01 July 2014

Hati Punya Cerita Lagi

Assalamualaikum~ sihat tak? Alahai, Ai pun tak tahu Ai ni sihat sejahtera ke tak. Kalau ikut fizikal tu nampaklah 'sihat'nya. Tapi bila mental pula, alamak~ macam tak sihat je kan.

Pasal apa? Eh, bulan mulia ni pun Ai punya mental tak sihat sihat tau. Kenapa? Asyik fikirkan benda yang tak pasti.

Hati kita ni, tak tahulah kenapa. Nak kata tak sihat, alhamdulillah sihat. Itulah, bila hati dengan mental bergabung, maka kuranglah sihatnya tu. Asyik asyik jadi 'stalker', asyik asyik jadi pemerhati. Bila nak sihatnya tu.

Abaikan je. Macam Ai cakap, suka Ai lah nak post apa. Hihi.

Selamat Menyambut Ramadhan :)

23 June 2014

Kerna Aku Juga Punya Maruah

Assalamualaikum~ Fuhhhh~ Penat pula hari ni. Tajuk pula macam serius je kan. Memang serius! Kalau dah nama pun pasal hati dan perasaan memanglah serius. 

Uwaa kenapalah susah  sangat. Kenapalah asyik nak perasan sendiri je. Kenapalah Ai oiii kenapa~!!!!!

Ok, itu je nak cerita.

Apa Perasaan Ini?

Assalamualaikum~ Gila dah lama Ai tak jenguk blog. Tah dah bersarang semut dengan lebah agaknya. Oke! Mengarut!

Ai minta maaf pada siapa yang tag ai untuk segmen atau apa-apa sahaja. Ai tak sempat nak buat tu semua. Agak sibuk dengan kerja kerja yang tak pernah habis. Nak curi masa pun tak sempat.

Sekadar nak letak benda ni je~ Apa perasaan ni? Gembira? Suka? Stress? Tak tahu sebab ada macam-macam rasa.

BTW, terima kasih :)

31 May 2014

OoOoO balik kampung~~~

Assalamualaikum. Hihihihi, sengih nak panjang sikit. Sebab apa? Haruslah sebab dah cuti~ Ya, dah CUTI, C.U.T.I. Tapi, orang lain dah bersenang lenang kat rumah, Ai baru je sampai rumah. Sob Sob Sob. Tak apa Ai, janji dah selamat sampai kat rumah.

Cerita perjalanan balik Ai agak sedih. Ai balik sensorang. Sudahlah jauh perjalanan itu, tapi tak apalah, asalkan selamat. Ya dak.

 Perjalanan Ai hanya ditemani dengan tiga benda je. Ya, BENDA. Ketiga-tiga ni tak boleh bercakap! Gasaklah.

  1. Bunga ros hidup yang anak Ai hadiahkan masa hari Selasa. Sedih sebab bunga ni dah layu. Layu seperti hatiku. Eh~~ haha Sampai je rumah, terus ai bagitahu kat ibu Ai, "Dapat bunga tapi dah mati kot." Terus ibu Ai suruh masukkan dalam Ai, Tapi nampaknya memang tak boleh diselamatkan.
  2. Nescafe. Air kegemaran Ai memang Nescafe. Rasa macam nak jadi duta Nescafe je rasanya. Haruslah pemanduan ditemani dengan Nescafe, sebab mata dah mengantuk! Alhamdulillah, lepas minum terus mata segar bugar baq hang!
  3. Roti ikan bilis. Lepas sejam setengah perjalanan baru boleh makan sebab Ai terletak roti ni kat tempat duduk belakang. Bijakkan. Maka dengan itu, Ai terpaksa cari hentian rehat dan rawat untuk ambil roti ni. Maklum la balik sensorang. Sob Sob
  4. Oke, ini kawan Ai yang macam musuh jugaklah cakap macam mata hantu. Hantu sungguh hang kan Ruru (bukan nama sebenar). Punyalah comel mata tu, walaupun eyeliner tak sama calitannya. Haha
Alhamdulillah, lepas tiga jam perjalanan (ni pon pandu 110 km/j) Ai sampai kat tanah tumpah Ai. Terasa lain bila hirup udara kat tempat sendiri kan. Ecewah.
  1. Giant. Bukan nak promosi tapi nak bagitahu yang Giant ni yang paling seronok!
  2. Gunung ganang yang takkan nampak kat tempat kerja!
  3. Langit yang biru dan cantik~
  4. Pokok kelapa rumah Ai
Poinnya disini, tempat rumah Ai, masih banyak yang hijau. HIJAU. Seronok bila tengok hijau ni. Aman dan damai. Tak macam kat sana. Hutan batu. Sob Sob.

Okeh, ini namanya homesick! Hahah

30 May 2014

Bila Berjumpa Pasti Ada Perpisahan

Assalamualaikum~ fewwit~ Tajuk je panjang macam lori baq hang~ Hihi, tapi betullah apa yang Ai cakapkan. Bila kita berjumpa je, mesti akan ada perpisahan. Contoh terdekat, macam Ai dengan kawan-kawan Ai. 


Dulu, lima tahun dulu, Ai jumpa dia orang, alih-alih, sekarang semua dah merata-rata sebab jalankan tugas. Alhamdulillah, kita orang masih lagi berhubung. 

Ohhh kejap~ kejap~ bukan itu yang Ai nak ceritakan. Sebenarnya, beberapa hari lepas yakni pada hari Selasa, kita orang ada buat majlis perpisahan untuk seseorang. Walaupun Ai baru sangat kenal dengan beliau, tapi disebabkan kebaikan beliau, buatkan Ai turut terasa kehilangan dia.

Ai ingat lagi, sejak kali pertama Ai jejakkan kaki di tempat tu, dialah orang yang tanyakan perihal Ai. Pada dia jugalah Ai minta tolong tatkala bingung. Lagak dia persis seorang ibu, penuh sifat keibuan. Jadi bila beliau pindah, Ai terasa serba sedikit.

Malas nak masuk mod sedih, Ai tukar cerita. Majlis perpisahan beliau tu, dilangsungkan kat restoren Arab. Ai pelik sikit, sebab Ai rasa, kebanyakkan orang sini mungkin suka dengan makanan Arab.

Bila dah terbayang nak makan kat restoren Arab, Ai pun dengan azam yang kuat dan melimpah ruah, Ai kosongkan perut sejak PAGI! Natijahnya, perut berbunyi pelbagai muzik. Sabar je lah.

Bila dah sampai, Ai tak nampak apa-apa dah melainkan makanan. ya MAKANAN. Bila pengerusi majlis cakap, Jemput Makan, zuppppp~ Ai pi beratur. Lapaq baq hang!

Fuh~~~ makanan kat restoren Arab ni, memang sedap! Sedap sampai Ai tak pandang orang lain. Sedap sampaikan kakat osmet boleh cakap,

Terkejut akak tengok Ai makan. Selalunya tak habis.

Dalam hati dok cakap, lapar sangat kak oiii~ Okeh okeh, restoren tu, Ai makan kat Ampang, berdekatan dengan kawasan MRR2 kot. Ai pon tak pasti sangatlah. Korang korang, bolehlah terjah ye. Sedap! Sungguh korang tak menyesal.


29 May 2014

100 Hari Tanpamu

Assalamualaikum~ ahha~ dah bersawang ye rumah Ai ni. Nak buat macam mana. Kerja bukan berkurang, asyik bertambah. Tapi bak kata orang, kalau kita seronok jalani pekerjaan kita, maka tiada masalah yang kita akan hadapi. Ececeh, ye ye je Ai ni.

Sedar tak sedar, rupanya dah 100 hari berlalu sejak kejadian itu. Sedih? Bohonglah kalau tak sedih. Bila teringat je kenangan-kenangan yang ada, automatik akan sedih. Automatik terasa macam nak kembali zaman tu. Tapi, kita bukanlah ada kuasa untuk membolehkan semua itu. Jadi, pesanan Ai, hargai setiap detik  yang ada bersama dengan orang yang tersayang.

100 hari berlalu, 100 hari tu, bukan pejam celik pejam celik macam rata-rata orang cakap. Cuma kadang-kadang Ai buat-buat macam tak tahu. Sebab Ai tahu, bila Ai ingat dan terus ingat, satu apa takkan jadi, sebabnya Ai asyik menangis dan terus  menangis. Ai taknak terus menangis sebab tu Ai taknak ingat dan sebab tu Ai buat-buat tak tahu. Malah, kalau kita meratapi seseorang yang dah tiada, rohnya tak tenteram kan.

100 hari berlalu, bila Ai rindu, hanya kalimat-kalimat suci yang mampu Ai sedekahkan. Setiap kali rindu, alunan Fatihah dan Yasiin singgah di bibir.

100 hari berlalu,
  • Abu, dah 100 hari. Semoga abu sentiasa tenang di sana.
  • Abu, adik dah jadi seperti apa yang abu harapkan. 

23 May 2014

Cari Followers Mei!

Assalamualaikum~ Fewwit~ Kali ni, ada segmen lagi yang Ai nak sertai :) Macam menarik je kan kan kan~ Nak tau apa? Haruslah kena baca sampai habis.

Saudari ni namanya Suriana. Segmen yang dijalankan untuk mencari pengikut sebabnya dia baru lagi, jadi pengikut pun tak ramai. Tak salahlah hendaknya Ai nak ikuti segmen ni kan. Pengikut Ai pun tak ramai. Hihi.

Macam mana nak sertai? Boleh klik gambar yang ada kat bawah ni. Paling penting, kenalah ikut Suriana dulu sebelum tu :)

http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/05/segmen-cari-followers-mei.html

Yeay~ dah cecah 300

Assalamualaikum~ opp, terlebih teruja pula. Baru je cecah 300 kan, bukan 3000 mahupun 30000. Saja je, maklumlah, Ai pun bukannya selalu jengah blog, jadi bila dah cecah 300 dengan usaha sendiri tu rasa seronok pula.

Ha~~ yang Ai petakkan tu lah pengikut Ai yang bertuah. Nombor yang ke 300. Pewwwit~ Jom kita tengok-tengok blog dia.

Orangnya comel je. Kerja pun dah sama dengan Ai pula tu. Eh eh, macam ada jodoh pula. Hihi, blog Cikgu Ayu ni pun kemas tersusun. Mesti suka bunga-bungaan ye Cikgu Ayu. Ok, sebelum Ai terlupa, Cikgu Ayu ni, baru-baru ni Cikgu Ayu ada buat segmen blogwalking, kalau nak tengok senarai yang ada, bolehlah klik nama Cikgu Ayu atau header blog kat bawah ni :)

http://www.ayuinsyirah.my/

22 May 2014

Lagu Cawan

Assalamualaikum~ setelah beberapa hari tak letak sebarang entri, hari ni baru terasa nak letak. Ai nak cerita pasal Lagu Cawan atau dalam bahasa omputihnya ialah Cup Song

Lagu Gelas ni sebenarnya merupakan lagu Anna (tak ingat nama penuh). Kenapa nama lagu ni Lagu Gelas (Cup Song) ialah kerana alat yang digunakan ialah cawan.

Menarik gila gila. Tapi mohon jangan jadi gila bila dah tengok. Korang boleh je cari kat pakcik Google atau makcik Youtube. Tulis je Cup Song, keluar gila banyak keputusannya. Pilih je mana satu pilihan hati dan dengar.

Kenapa cerita pasal Lagu Cawan ni? Sebabnya, kumpulan Ai bakal mempersembahkan Lagu Gelas ni dihadapan orang ramai. Kami beramai-ramai tengah berlatih dengan gigih. Doakan kami berjaya :)

Nilah gelas yang Ai gunakan :)

19 May 2014

Me Love You Too Sayang :)

Assalamualaikum~ Weeee~ Hari ni masuk kelas tak macam biasa sebabnya hari ni hari terakhir untuk peperiksaan. Masa masuk untuk mengawas kelas, ada seorang anak tu cakap,

"Cikgu, dia ada benda nak bagi."

Muka agak-agak ganas balas anak tu cakap, "Tunggu sekejap lagi, sekarang tak habis waktu pun lagi."

Ecece dalam hati ada rasa riang gumbira sebab ada orang nak bagi sesuatu. Lepas je habis waktu mengawas yakni masa Ai dengan dia orang dah tamat, Ai pun pergilah ke tempat Ai.

Tengok meja penuh dengan kertas soalan, tiba-tiba rasa rajin nak menanda datang. Ralit menyemak, anak-anak tadi datang. 

"Cikgu-cikgu, kami datang nak bagi ni." 

Sambil tu dia orang bagilah benda tu. Ai dengan ganas tersipu-sipu, ambillah plastik yang ada benda-benda tu. Bila dah ucap terima kasih sebab terharu, Ai pun ada juga tanya, beli benda ni, ada tak duit nak makan. Bila kata beli dengan mak, lega juga dengar. Taknak sebab nak bagi kita benda, dia orang berlapar.

Dalam 20 saat tu, ada sorang anak ni datang balik,

"Cikgu, dia suruh baca kad tu sekarang."

Oh, ada kad rupanya. Bila buka dan baca depan dia, Ai pun tersengih-sengih sambil cakap, terima kasih. ersipu-sipu tau tapi  muka tetap ganas.

"Cikgu cuba baca kat depan tu."

Oh~ ini rupanya. Ai dengan penuh yakinnya pun cakap, 

"I love you too, sayang."

Terus tiga-tiga orang keluar dengan tersengih-sengih dan tersipu-sipu malu. Awww~ sayangku, jangan risau, cikgu sayang semua, SEMUA anak-anak cikgu. Moga terus mendengar kata-kata cikgu :)

Inilah rupa kad yang Ai dapat :)

18 May 2014

Biasa Tapi Bermakna

Assalamualaikum~ tak kisahlah dah berapa kali nak hantar untuk sehari. Kali ni Ai nak cerita pula, apa yang Ai dapat untuk hari istimewa yang lepas. Istimewa bagi yang meraikan Hari Guru.

Ni tahun pertama Ai sambut hari istimewa. Walaupun baru tahun pertama tapi dah rasa bahang-bahang untuk tahun seterusnya. Jujur Ai kata, Ai bukanlah orang yang lemah lembut sebab Ai orangnya garang. Kita perlu fokus dan serius untuk mencurahkan ilmu. Bagi Ai, kita nak semua orang dapat apa yang kita ajar walaupun dia bukan berada di kelas yang pertama. Maka, Ai kenalah tegas untuk mereka dengar cakap.

Walaupun begitu, mereka, anak-anak kecil ni menghargai kita dengan cara mereka sendiri. Ai tak dapat beg, Ai tak dapat plague, Ai tak dapat benda yang mahal-mahal tapi Ai dapat PEN. Ya, Ai dapat pen, Ai dapat choco (ala biskut oat tu) seketul, Ai dapat kad ucapan. Tak perlu benda yang mahal, kerana Ai tahu mereka mengikat perut sendiri untuk membeli. Tiap kali mereka berikan Ai sesuatu, tiap kali juga Ai tanyakan, 

"Ada tak duit nak makan ni?"

Dengan sengih-sengih mereka angguk. Mereka juga tak kisah walau Ai seperti harimau mahupun singa setiap kali mencurahkan ilmu. Mereka tahu itu untuk mereka. Terima kasih sayang-sayang :)

Kat bawah ni, Ai selitkan apa yang anak-anak Ai bagi sempenan hari istimewa tu :)

Hari pertama dapat bunga ros :) dah ada 4 kuntum, boleh penuhkan satu pasu.


 Lepas, ada dua orang bagi choco ni pula, gula-gula dengan cenderahati (mungkin ambil kat rumah).

Masa balik tu, anak yang bagi ni tanya, "Cikgu dah makan ke yang kita bagi tadi?"

Bila Ai cakap belum, maka muka tu kemain sedih. Maka, Ai pujuk dengan lemah lembut sambil tersengih.

Padahal, sampai sekarang Ai simpan. Sayang ooo nak makan.

 Datang-datang, cakap "Nak bagi ni." Muka sensorang tersipu-sipu tak payah cakap la. 

Kat kad tu ada tulis, 'Kepada Cikgu Ai, Kepada Ar***' 

Tak pe sayang, cikgu faham je awak nak tulis apa :)


Masa sambut pagi tu, ada sorang ni cakap, "Ala, hadiah yang mak kita beli tertinggal kat rumah." Muka pula sedih kemain. Ai usap kepala, lepas tu cakap, tak apa sayang, cikgu tak kisah :)

Masa balik, ada orang bagi choco dengan pen lagi.

Sebenarnya ada dua orang anak comel bagi pen hitam. macam tetau je yang cikgu dia orang ni, pen hitam tak ada. Terima kasih Sayang :)

notajari : anak-anak semua, moga bila besar nanti, jadi anak yang soleh dan solehah. Cikgu sayang semua :)

Sudi Tak Jadi Bloglist Saya?

Assalamualaikum~ Hehe, kali ni adik manis ni, Efa Aziz ni ajak Ai sertai segmen. Segmen ni diketuai (eceh, ayat skema je) oleh gadis yang manis juga yang bernama El Janna. So anda yang baca ni pon boleh sertai. Cuma klik sahaja pada banner yang cantik kat bawah ni. Boleh tengok syarat-syaratnya kat blog El Janna. :)

http://bbyuya.blogspot.com/2014/05/sudi-tak-jadi-bloglist-saya.html

Ini bukti Ai dah ikut awak ye adik comel :)

Ai ajak ;

Smiley Mira
Maria Hasun
Farahuda

Blogwalking Bersama Cikgu Ayu

Assalamualaikum~ fuhh~~ terasa lagi bahang hari guru ye dak. Jadi semepena tu, Ai nak sertai segmen daripada Cik Ayu yang manis comel ni. Secara tak langsung, boleh la kita kumpul kawan-kawan kan. Mana tahu dapat kenal satu zon ke.
http://www.ayuinsyirah.my/2014/05/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-ayu.html


16 May 2014

Hari Guru 2014 Giveaway RM100

Assalamualaikum~ Yeay~ sempena hari Guru yang bertarikh setiap tahun pada 16 Mei Ai nak masuk GiveAway yang dijalankan oleh HasrulHassan.


Selamat Hari Guru, Happy Teachers Day, Shiawasena Kyoshi No Tsuitachi, Haengboghan Gyosa Ui Nal, Frohe Lehrertag dan pelbagai bahasa lagi. Semua itu khusus untuk  para guru yang menyambut hari guru di Malaysia hari ni. Hoho, orang kata, "Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain." Tapi, bagi Ai, guru bukanlah lilin yang membakar diri tetapi guru seperti udara untuk kita bernafas. Andai tiada udara, kita tidak boleh bernafas. Begitu juga dengan para guru, andai tiada mereka, tiadalah kita boleh mengenal huruf dan mengira nombor. Guru bukan lilin yang kena bakar diri sendiri sebab guru boleh terus belajar dan belajar untuk meningkatkan diri sendiri ke tahap yang lebih tinggi.~

Aww, terlebih panjang pulak. Itu sahaja daripada Ai :)

Selamat Hari Guru


14 May 2014

Segmen Blogger Aktif

Assalamualaikum. Pewwit, sungguh~ dah bersarang gila blog ni. Akhir update blog ni tak ingat dah bila. Masa dah usha mengusha blog orang lain, tiba-tiba nampak ada satu blog ni, dia buat segmen. Jadi, dengan sepantas kilatnya Ai pun sertai segmen ni. Tertarik beb tertarik. Segala maklumat ada kat bawah na~
http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/05/segmen-blogger-aktif.html

Blogger yang cantik dan manis ni namanya Anys. Dia buat segmen ni sebabnya ramai blogger yang dah kurang aktif. Termasuklah Ai yang kembali nak berjinak-jinak. Korang boleh klik banner untuk sertai sama :)

Peraturannya senang, follow blog si cantik manis ni, kemudian kalau ada instragram boleh follow si cantik manis juga.

Adik yang cantik dan manis, kakak Ai dah follow awak :)