19 May 2014

Me Love You Too Sayang :)

Assalamualaikum~ Weeee~ Hari ni masuk kelas tak macam biasa sebabnya hari ni hari terakhir untuk peperiksaan. Masa masuk untuk mengawas kelas, ada seorang anak tu cakap,

"Cikgu, dia ada benda nak bagi."

Muka agak-agak ganas balas anak tu cakap, "Tunggu sekejap lagi, sekarang tak habis waktu pun lagi."

Ecece dalam hati ada rasa riang gumbira sebab ada orang nak bagi sesuatu. Lepas je habis waktu mengawas yakni masa Ai dengan dia orang dah tamat, Ai pun pergilah ke tempat Ai.

Tengok meja penuh dengan kertas soalan, tiba-tiba rasa rajin nak menanda datang. Ralit menyemak, anak-anak tadi datang. 

"Cikgu-cikgu, kami datang nak bagi ni." 

Sambil tu dia orang bagilah benda tu. Ai dengan ganas tersipu-sipu, ambillah plastik yang ada benda-benda tu. Bila dah ucap terima kasih sebab terharu, Ai pun ada juga tanya, beli benda ni, ada tak duit nak makan. Bila kata beli dengan mak, lega juga dengar. Taknak sebab nak bagi kita benda, dia orang berlapar.

Dalam 20 saat tu, ada sorang anak ni datang balik,

"Cikgu, dia suruh baca kad tu sekarang."

Oh, ada kad rupanya. Bila buka dan baca depan dia, Ai pun tersengih-sengih sambil cakap, terima kasih. ersipu-sipu tau tapi  muka tetap ganas.

"Cikgu cuba baca kat depan tu."

Oh~ ini rupanya. Ai dengan penuh yakinnya pun cakap, 

"I love you too, sayang."

Terus tiga-tiga orang keluar dengan tersengih-sengih dan tersipu-sipu malu. Awww~ sayangku, jangan risau, cikgu sayang semua, SEMUA anak-anak cikgu. Moga terus mendengar kata-kata cikgu :)

Inilah rupa kad yang Ai dapat :)

4 comments:

  1. Replies
    1. hihi comelkan, anak-anak ni kreatif

      Delete
  2. syoknya jd cikgu. ada hari guru.. tahniah..
    salam singgah dan follow..

    http://aniszahirah87.blogspot.com/

    ReplyDelete