08 January 2013

Konsep Kendiri

Assalamualaikum~ Rasanya macam dah lama Ai tak menulis. Saja nak gedik ni. Sihat? Ai harap sesiapa sahaja yang sedang membaca ni, sihat-sihat sahajalah. Kalau tengok tajuk kat atas macam tajuk untuk pembentangan je kan.

Memang saja nak buat tajuk macam n, nampak macam ilmiah (ni saja nak tipu). Tadi, Ai ada belajar mengenai kaunseling dan bimbingan. Semester yang akhir-akhir ni pula belajar perkara yang seronok macam ni. Ai serius, Ai suka benda yang macam ni. Tapi Ai tahu tak layak jadi seorang kaunselor. Sebab apa? Jeng jeng jeng.

Berbalik pada tajuk kat atas, tengah seronok menulis nota, tiba-tiba pensyarah Ai kata, 

"Ambil sehelai kertas yang boleh diceraikan (dikoyakkan), lepas tu tulis mengenai konsep kendiri masing-masing. Apa yang anda nak perkatakan mengenai diri anda. Boleh di dalam bentuk positif atau negatif."

Ai dah tersengih-sengih tapi dalam masa yang sama tengah menikir. Serius Ai kata, Ai kalau benda spontan macam ni, Ai akan jadi blank. Tapi bila fikir, dah dapat jawapan memang lajulah tangan menulis. Oh sebelum tu, Ai belajar mengenai Teori Carl Rogers. Memang menarik belajar benda macam ni. Maka, terhasillah ;


Ini hanya dua daripada apa yang Ai dah tuliskan. Memang boleh dikatakan apa yang Ai tuli lebih kepada kelemahan diri Ai. Ai memang tak boleh nak bercakap secara terbuka di hadapan audien yang ramai. Ai jadi mudah gelabah. Tapi, dari semasa ke semasa, Ai cuba ubah benda ni. Nampak sikit perubahan dalam diri Ai.

Ai juga kurang bercakap atau lebih senang, Ai tak tahu nak berborak dengan orang yang lebih tua daripada Ai. Bila Ai masuk kelompok yang semuanya terdiri daripada orang yang lebih tua daripada Ai, automatik, Ai akan jadi senyap. Macam manalah nak ambil hati bakal mak mertua nanti. Haih~ Ai juga banyak kali dicap sebagai SOMBONG. Bukan Ai tak suka berborak, Ai suka tapi dengan orang yang baru Ai kenal atau dengan orang Ai tak kenal, susah sikit Ai nak buka mulut. Apatah lagi dengan orang yang Ai suka. Opps,

Lepas tu, selesai je tulis yang kat atas ni, pensyarah Ai kata lagi,

"Sekarang ambil satu lagi kertas, kemudian tuliskan mengenai konsep diri kawan yang paling rapat dengan kamu. Tuliskan apa yang kamu tahu mengenai diri dia."

Disebabkan kelas kami bukanlah genap ahlinya, maka ada yang jadi rangkaian sampai empat. Ai dapat tulis mengenai diri teman bilik Ai sendiri. Siapa yang tulis mengenai diri Ai ialah seorang teman yang baik dengan Ai sejak kami masuk belajar. Memang Ai anggap dia teman baik Ai, cuma Ai tak sangka dia pun berfikiran begitu. Aww, malu Ai.

Apa yang dia tulis mengenai diri Ai memang betul. Tapi ada yang dia tuliskan mengenai diri Ai yang buatkan Ai terasa dihargai terus jadi terharu terus rasa nak menangis (dah menangis dan tapi cover sikit). Pertama kali orang berfikiran begitu dengan Ai. Tak payahlah Ai kongsi kat sini kan.

Apa yang Ai dapat sepanjang buat aktiviti ni, Ai dapat tahu diri Ai macam mana daripada pandangan orang lain. Ada orang terima Ai seadanya macam mana diri Ai. Menarik belajar kaunseling dan bimbingan ni. Tajuk ni, mengajar kita bahawa menerima seseorang tanpa syarat, empati, ketulenan dan mendengar dan berfikir secara aktif itu perlu.

Pesan Nota Mata : Terpanjang pula. Kalau bosan, tutup je. Sampai jumpa lagi :)

0 pembaca:

Post a Comment