18 May 2014

Biasa Tapi Bermakna

Assalamualaikum~ tak kisahlah dah berapa kali nak hantar untuk sehari. Kali ni Ai nak cerita pula, apa yang Ai dapat untuk hari istimewa yang lepas. Istimewa bagi yang meraikan Hari Guru.

Ni tahun pertama Ai sambut hari istimewa. Walaupun baru tahun pertama tapi dah rasa bahang-bahang untuk tahun seterusnya. Jujur Ai kata, Ai bukanlah orang yang lemah lembut sebab Ai orangnya garang. Kita perlu fokus dan serius untuk mencurahkan ilmu. Bagi Ai, kita nak semua orang dapat apa yang kita ajar walaupun dia bukan berada di kelas yang pertama. Maka, Ai kenalah tegas untuk mereka dengar cakap.

Walaupun begitu, mereka, anak-anak kecil ni menghargai kita dengan cara mereka sendiri. Ai tak dapat beg, Ai tak dapat plague, Ai tak dapat benda yang mahal-mahal tapi Ai dapat PEN. Ya, Ai dapat pen, Ai dapat choco (ala biskut oat tu) seketul, Ai dapat kad ucapan. Tak perlu benda yang mahal, kerana Ai tahu mereka mengikat perut sendiri untuk membeli. Tiap kali mereka berikan Ai sesuatu, tiap kali juga Ai tanyakan, 

"Ada tak duit nak makan ni?"

Dengan sengih-sengih mereka angguk. Mereka juga tak kisah walau Ai seperti harimau mahupun singa setiap kali mencurahkan ilmu. Mereka tahu itu untuk mereka. Terima kasih sayang-sayang :)

Kat bawah ni, Ai selitkan apa yang anak-anak Ai bagi sempenan hari istimewa tu :)

Hari pertama dapat bunga ros :) dah ada 4 kuntum, boleh penuhkan satu pasu.


 Lepas, ada dua orang bagi choco ni pula, gula-gula dengan cenderahati (mungkin ambil kat rumah).

Masa balik tu, anak yang bagi ni tanya, "Cikgu dah makan ke yang kita bagi tadi?"

Bila Ai cakap belum, maka muka tu kemain sedih. Maka, Ai pujuk dengan lemah lembut sambil tersengih.

Padahal, sampai sekarang Ai simpan. Sayang ooo nak makan.

 Datang-datang, cakap "Nak bagi ni." Muka sensorang tersipu-sipu tak payah cakap la. 

Kat kad tu ada tulis, 'Kepada Cikgu Ai, Kepada Ar***' 

Tak pe sayang, cikgu faham je awak nak tulis apa :)


Masa sambut pagi tu, ada sorang ni cakap, "Ala, hadiah yang mak kita beli tertinggal kat rumah." Muka pula sedih kemain. Ai usap kepala, lepas tu cakap, tak apa sayang, cikgu tak kisah :)

Masa balik, ada orang bagi choco dengan pen lagi.

Sebenarnya ada dua orang anak comel bagi pen hitam. macam tetau je yang cikgu dia orang ni, pen hitam tak ada. Terima kasih Sayang :)

notajari : anak-anak semua, moga bila besar nanti, jadi anak yang soleh dan solehah. Cikgu sayang semua :)

2 comments: