11 November 2012

Kan KuKejar Cinta Kamu

Assalamualaikum. Kembali bertemu. Pada saat ini, gades nak ulas mengenai karya Fauziah Ashari. Pasti semua kenal dengan beliau. Penulis yang karyanya telah dijadikan filem dan meletup-letup gitu. Memang tak susah nak teka. Sekarang, gades nak ulas mengenai Kan Kukejar Cinta Kamu pula.

Sinopsis (Penghargaan kepada Beli Buku Online) :

Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa.

Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.

Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.

Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje...

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler.

 Penulis :
Fauziah Ashari

Terbitan :
Intens Idea

Harga :
Semenanjung RM 28.90
Sabah / Sarawak RM 31.90

Ulasan gades :

Novel ni kalau nak dikatakan berlainan dengan novel lain pun boleh juga. Tapi, masih ada persamaan setiap novel yang ada di luar sana sebabnya, ada sengketan yang berlaku dan tidak boleh kahwin antara mereka.

Penceritaan bermula apabila Alma dan Raiyan berjumpa dan belajar sama-sama di luar negara. Walaupun keluarga masing-masing telah berpesan jangan cuba-cuba dekati antara satu sama lain, tapi kerana CINTA semuanya ditolak tepi. Lalu, di sana juga mereka menamatkan zaman bujang mereka.

Mereka berjanji, apabila tiba di Malaysia, mereka akan keluar secara senyap kerana TAKUT. Namun, malang selalu tak memberikan baunya untuk dijejaki. Raiyan kemalangan dan hilang ingatan. Bila dah hilang ingatan, tiada Alma di dalam fikirannya. Alma pula, bila dah jadi begini, mulalah gelabah. Apa yang ditakutinya terjadi. 

Tapi, Alma tak mudah gelabah. Pelbagai cara digunakan. Termasuklah berlawan dengan Nek Bonda tu! Sehinggakan hati Raiyan mula tertanya, siapa Alma sebenar. Kalau tipu, masalah segala bukti tentang perkahwinan mereka ada pada Alma. Tapi kenapa gadis itu tiada dalam ingatannya? Yang ada cuma mimpi tentang seorang wanita dan lelaki. Arghhh siapa mereka?

Hehe, macam biasa. Nak tahu? Haruslah dapat satu buku ni dengan kadar segera. Pasti takkan kecewa :)

Bintang :
4/5

0 pembaca:

Post a Comment