22 May 2014

Lagu Cawan

Assalamualaikum~ setelah beberapa hari tak letak sebarang entri, hari ni baru terasa nak letak. Ai nak cerita pasal Lagu Cawan atau dalam bahasa omputihnya ialah Cup Song

Lagu Gelas ni sebenarnya merupakan lagu Anna (tak ingat nama penuh). Kenapa nama lagu ni Lagu Gelas (Cup Song) ialah kerana alat yang digunakan ialah cawan.

Menarik gila gila. Tapi mohon jangan jadi gila bila dah tengok. Korang boleh je cari kat pakcik Google atau makcik Youtube. Tulis je Cup Song, keluar gila banyak keputusannya. Pilih je mana satu pilihan hati dan dengar.

Kenapa cerita pasal Lagu Cawan ni? Sebabnya, kumpulan Ai bakal mempersembahkan Lagu Gelas ni dihadapan orang ramai. Kami beramai-ramai tengah berlatih dengan gigih. Doakan kami berjaya :)

Nilah gelas yang Ai gunakan :)

1 comment: