia, boleh je taip nama tu kat pakcik Google. Ada tiga e-novel kat blog dia. Ada satu karya dia yang sedang dalam penilaian atau mungkin hendak diterbitkan. Dua daripada tiga karya dia, AI dah baca dan Ai suka karya dia.

Gaya penulisan yang selamba. Ai suka baca. Tapi kalau ada adegan romantik-romantik sikit lebih seronokkan. Tambahan pula, dua karya yang Ai baca, ceritanya dua-dua dah berkahwin. Tapi, Ai harap dia bolehlah betulkan beberapa perkataan macam saper = siapa. Editor mesti bagi tahu kan.

Pesan Nota Mata : Ai tunggu dua karya awak tu :)

04 January 2013

Hidup Macam Lidi

Assalamualaikum. Hari ni kat rumah Ai sangat panas. Bukan sebab banyak dosa (tapi Ai memang banyak dosa) tapi sebab cuaca kat sini tiba-tiba je panas. Biasalah tu, bila dah semakin akhir-akhir ni, memang banyak perubahan. Sama ada sedar atau tak je.

Apa yang Ai nak katakan kat dalam blog Ai ni dengan LIDI. Semua orang tahu lidi tu diambil daripada daun-daun kelapa yang sudah tua. Kemudian, pada bahagian daun atau lebih sesuai disebut pelepah kepala tu, di raut dan diambil batangnya. Itulah LIDI.

Kenapa kena hidup macam lidi? Nak suruh raut apa dalam kehidupan ni. Bukan itu maksud Ai. Ai maksudkan ialah kita sebagai manusia kenalah hidup macam LIDI. Bila sebatang lidi dipegang dan hendak dipatahkan sangatlah mudah. Tapi, bila lidi-lidi tu dikumpulkan dan digenggam, untuk dipatahkan amat susahkan. Tak percaya? Pergi ambil penyabu lidi tu yang adalah dalam segenggam tangan manusia. Cuba patahkan. Susahkan.

Macam tu jugalah kita-kita ni sebagai manusia. Apatah lagi sebagai orang Islam. Kalau kita ni dah berpecah belah kepada beberapa puak, kan senang-senang je kita ni di'patah'kan. Betul tak? Cuba kalau kita ni bersatu padu, orang nak 'patah'kan kita punyalah payah. 

Apa relevannya topik Ai hari ni? Ai harapkan kita ni bersatu padu dalam apa jua tindakan yang kita hendak lakukan. Bukan apa, bila bersama-sama lakukan, kan nampak silaturahim tu terjalin dan kemesraan pun bertambah. Nampak manis je di pandang. 

Pesan Nota Mata : Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh :)

03 January 2013

Rama-rama terbang dalam perut

Assalamualaikum. Sihat? Alhamdulillah. Mana yang tak sihat tu, jangan merungut ye, nak hilangkan dosa-dosa kecil tu :) 

Ai sihat, alhamdulillah. Ai nak tanya, pernah tak rasa macam ada rama-rama terbang dalam perut bila rasa gemuruh atau terampau takut? Itulah yang Ai rasa tiap kali Ai rasa gemuruh yang melampau. Macam ada kejutan gitu.

Ai nak cerita, tadi masa pergi jalan-jalan kat Pasaraya M (bukan nama sebenar), Ai terjumpa seseorang, lebih tepat, kawan lama. Tapi entah kenapa, sejak dua menjak bulan yang lalu, tiap kali bicara pasal dia, Ai rasa ada denyutan jantung tuh di pam pam je. Kalau jumpa, rasa ada rama-rama dalam perut!

Baca macam lawak kan, tapi itulah kenyataannya. Masa terjumpa tu, teman bilik Ai yang cakap, "Ai, tu dia kan?" Tengok-tengok, perghh rama-rama dah berterbangan. Terus Ai paling. Banyak kali juga terserempak tapi Ai lari. Ai malu. Ai rasa macam (memang tak pun) tak layak je nak tegur dia yang kacak gila gila tu (nih pandangan mata Ai je). Ai rasa har ni selebet je. Tapi lepas je balik tadi, rasa macam kurang ajar pula buat macam tu sebab keluarga dia ada. Tapi, tak kan Ai nak tegur dulu kan. Malu kot~ Jadi sebab tu, AI buat keputusan main lari-lari dengan dia.

Pesan Nota Mata : Jangan nak gedik sangat eh~ selamat malam :)

02 January 2013

Jom Kenali Dia #3

Assalamualaikum. Woah~ hari ni, penat sangat, sebab semester baru dah mula. Jadual pula padat sangat-sangat, rasa nak menangis. Tak apa, Ai cuba cari masa nak tulis-tulis kat sini (konon macam orang baca lagi).
Yumi Hyra

Malam ni, Ai nak kenalkan seorang penulis lagi. Ai baru je belek Penulisan2u, ada nampak tajuk tu menarik, jadi Ai pun mencari dan jumpa blog si penulis. Tapi, penulis ni ala-ala misteri sikit sebab tak ada biodata mengenai diri dia. Tapi ni yang best, Ai suka.

Nak cari blog si penulis senang je, taip Yumi Hyra, maka nanti keluarlah blognya. Dia ada tulis satu e-novel yang pada pandangan Ai sangat comel. Kahwin dengan mat salih tapi baru beberapa bab je keluar. Ai tunggu novel je lah.

Sbelum ni, Ai ada baca cerpen dia kat Penulisan2u. Cerpen yang cerita pasal seorang lelaki yang takutkan perempuan. Serius, Ai jarang jumpa penulis yang menulis cerita macam ni. Ai suka karya dia, Ai suka penulisan dia. Gaya yang santai dan bahasa yang senang difahami buat Ai seronok nak baca walaupun, bahasa Inggeris banyak digunakan.

Pesan Nota Mata : Ai tunggu cerpen dari awak ya, Cik Yumi Hyra :)

01 January 2013

Zaiton 'Ceritaku'

Assalamualaikum. Selamat pagi :) Tengok tajuk kat atas pun dah tau Ai nak bercerita pasal apa kan. Orang lain dah tengok lama, Ai baru je nak tengok. Al maklumlah, internet kat rumah ni perlahan sangat jadi kena ambil masa nak muat turun.

Siapa yang belum tengok, Ai sarankan tengok. Cerita ni penuh dengan pengajaran. Membawa kita melihat kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang kita hidup. Allah tidak pernah mengatakan kita terlambat untuk bertaubat. Sesungguhnya, sesuatu yang terjadi itu ada sebabnya dan kita perlu muhasabah diri dari semasa ke semasa.
Kat atas ni, Ai ambil dari beberapa scene dalam Zaiton 'Ceritaku'. Memang sedih, tambah lagi Ai tengok dengan ibu Ai. Memang tengok dengan penuh perasaan.

Ulasan Ai :
Kisah ni merupakan rentetan hidup Zaiton Sameon yang suatu ketika dahulu merupakan penyanyi popular atau DIVA. Seperti semua orang tahu, Zaiton mempunyai anak lelaki yang masih kecil, sekitar 9 - 10 tahun yang bernama Irwan. Kemudian, suatu hari, ketika Zaiton Sameon baru sahaja pulang dari membuat persembahan, dia dan anaknya terlibat dalam satu kemalangan kereta. Anaknya meninggal, dia cedera parah. Disebabkan tidak boleh menerima kenyataan, Zaiton Sameon akhinya menghidap penyakit jiwa.

Kisah ini juga memaparkan betapa kejamnya adik-beradik beliau sehingga menjual segala barangan / rumah Zaiton Sameon sehingga dia tidak punyai apa-apa. Emaknya berusaha pelbagai cara untuk menyembuhkan Zaiton. Namun satu hari, sedang emaknya memandikan Zaiton, tanpa sengaja emak Zaiton terpijak sabun dan jatuh dan beberapa hari kemudian, emaknya meninggal dunia.

Kisah diteruskan dengan Zaiton yang semakin menghadapi tekanan jiwa yang sanga berat. DIa seolah-olah berada di dunianya sendiri. Dia berangan yang dia menjadi popular semula. Adiknya, cuba membawa ZAiton ke bandar untuk membuat rakaman, tapi tenyata pihak rakaman tidak mahu bekerjasama dengan Zaiton Sameon kerana suaranya ketika itu tidak sama seperti dulu.

Zaiton lari daripada rumah dan kemudian bertemu dengan Rahim. Zaiton tinggal bersama keluarga Rahim. Zaiton masih lagi berkeadaan yang sama (menghidap penyakt jiwa) namun, Rahim menjaganya dengan baik sehinggakan satu hari, sekali lagi Zaiton Sameon diuji dengan orang yang ingin memperalatkan dirinya. Sekali lagi, dia diselamatkan dengan Rahim.

Bagi Ai, Ai gemar dengan cerita ini. Walaupun hanyalah sebuah filem biografi, tapi gambarnya yang jelas dan suara yang jelas buat Ai seronok menonton. Tidaklah seperti produksi yang suara pun dengar sayu-sayu dan gambar yang gelap. Ai harap ada lagi filem daripada penerbit seperti ini.

Ai suka garapan Esma Danial. Ai harpakan banyak lagi filem-filem daripada beliau. Filem ini tidak gagal kerana menyentuh hati Ai :)

Pesan Nota Mata : Ai bagi 4.7/5 bintang. Pergilah tengok :)

Lazuardi

Assalamualaikum~ Hari ni orang kata Tahun Baru sebab dah 2013 ye. Betullah tu. Malas nak bicara panjang, Ai nak buat ulasan pasal novel Lazuardi oleh Nasz. Siapa yang pernah baca karya Nasz sebelum ni, mesti suka. Gaya dia tulis sangat comel.
Sinopsis :
Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”


Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...


“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”



‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?
Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?


Harga :
Semenanjung RM 23
Sabah / Sarawak RM 26

Ulasan Ai :
Lazuardi ni, ada kat blog Nasz. Ai dah pernah baca tapi tak banyak bab pun diletakkan. Jadi, Ai buat keputusan tunggu je lah novel cerita ni dikeluarkan. Masa Ai jalan-jalan kat MPH, nampak novel ni, Ai terkinja-kinja (tipu je ni) nak beli. Lepas je baca TWB, Terus baca Lazuardi (hari yang sama). Memang menarik.

Lazuardi ni mengisahkan seorang gadis yang bernama Anaz. Tentang hidup Anaz yang berliku-liku. Ada seorang ama, tapi tidak pernah dilayan seperti anak tapi dilayan seperti hamba. Boleh dikatakan macam Cinderella tapi lain sikit. Anaz ada dua orang adik tiri dan ayah tiri. Adik tiri Anaz, Lily sangat jahat. Hanya kerana dia dsayangi mama Anaz, dia suka membuli Anaz. Ayah tirinya tidak terlalu ditonjolkan di dalam novel. Tapi seorang ayah yang baik hati.

Anaz ada seorang kawan baik, Odie. Anaz dan Odie selalu lepak di tepi balkoni rumah masing-masing. Bersembang sapai pagi, Anaz luahkan perasaan sedih, Odie juga melakukan perkara sama. Disebabkan itu, mereka sangat rapat. Tapi, sejak Odie ada Ain, hidup Anaz semakin kacau bilau.

Adik tiri Anaz, Nueq sangat baik dengan Anaz. Dia punya seorang kawan baik, Shark yang ebaya dengan Nueq. Dari awal penceritaan, pembaca boleh nampak Shark suka pada seseorang. Shark seorang anak yatim piatu yang dibela oleh Tok Babahnya. Tok Babah seorang jeneral tetapi baik hati. Shark punya rupa (agaknya), berduit. Tapi Shark bukanlah seorang yang sasa. Dia bertubuh kurus dan tinggi (rasanya boleh bayang sendiri. Ada macam Lee Gwang Soo kot badan dia).

Anaz kemudian dibuli oleh mama, Lily dan Ain. Dia dihalau keluar daripada rumah dan berteduh sementara dia mendapat kemaafan daripada mama dia. Tapi itu hanya fantasi Anaz. Kejadian demi kejadian buatkan Anaz buat satu keputusan paling besar dalam hidup dia.

Anaz kahwin? Anaz merempat? Siapa Shark dalam hidup Anaz? Macam mana Odie? Ain? Lily? Oke, boleh baca dalam Lazuardi yang telah berada di pasaran.

Ai seronok baca Lazuardi. Ai tunggu-tunggu bila Anaz nak kahwin. Kemudian dia kahwin, tapi dalam novel ni, boleh nampak Anaz yang dia agak berat sebelah pada Odie. Mungkin sebab kawan sejak kecil. Ai tunggu-tunggu juga bila scene scene romantik antara Anaz dan suami dia. Bukanlah Ai ni GS tapi adegan romantik tu lebih menarik minat pembaca. Maca dala Sweet Sour tuh. Comel-comel je. Ai rasa suami Anaz tu jenis romantik juga kan. Apa pun, Ai suka baca karya Nasz.

Bintang :
4.5/5

Pesan Nota Mata : Nasz nanti buat novel romantik, komedi, sedih eh. Banyak songeh pula Ai ni. Nasz bagus :)